💎67💎

3.8K 404 3
                                    

Selepas menjalani latihan buat beberapa jam, kami semua diarahkan untuk berehat atau pergilah ke mana-mana selagi mana tidak melangkah keluar dari kediaman milik keluarga Aden ini. Sudahlah besar persis istana, aku boleh menjelajah satu rumah nilah kan maksudnya?

"Mana pula Faron ni pergi?" Bisikku sendiri sambil berlegar-legar di setiap lorong yang ada. 

Lydia tidak bersama aku sebab dia kata dia ingin melaporkan sesuatu pada Lady Beatrix. Aku tidak tahu apakah ia tapi mungkin tentang organisasi Zamrud?

Aku melangkah tangga yang berpusing-pusing bentuknya menuju ke atas. Hmm, pintu dan pembantu rumah sahaja yang aku banyak nampak.

"Hailey!" Panggil seseorang dari hujung lorong tersebut dengan riang sekali. Apabila menoleh, rupa-rupanya kakak sulung Faron iaitu Fayre Aden, yang menegur aku.

"Ya?" Balasku sebaik sahaja dia menghampiri aku dengan berlari.

Hyper betul kakak Faron yang seorang ini. Aku baru jumpa seorang. Belum adik-beradiknya yang lain.

"Apalah Faron ni tinggalkan awak. Saya call dia kejap." Ujarnya sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Butang pada telefon ditekan lalu diletakkan ke telinganya.

Aku mendiamkan diri sambil memandangnya yang berwajah serius melihat ke tempat lain.

"Mana kamu? Apa tinggal-tinggal si Hailey seorang diri? Datang sini sekarang! Dekat mana? Ummm, dekat tingkat tiga blok yang ada dewan perbincangan tu. Ha ya, dekat sini. Aduh cepatlah, tak payah membebel. Bukannya kakak yang bawa dia ke sini." 

Entah apa yang dibualkan oleh mereka berdua, aku hanya dapat mencuri dengar dari pihak Fayre sahaja. Dengar macam Faron akan datang ke sini tidak lama lagi.

[Skip]

"Kakak!" Faron muncul di hujung lorong sebagaimana aku bertemu dengan Fayre di sini.

Kami berdua yang sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan tersentak dengan jeritan itu. Termengah-mengah dia mendekati kami setelah lama berlari.

"Hailey, dia ada buat apa-apa dekat awak? Tanya soalan pelik-pelik ke?" Soal Faron risau sambil cuba untuk menolak Fayre agar menjauhi aku.

"Apa kamu ni?! Kakak bukannya jahat. Mulut tu jaga sikit eh." Marah Fayre tidak puas hati. Dia membalas perbuatan Faron dengan tolakan.

Ah sudah, bergaduh pula di sini.

"Maaf ganggu tapi kenapa kak Fayre panggil Faron ke sini?" Soalku pura-pura tidak tahu. Walhal gaya aku tadi nampak sangat macam aku cari Faron.

Fayre berhenti mencekik Faron lalu menoleh ke arahku dengan senyuman. Dia segera menarik Faron agar berdiri di sebelahku.

"Faron, kamu bawa dia jalan-jalan. Nanti kalau dia jadi keluarga kita, tak pasal-pasal sesat dalam ni."  Arahnya tegas kemudian meninggalkan kami yang terpinga-pinga.

Kami berdua berdiri tegak di situ seketika sebelum Faron memecahkan kesunyian antara kami.

"Jom." Ajaknya sambil menghulurkan tangannya untuk aku sambut. Perlahan-lahan aku menyambut tangannya.

Selepa itu, kami pun mula meneroka bangunan keluarganya yang serba mewah ini.


~~~~~~~~~~~~


Aku betul-betul takjub dengan tempat ini. Besar dia, kalah rumah aku walaupun keluargaku antara yang terkaya dan terbesar di Ochestra World. Tempat yang paling menarik perhatian aku ialah perpustakaan, studio muzik, grand hall pementasan muzik dan teater, dan pastilah taman pokok serta bunga yang dipanggil Garden of Notes.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now