💎39💎

4.5K 416 13
                                    

Malam itu, cadangan Lydia diterima oleh Justin untuk berlatih di studio yang ada di Muzika Melodia. Namun, kami masih harus mencuri masuk ke dalam bangunan sekolah.

"Kalau malam-malam kerja kita macam ni, tak ke mampus?" Soal Talha yang menjadi orang terakhir memasuki bilik studio.

"Nak cakap group lain tak berlatih, macam pelik pula. Mungkin mereka berlatih di dorm atau rumah masing-masing?" Reuben berkata apa yang berada di lubuk hatinya. "Kalaulah saya boleh usul cadangan untuk bina studio bawah tanah di The Green's cafe." Sambungnya lagi dalam nada sedih.

Keluhan kecil dapat kami dengari terbit dari bibir Justin. "Bagus juga cadangan awak itu, Reuben. Saya boleh sponsor kalau nak." Katanya.

Min Hyuk mengangguk setuju. "Saya pun."

Reuben menggelengkan kepalanya. "Saya tidak kisah tentang kos. Yang saya kisahkan sekarang ini adalah sama ada relative saya itu setuju atau tidak, ada ruang atau tidak, sempat atau tidak sebelum pertandingan." Balasnya serius. Kami semua hanya setuju dalam diam.

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk bersuara. "Walau apa-apa pun sekarang, kita kena confirmkan lagu dahulu. Sebab, pertandingan tu dah nak dekat. Apabila sudah mendapat tempo, kita boleh berlatih di bilik masing-masing menggunakan video call apabila roommate yang tidak berkenaan dengan kita keluar ke kelas."

"Cadangan yang bagus." Balas Lydia. "Malangnya, roommate saya semua ahli Le Musique Concurrence. Memang nak kena banyak berhati-hati." 

Mayu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apabila sudah mendapat idea untuk apa yang harus diperkatakan, dia membuka mulut. "Apa kata, awak tukar bilik sekejap dengan Darya? Hailey kata awak berdua kawan." 

Nafas bising kami tarik kuat. Benar juga apa yang dikatakan Mayu!

"Wah, bijak! Saya akan cuba bincang dengan dia." Jawab Lydia dengan gembira. Nampaknya, dia dapat sebilik dengan orang kegemarannya!

Namun, bising-bising kami tidak lama apabila Olivia mendekati kami dan mengagihkan alatan muzik mengikut kelebihan kami. Kami hanya mengambilnya tanpa banyak songeh.

"Sudahlah, ayuh kita berlatih. Kalau tak, sampai bila kita nak plan je? Semua ambil tempat masing-masing kejap." Arahannya kami ikuti dengan penuh patuh.

Pada ketika semua sedang mencuba-cuba alatan muzik yang telah diberi, hanya Justin sahaja yang tidak berbunyi. Alatan muziknya malah diletakkan ke tepi.

"Kenapa Justin?" Tanya Faron yang sibuk membetulkan mikrofon yang ada.

Justin mengeluh jengkel. "Ini viola. Bukan violin." Balasnya. 

"Bukan sama je ke?"

"Tak sama. Viola, violin dan viol, bukan benda yang sama." Ujar Justin bagai hendak marah. Tetapi, perwatakan cool-nya masih terjaga.

Yup, benar apa yang diperkatan Justin. Alatan dari keluarga yang sama, tetapi anak-anak berbeza. Begitulah peningnya kehidupan di Ochestra World. Alatan muzik terlalu berbagai-bagai.

"Bunyi lain, tapi cara guna dia sama kan?" Soalku dalam nada yang lembut. Tidak silap aku, abang boleh saja gunakan jenis yang lain tetapi dengan cara yang sama.

"Sama. Saya boleh je kalau nak. Tapi, kepakaran saya dalam buat bunyi yang besar tidaklah hebat mana. Cuba bayangkan kalau saya tersilap, tak ke lain jadinya?" Tuturnya dengan penuh profesional. "Tak apalah, saya gunakan tanda lahir saya sahaja." 

Tidak lama kemudian, cahaya bewarna merah menerangi studio tersebut sebelum sebuah violin ilusi muncul di hadapan Justin. Baiklah, kami sudah bersedia.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now