💎50💎

4.5K 440 22
                                    

Setibanya di penghujung Tokyo iaitu Nishikasai, suasana terus berubah kepada sebuah tempat yang asing bagi kami. Tempat apakah ini? Ini sudah tidak seperti Jepun.

"Kita di mana?" Soal Reuben, terkejut. Sedang dia mengamati keadaan sekeliling, berubah pula suasana. Hilang bunga sakura dan segalanya. Kini apa yang dia lihat hanyalah sebuah tempat yang dipenuhi rumput dan bukit-bukau.

Mayu tersenyum nipis. "Ayah saya Tuan Besar di sebuah tempat tersembunyi di Jepun. Inilah tempatnya. Hanya orang yang kami ingini sahaja yang boleh memasuki tempat ini." Balasnya.

"Wah!" Kami bersorak gembira. 

Aku mendekati Mayu dan berbisik kepadanya. "Mayu, Jepun kan banyak Urban Legend. Tempat awak... Tiada ke?" 

Urban Legend negara Jepun? Semua aku tahu. Tidak kiralah sama ada rekaan mahupun kebenaran, aku akan ambil tahu semuanya. Jadi, apa salahnya kita korek pula rahsia di tempat ini? Sudahlah tersembunyi, tidak ramai orang pula tu. Kan misteri gitu.

"Ha!" Mayu menjawab setelah mendiamkan diri buat seketika. "Pernah dengar pasal Harmony Kingdom's Urban Legend, Ongaku-san?"

Wow, cerita baru! Aku segera menggeleng tanda tidak tahu.

Mayu tersenyum sebelum memandang ke luar tingkap dan melihat sekeliling. Wajahnya berubah apabila terlihat sesuatu yang dicarinya.

"Nampak tak pokok yang sedikit pelik itu? Di situlah tempat Ongaku-san duduk. Pukul 12 malam, kalau awak pergi situ dan panggil dia, dia akan muncul. Masa tu, awak boleh tanya dua soalan apa-apa sahaja dan dia akan jawab dengan jujur." Ujarnya.

Aku menghalakan pandanganku ke pohon tersebut. Daunnya kelihatan kebiru-biruan serta bersinar. Secara tiba-tiba, aku terlihat seorang perempuan berambut panjang dan berbaju indigo sedang memandang ke arahku dengan senyuman.

"Quoi?" Terkejut aku apabila kelibat tersebut hilang setelah menghadiahkan senyuman pada aku. 

"Kenapa Hailey?" Soal Mayu apabila wajah terkejut sedang aku paparkan sambil memandang ke luar tingkap.

"Tak, tak ada apa-apa."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kami disambut dengan penuh meriah. Tidak kusangka ada pula rakyat yang menetap di sini. Beberapa buah rumah membentuk sebuah bandar dapat kami lihat di hadapan istana milik keluarga Mayu. Pasar-pasar kecil memenuhi perjalanan.

Pernah tengok anime The Royal Tutor? Begitulah keadaannya. Umpama sebuah bandar fantasi iaitu Glanzreich yang amat mewah.

"Selamat datang ke Harmony Kingdom." Jemput dua orang pengawal yang membuka pagar untuk kami masuk. 

"Gila besar." Tutur Faron yang takjub memandang bangunan yang tersergam indah di hadapannya itu.

"Yeke? Aku rasa rumah kamu nanti mesti lagi besar." Talha menyibuk di belakang.

Ya tak ya juga kan? Faron kan anak terakhir dalam keluarga Aden. Sudahlah dikenali dengan suara yang merdu, pastilah lebih kaya seperti aku.

Eh, terperasanlah pula.

"Besar apanya? Istana milik raja lagi besar. Ini pun daripada pengiktirafan untuk buka kerajaan sendiri. Keluarga saya nak bina rumah sebesar ini di luar sana tu? Memang kena kecamlah." Mayu berkata sambil membawa kami masuk ke dalam rumahnya.

"Hmm, betul juga tu. Kita yang biasa-biasa ni kalau lebih sikit je daripada orang yang lebih hebat daripada kita mesti kena kecam. Apa dia fikir dia tu hebat sangat?" Justin bersuara matang. "Terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Kita yang dapat masuk Muzika Melodia ni dikira nasib baik juga." Sambungnya lagi.

Oh... begitu. Syarat untuk masuk Muzika Melodia memang kena kaya. Mungkin ada yang sederhana tetapi kehebatannya tidak dijangka. Mungkin juga mendapat tawaran biasiswa daripada sesiapa.

