💎32💎

5.2K 444 8
                                    

Malam itu, aku melepak di dalam dormku. Bersandar pada kerusi dengan selimut atas kepala sambil main komputer riba memang seronok. Lelah yang aku rasai akibat kelas petang tadi aku cuba hilangkan dengan bermain permainan video.

"Aduh, kena terror shock dengan hunter pulak!" Jeritku hampa. Aku bersungguh-sungguh cuba untuk menyelamatkan rakan seperjuanganku namun nyawa aku pula tergadai. Frust! 

Ketika aku sedang menjerit-jerit kecewa di meja belajarku, aku sempat melihat wajah Darya yang kelihatan sugul. Jarang sekali dia bersifat begini. Tiada pula Mayu untuk menyerikan suasana pada ketika ini.

"Darya." Panggilku. "Are you okay?"

"I'm fine, thank you." Balasnya sambil mengukirkan senyuman. Tangannya bagaikan sedang menyorokkan sesuatu di bawah bantal. Aku kan jenis yang malas ambil kisah jadi aku terus sahaja bermain permainan video aku semula.

Aku boleh mengaku yang aku bukanlah sahabat yang baik. Aku kurang caring, aku suka bersendiri dan kadang-kadang aku juga malas untuk membuat kawan. Tanpa aku sangka, di sekolah ini rakan-rakan menerima aku seadanya tanpa mendengar nama keluarga aku itu.

Sewaktu aku di sekolah rendah dahulu, namaku sering disebut-sebut oleh guru-guru mahupun murid-murid. Pada ketika itu, aku seorang yang sangat glamour kerana wujudnya nama Chanson di belakang namaku. Aku ramai kawan dan juga peminat. Tetapi, aku tidaklah bersifat sombong seperti Audrey dan aku tiada pengikut seperti Ainsley. Aku berkawan dengan semua orang secara sama rata.

Tetapi, ada satu peristiwa yang membuatkan nama keluargaku itu menjadi satu ketakutan kepadaku. Sekumpulan ahli Lilac menyerang sekolah kami semata-mata untuk mencari aku. Aku yang tidak tahu apa-apa mengenai organisasi itu telah diserahkan kepada mereka oleh para guru demi menyelamatkan murid-murid yang lain.

Sehinggalah datuk tiba dan membawa aku lari dari mereka. Aku hanya mengikut datuk dalam keadaan yang terpinga-pinga. Aku langsung tidak faham situasi itu!

Sejak itu, aku diarahkan untuk belajar dari rumah. Apabila aku mendesak untuk memasuki Muzika Melodia buat sekian lama, akhirnya ibu bapaku mengalah juga. Entah bagaimana mereka berunding dengan pihak atasan, namun nama keluargaku masih tidak diketahui oleh mana-mana pelajar mahupun guru-guru.

Kecuali mereka yang sudah tahulah.

"Saya sudah pulang!" Laung Mayu sebaik sahaja pintu dibuka. Dia mencampakkan beg ke sudut dinding dan merebahkan diri ke atas katil.

"Aik, ada apa-apa jadi ke? Gembira nampak. Tahulah Reuben hantarkan awak balik tadi." Usikku yang memandang Mayu tergolek-golek di atas katil.

Mayu terus sahaja duduk lalu memandangku laju. "Banyaklah awak ni. Mana ada apa-apa."

"Yalah Mayu... Tapi kan, awak tengah baring atas katil saya tu." Tegurku.

Mayu memuncungkan bibirnya. "Alah, saya bosanlah. Katil saya terpisah satu dari awak berdua. Kenapalah tiada katil tiga tingkat..." Rungutnya.

"Uish, nak katil tiga tingkat? Dorm ini pun syilingnya rendah." Balasku lalu ketawa besar. Tawaku disambuti Mayu tetapi tidak oleh Darya.

"Darya, are you okay?" Tanya Mayu pula sebelum menjenguk Darya yang berada di tingkat atas katil. 

Darya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Senyuman kecil Mayu paparkan tanda dia faham.

Sejak Lydia kata nak datang bilik aku pagi tadi, Darya jadi begini. Apa yang sudah jadi?


♪♪♪♪♪


Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now