💎86💎

3.9K 348 33
                                    

Tanda lahir pada tangan aku tidak lagi berbentuk piano malah bertukar kepada rupa asalnya iaitu sebatang baton ochestra. Dengan ini, aku boleh mengawal kesemua alat muzik bagi lagu yang dipinta oleh Hudson.

Hudson tersenyum lebar apabila terlihat seorang wanita anggun terpegun melihatnya yang sedang menggenggam mikrofon. Demi wanita ini, dia sudah merancang pelannya ini dari awal lagi.

Sebaik sahaja dia mula membuka mulut untuk menyanyi, semua yang hadir sudah bersedia untuk menutup telinga. Lady Beatrix turut memejamkan mata dan menundukkan kepala bagi menahan telinga terhadap suara yang akan dikeluarkan oleh seseorang yang tidak mempunyai kelebihan untuk menyanyi.

L is for the way you look at me,
O is for the only one I see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than anyone that you adore.

Namun, suara yang dijangka mereka tidak terdengar sekali pun. Kaca tidak retak, cermin pun tidak pecah. Hanya suara merdu milik seorang lelaki  bergema bagi menghiasi suasana.

Lady Beatrix ternganga apabila sedar akan pemilik suara tersebut. Hudson yang berada di hadapannya kini, sedang menyanyi untuknya!

Can love is all that I can give to you,
Love is more than just a game for two,
Two in love can make it,
Take my heart but please don't break it,
Love was made for me and you.

Hudson menyanyi dengan penuh asyik sambil mengelilingi kawasan yang diberikan memandangkan semua pelajar berdiri di tepi bagi menyaksikannya. Lady Beatrix masih di atas pentas, belum bersedia untuk turun seperti mana Hudson, yang belum bersedia untuk naik ke pentas.

Lady Beatrix segera menoleh ke arah aku yang sibuk mengawal melodi dan pergerakan alatan muzik. Aku tersenyum lebar apabila bibirnya bergerak seakan-akan menyoal aku, 'awak ke yang beri dia kelebihan itu?'

Benar, dia pinjam kelebihan aku untuk seketika. Semuanya semata-mata untuk mengagumkan Lady Beatrix. 

"Kau kawal suara dia?" Soal Faron, ingin tahu.

Aku menggeleng pantas. "Eish, mana adalah. Ingat tak masa saya berikan awak kelebihan untuk main piano and you nailed it? Macam tulah. Dia kawal sendiri." Balasku.

"So, kau tak boleh menyanyilah sekarang ni?" Tanya Faron lagi. 

Aku menjelingnya tajam. Itu, satu soalan yang sensitif ya. 

"Maaf, itu awak tak perlu tahu." 

"Eee, sampai hati." Faron pura-pura merajuk. Dia berpaling ke arah lain.

Aku kembali fokus terhadap muzik yang dikawal. Melihatkan Hudson mula mendaki tangga pentas, aku sudah bersedia untuk merancakkan muzik. Tibalah masanya untuk kita lihat pengetua sekolah kita yang single ini, sama ada dia terima atau tidak nyanyian pemuda itu.

L is for the way you look at me,
O is for the only one I see,
V is very, very extraordinary,
E is even more than anyone that you adore.

Hudson menghulurkan tangannya pada Lady Beatrix lalu melutut ke atas lantai. Walaupun sedikit teragak-agak, Lady Beatrix menghulurkan tangannya yang bersarung dengan kain lace agar disambut oleh Hudson.

Can love is all that I can give to you,
Love, love, love is more than just a game for two,
Two in love can make it,
Take my heart but please don't break it,
'Cause love was made for me and you.

Semua pelajar mula tertunggu-tunggu langkah yang bakal dilakukan seterusnya oleh Hudson. Buat pertama kalinya, mereka melihat Lady Beatrix yang bagaikan malu-malu kucing. Selalunya, wanita itu beriak serius sahaja bagi menunjukkan ketegasan.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now