💎41💎

4.6K 378 23
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, maka, berakhirnya latihan maut kami. Kini tibalah masanya untuk kami bersedia untuk melepasi peringkat pertama Le Musique Concurrence pada keesokan hari. Sebanyak lima kumpulan yang ada, hanya dua kumpulan sahaja yang bakal terpilih untuk ke peringkat seterusnya. Sekarang ini, kami semua berada di dalam bilik kelab yang sudah pun diambil khas oleh Justin.

"Achoo!"

"Bless you."

Talha yang baru sahaja melepaskan bersin menjeling Reuben yang membalas dengan ayat bless you.  Selepas dia sendiri yang mengucapkan 'Alhamdulillah', dia mencari tisu bagi mengelap hidung yang kian merah.

"Demam ke, senior?" Soalku yang risau melihat Talha yang sering mengesat hidung.

Talha hanya tersenyum kecil. "Tak adalah, sikit je ni."

"Dia demam. Cuma tak nak mengaku je." Sibuk Justin yang sedang galak memandang ke luar tingkap. 

"Diam kamu!" Marah Talha lalu terbersin lagi. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut.

Olivia yang perasan akan pergerakan jejaka itu, berkata. "Talha, kalau awak nak saya heal kan awak boleh saja." 

Pintu bilik dibuka oleh Talha dan kemudian dia berpaling memandang Olivia yang sudah bersedia untuk membantu. "Tak apa. Aku nak pergi jumpa budak-budak kompang kejap. Kami ada cara tersendiri." Balasnya sebelum menghilangkan diri.

"Awww... Kalau brother Talha sakit, macam mana kita nak berlatih malam ni?" Keluh Lydia yang sedang duduk di atas lantai kayu sambil bermain dengan kakinya yang dilunjurkan.

"Kan dia kata dia ada cara sendiri untuk ubat diri. Nanti dia baiklah tu." Jawab Reuben. Kemudian, dia menggamit Lydia untuk bermain gitar bersamanya.

Aku hanya bermalas-malasan di atas sebuah sofa empuk yang terletak di bahagian sudut dinding bersebelahan dengan beberapa buah rak buku. Bukan bermalasan sebenarnya, aku hanya mahu merehatkan diri.

Namun, sesi rehat itu tidak lama apabila perutku mula bergolak akibat berasa resah untuk esok hari. Melihatkan keadaanku itu, Mayu duduk di sebelah aku.

"Awak okey tak ni, Hailey?" Soal Mayu, prihatin. Aku yang sedang memegang perut hanya memandangnya dan membalas dengan anggukan.

Kami mula berbual bagi menghilangkan rasa gementar dan takut. Namun, perbualan kami terganggu apabila Mayu mula kurang berminat untuk berbual setelah melihat Reuben dan Lydia sedang bergelak ketawa setiap kali mereka tersilap memetik not gitar.

Aku dapat lihat yang Mayu cemburu dan menjeling-jeling budak berdua itu. Tidak lama kemudian, dia berdiri dan memandangku dengan wajah yang merah. "Hailey, saya nak pergi berlatih dengan mereka berdua tau!" Katanya padaku sambil menuding ke arah Lydia dan Reuben. "Hish, tak guna betul." Bisiknya sendiri namun dapat didengari oleh aku.

Dari kejauhan, aku dapat melihat yang Mayu bersungguh-sungguh berjalan ke arah mereka. Kemudian, dia menayangkan senyuman manis dan menyatakan hasratnya untuk berlatih bersama. Tapi apa yang buat aku terkejut ialah, dia menyelitkan diri di antara Reuben dan Lydia. 

Lydia yang perasan akan renunganku mengenyitkan mata padaku. Haih budak ni, dia saja je buat macam tu sebab nak buat Mayu cemburu.

Dalam diam, aku sempat mengangkat ibu jariku padanya. Tergelak-gelak dia di situ.

"Hailey." Suara Min Hyuk yang datang dari sisi menarik perhatianku. Aku segera menoleh dan membalas. "Ya?"

"Lepas pertandingan esok, awak sibuk tak?" Soalnya dalam nada yang sangat perlahan. Aku terpaksa besarkan telinga untuk mendengar kata-katanya.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now