💎81💎

3.8K 370 58
                                    

"Tonight was a blast! But do you know the surprise at the end? Do you realize that there are no Muzika Melodia's students performing?" Pengacara majlis mundar-mandir di atas pentas sambil menyoal dengan penuh rancak.

Suasana mula sunyi dengan penantian kejutan ini.

"The students were supposed to perform tonight as the other contestants. But little do we know, they got involved in a massive incident and got into serious problems several times while they were visiting their friends' houses. With the hardships and the power of friendship, they fight the bad and save the world."

Tepukan gemuruh mula menggamatkan dewan tersebut. Ada juga yang menjerit dan bersiul kuat bagi memeriahkan lagi keadaan.

"Muzika Melodia, the most prestigious school with a princess included, let us welcome the winner in our heart, The Blue Silhouette!"

Kami yang berada di belakang langsir pentas sudah sedia dengan alatan masing-masing. Walaupun menggeletar hebat, aku masih cuba untuk memegang mikrofon dengan kuat.

"Bila masa pula kita lawan guna power of friendship ni?" Tanya Reuben sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Shh! Kita dah nak mula." Tegur Mayu yang sibuk membetulkan posisi pegangan serulingnya.

Perlahan-lahan, langsir yang menghalang pandangan kami mula bergerak ke sisi. Sinaran dan cahaya lampu yang menghala ke arah pentas memancar tepat ke arah kami. Silau, tapi apa boleh buat.

Tiba sahaja figura kami sekumpulan pada pandangan para penonton, pelbagai sorakan dapat kami dengar. Ayah yang berada pada bahagian VIP atas dan mama yang berada di tempat duduk kami iaitu VIP bawah turut bertepuk tangan kuat.

"Shall we start?" Tanya Justin dengan senyuman senget dari bahagian belakang.

Olivia menoleh ke belakang lalu tersengih panjang. "We shall."

"Then, let the music begin." Sambungku pula.

Muzik mula dimainkan dengan rancak. Apa yang menariknya persembahan kami ini, bukan setakat bermain alat muzik dan menyanyi. Pada beberapa bahagian, lampu akan dipadamkan dan suasana akan menjadi gelap sepenuhnya. Hanya cahaya biru dari baju sekolah kami yang sememangnya berhias putih dan biru cair, bakal menjadi punca cahaya mereka pada ketika itu.

Tambahan lagi, magis muzik turut kami gunakan bagi menghasilkan gema dan keharmonian suasana. Jika harus ada muzik tambahan, aku akan gunakan magis muzik milik aku yang lain. Senior Talha juga akan bertukar-tukar alat muzik dan tanda lahirnya mengikut rentak lagu. Boleh tak boleh? Bolehlah sebab kami tidak terlibat pun dalam pertandingan ini.

So then, ayuh kita gamatkan tempat ini dengan suara aku!

Orchestra World...
Are you ready?!
Bonjour, je m'appelle Hailey Chanson!
And wait... with The Blue Silhouette of course!
Okay... Let's start!

Have you mistaken honesty for a lie?
Did sometimes you feel like you are clueless?
Do you ever think that you can fly?
Even though you thought that you are wingless.

Take a step and believe,
Hopes and wills will bring you up,
Take a moment to appreciate this world,
That it will give you the truth that you deserve.

Chorus
Live it up, never look down,
Took a flight, dance as you sing,
Strength doesn't mean you'll be a hero,
Just focus on your goal and stand for what you believe.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now