"Ohoho, Mayu bawa kawan? Apa khabar semua?" Seorang lelaki tua muncul dari sebalik langsir yang besar yang mana menutup hampir keseluruhan dinding.

"Khabar baik." Jawab kami semua serentak walau tidak mengenali lelaki itu.

Mayu bagaikan tersentak seketika sebelum tersenyum janggal. "Errr... Semua, ini ayah saya." Tuturnya pada kami. "Saya tak tahu pun dia ada di sini." Bisiknya pula.

"Maaflah jikalau kami datang pada waktu yang tidak sesuai." Justin berkata bagi pihak kami.

Tuan Kazue tersenyum nipis. "Fufufu, jangan risau. Saya gembira apabila ada tetamu yang datang. Tidaklah sunyi. Maklumlah, Mayu ini suka terperap di dalam biliknya sahaja." Katanya sebelum tergelak sendiri.

Kami semua menoleh ke arah Mayu yang sudah malu-malu. Oh, begini perangainya di rumah ya? Di sekolah lain pula.

"Mayu anak tunggal?" Soal Lydia tanpa segan.

"Dia ada abang tapi kerja jauh. Boleh dikatakan kalau tiada dia, saya sunyi." Balas Tuan Kazue, mesra. Kemudian, dia mula membelakangi kami dan berjalan ke hadapan. "Sebelum kamu semua masuk ke kamar masing-masing, saya mahu tunjukkan kamu semua sesuatu."

Keluhan kuat dilepaskan oleh Mayu. "Papa-san, benda tu tak penting pun..." 

"Pentinglah! Sudah, jom semua. Ia pasti menarik." Tegas Tuan Kazue. Terkedek-kedek kami berlari mengikutnya sambil menarik bagasi.

Tidak lama kemudian, lima orang pemuda datang kepada kami dan memberikan bantuan. Tidak perlulah kami heret bagasi ke sana-sini.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kami tiba di hadapan sebuah pintu kayu yang terukir cantik. Tuan Kazue melangkah ke hadapan dan membuka pintu tersebut. Maka, terlihatlah sebuah taman yang sungguh indah.

"Ayah saya sukakan alam semula jadi. Oleh itu, tumbuhan di sini memang semua dia yang tanam. Setiap kali ada tetamu datang, mesti dia tunjukkan benda ini dahulu. Kadangkala dia tidak dapat sorokkan keseronokan dia tu." Mayu berkata dalam nada malas. Nampak sangat dia tidak berminat dengan hobi ayahnya itu.

Min Hyuk memandang kosong ke arah rimbunan tanaman tersebut. "Ada ke lagi budak-budak zaman sekarang yang minat benda macam ni?" Soalnya bosan.

"Eh, Mentha arvesis? Anacardium occidentale? Tuan tanam semua ni? Hebatnya!" Reuben berkata takjub sambil melihat pokok-pokok kecil yang berdekatan. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia benar-benar berminat dengan segala tumbuhan yang ada.

"Kamu tahu semua ni?" Soal Tuan Kazue, terkejut. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan orang yang turut meminati apa yang dia minat.

Faron menepuk mukanya. "Budak yang kecoh ni tahu semua benda macam ni? Aku ingatkan kau jenis yang suka main berbanding belajar." Tuturnya lancang.

"Hey, the name's Green is not for nothing you know?" Marah Reuben pada Faron apabila diperkatakan sedemikian.

"Huh, seronoklah papa-san kalau macam tu. Ada orang yang sekepala." Ujar Mayu apabila Reuben dan bapanya sudah mula bergerak dari satu pokok ke satu pokok. Tidak dia sangka, Reuben tahu semuanya.

Kami hanya mengekori mereka dari belakang. Walau tidak memahami apa-apa, kami tetap mendengar ulasan fakta mereka itu. Seronok juga menimba ilmu di luar selain di dalam sekolah. 

Sewaktu Reuben sudah mula berjalan ke hadapan untuk melihat segala yang ada, Tuan Kazue sempat datang ke arah kami yang berada di belakang. Dia mengangkat ibu jarinya dan mengenyitkan matanya pada Mayu.

Dia berkata perlahan. "Papa-san berkenan dengan budak ni."

Merah menyala wajah Mayu dibuatnya. Nampaknya, bapanya dah approve dengan budak lelaki yang dia suka.

Adakah kisah cinta mereka bakal berputik? 

Haih, pula dah.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now