💎46💎

4.4K 409 6
                                    

Aku bosan.

Aku bosan gila! Walaupun duduk di bahagian Business Class pun aku tak tahu nak buat apa.

Kenapa tak naik First Class, kalian tanya? Sebab aku tak nak.

"Hailey, okey tak ni? Macam cacing kepanasan saja saya tengok." Tegur Justin yang sedang membaca buku di kerusi sebelah. Aku berpaling ke arahnya lalu menayangkan wajah masam seraya menggelengkan kepala.

"Saya dah tidur, dah makan, dah study, dah pergi tandas apa semua... Tapi saya masih bosan." Aku merungut lalu mengambil keputusan untuk baring.

Dia hanya mengeluh perlahan dan menggeleng. "Apa-apa sajalah Hailey. Sikit lagi je dah nak sampai." Katanya padaku. Kemudian, dia menyambung bacaannya semula.

Fuh, lenguh kaki. Masa nak datang Muzika Melodia, memang tak fikir apa sebab naik jet sendiri so boleh jalan-jalan dekat dalam. Ni nak kena naik kapal terbang biasa, memang aku tak biasa.

Nak ulang-alik pun dah berapa jam. Tapi... Macam mana haritu abang boleh datang sini untuk jumpa aku? Kat sana ada apa je selain sekolah kami dan kedai-kedai kecil?

Eh.

♪♪♪♪♪


"Je suis à la maison! (Saya telah pulang!)" Jeritku sebaik sahaja melangkah keluar dari bahagian mengambil bagasi. Jangan risau, penumpang tak ramai. Siapa je yang duduk di pulau yang terletaknya Muzika Melodia? Hanya beberapa pelajar sahaja.

"Relaxlah haha. Bukan kita je balik, ramai lagi tu." Tutur Justin sambil menuding ke arah beberapa orang senior yang sibuk menghadap telefon pintar masing-masing. Mesej parents-lah itu.

Aku hanya menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih kepada Justin. Ya, ya, aku tahu. Nak excited sikit tak bolehkah? Aku je pelajar tahun satu dekat sini. Mungkin pelajar Perancis yang lain naik private jet? Siapa tahu kan.

"Baiklah Hailey, saya kena ke bahagian sana. Ma mère (mak saya) dah tunggu. Au revoir!" Ujar Justin sebelum meninggalkan aku di situ sendirian. Segala bagasi miliknya sedang dia tarik dengan penuh susah payah. Ayo, call saja pembantu engkau datang sini dan tolong bawakan. Senang gitu.

Untuk tidak menganggu orang yang lalu-lalang, aku mencari tempat duduk di sebuah bahagian khas untuk penumpang berehat. Belum sempat aku mengeluarkan telefon, bunyi deringan yang kuat telah mengejutkan aku.

Biasanya di Muzika Melodia, kami sentiasa ada Melody Caller so tak adalah terkejut bila masuk notifikasi atau talian. Ini tak, bunyi telefon sendiri pun terkejut. Dengan cepat, aku menekan butang hijau bagi menyambungkan talian.

"Bonjour mademoiselle. Je suis Henry." Henry, pemandu kegemaranku berkata di hujung talian. Aku yang pada mulanya penat kini berasa ceria semula.

"Henry! Bonjour! Chauffeur kat mana?" Soalku gembira. Aku tak mahu panggil dia abang sebab aku dah ada abang dan aku tak mahu panggil pakcik sebab nanti dia marah. Jadi, aku panggil dia chauffeur iaitu pemandu.

Dia tidak menjawab terus. Aku dapat mendengar suara lain setiap kali dia bercakap.

"Depan pintu utama. Nanti nampaklah." Jawabnya. Aku mengucapkan terima kasih lalu meletakkan talian.

Dengan siapa dia cakap tadi tu? Ada orang lain ke dalam kereta? Siapakah?

Aku berlari-lari anak menuju ke pintu yang diperkatakan. Tak perlu bawa bagasi banyak-banyak, baju di rumah pun banyak lagi. Di Muzika Melodia, hanya pakaian sekolah sahaja yang sering bersama kami. 

Walau berjalan seorang diri, aku masih menjadi tumpuan. Bukan kerana nama keluargaku mahupun warna rambutku, tetapi pakaian sekolahku yang jelas menunjukkan bahawa aku seorang pelajar dari sekolah elit menjadikan semua yang lalu terpegun melihat aku.

"Adoi, pandang-pandanglah pula." Gumamku sebelum berjalan pantas agar cepat sampai ke destinasi.

Setibanya di kereta, Henry sudah bersedia untuk mengangkat bagasiku dengan bonet kereta yang terbuka. Tanpa membuang masa, aku segera membuka pintu di bahagian penumpang dan pada ketika itulah aku tahu siapakah yang bersama pemandu aku sebentar tadi.

Orangnya ialah...

"Ayah?" Terkejut aku apabila terlihat ayah yang sedang tersenyum sebaik sahaja aku membuka pintu.

Wajah itu sudah lama tidak kulihat. Dialah yang membantu aku memasuki Muzika Melodia tanpa aku sedari. Segala kesulitan, dialah yang uruskan semuanya dengan sempurna.

"Hailey, ça fait longtemps (lama tak jumpa). Rindu ayah?" Tanya ayah dengan lembut sekali.

Aku masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat selang satu kerusi daripadanya. Kemudian, aku memandang ke luar tingkap. "Tak."

"Sampai hati..." Ayah berkata sedih. "Ayah balik dari Itali semalam tau. Lepas tu, terus esoknya ambil kamu." Sambungnya bagaikan ingin menangis.

"Gediklah ayah ni!" Tegurku manja lalu memukulnya perlahan.

Ya, ayahku memang begitu. Kami adik-beradik memang selalu tidak berjumpa dengan ayah selalu. Jadi, perjumpaan kami sentiasa menjadi janggal kerana tiada keeratan dalam talian kekeluargaan. Tapi kalau jumpa, dialah yang melebih sedikit.

Orang kata ayah seorang yang serius. Betul. Dia jadi serius apabila segalanya melibatkan bisnes dan muzik.

"Siapa ada dekat rumah?" Soalku agar perjalanan kami tidak bosan.

Ayah mengusap dagunya tanda berfikir. "Hmm... Abang dan kakak?"

"Kakak ada di rumah? Bukan dia dekat Amsterdam ke?"

Tersenyum ayah apabila aku teruja mendengar kepulangan kakak. Dia mengusap kepalaku dan berkata. "Mestilah. Semua menunggu kamu balik, tahu?"

Hanya sengihan yang dapat aku berikan. Walau aku pasti mama tiada di rumah ketika aku pulang nanti, aku masih yakin adik-beradik yang lain masih menyayangi aku sepenuh hati.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now