💎62💎

4.1K 414 39
                                    

Bunga-bunga yang menghiasi pandangan kini sedikit demi sedikit menghilang. Dedaun pada pohon-pohon di Music Autumn semakin banyak berguguran. Inilah satu petanda bahawa musim luruh bakal tiba di sekolah. Sekembalinya kisah, di Muzika Melodia.

Sejak tiba di sekolah dua hari lepas, kami sekumpulan bagaikan berpecah dan kurang meluangkan masa bersama. Kadang-kadang sahaja kami dipanggil untuk berlatih. Itu pun tidak semua yang ada.

Olivia mengesyaki bahawa gangguan demi gangguan yang terjadi adalah satu sabotaj untuk menjadikan kami seperti sekarang. Namun, aku dan Lydia tahu bahawa bukan itu asbabnya. 

Cakap pasal Lydia... Aku pun tak tahu dia dekat mana sekarang ini.

"Hailey..." Panggil seseorang dari belakang. Aduh, muncul pula mamat ni.

Aku menoleh dengan wajah serius. "Ya, nak apa?" Soalku malas.

"Alah, janganlah macam ni. Kejadian dekat Malaysia tu bukannya saya yang buat." Ujar Ethan bersahaja sambil berjalan beriringan bersama aku. Dia bersiul kecil.

"Kalau bukan awak pun yang buat, awak terlibat dalam organisasi tu juga kan?" Balasku pedas. Tercekik angin si Ethan yang ada dekat sebelah aku ni.

Untuk pergi ke mana, aku pun sudah tidak tahu. Kelas sudah habis, rakan-rakan pula sibuk dengan hal masing-masing. Jadi sekarang aku tersekat dengan seorang jejaka yang paling aku benci.

Tanpa hala tuju, kami berlegar-legar di blok Izili. Tahu-tahu saja, kami telah mengambil tempat di salah sebuah kerusi berdekatan dengan taman bunga yang terdapat di tengah-tengah bangunan tersebut.

Aku mendongak bagi melihat pohon Sakura utama yang sentiasa menjadi penawar hati itu. Bunga-bunga bewarna merah jambu tidak lagi memenuhi pohon tersebut.

"Cinta saya pada awak umpama bunga-bunga yang jatuh tu." Ethan berkata sambil menuding ke arah tanah yang dipenuhi bunga-bunga Sakura yang telah gugur. Banyak sekali.

Aku hanya menggeleng kesal. Bila dia cakap macam tu, gaya aku dah macam ada dua teman lelaki. Seorang putera sekolah, seorang lagi putera penyibuk.

Lama kami berdiam diri, sehinggalah terdengar jeritan dan pujian para perempuan dari kejauhan. Sekiranya begini, ada seseorang yang popular dan kacak berdekatan. Aku memicingkan mata bagi melihat sang gerangan yang menjadi tumpuan itu.

Ah sudah. Aku nampak Faron sedang memandang kami dengan wajah masam. Apabila mata kami bertemu, dia segera memalingkan wajah dan berlalu pergi dengan langkah besar. Tak puas hati sangat gaya dia tu.

"Jap!" Aku berdiri dengan tangan yang dihala ke arah tempat berdirinya tadi. Bukan aku yang nak perkara ini terjadi. Ada sebab kenapa aku berada bersama dengan Ethan sekarang ini.

Aku harap dia faham.

"Kenapa Hailey? Ada apa?" Tanya Ethan risau. Dia turut memandang sekeliling bagi melihat apa yang telah terjadi.

Aku hanya mampu terduduk di atas kerusi. 

Namun, duduk aku tidak lama. Aku terus berdiri dan mencapai beg. "Sudahlah saya bosan dengan awak. Saya nak balik dulu. Bye!" Ujarku terus terang lalu berlari meninggalkannya.

Ethan terpinga-pinga. "Dia tinggalkan aku macam tu je? Lagi?"


~~~~~~~~


Faron berlegar-legar di kawasan dorm lelaki. Setiap dorm diintainya satu persatu persis seorang pengintip. Ada juga pelajar lelaki yang menjerit terkejut apabila terlihat seseorang sedang mengintai mereka dari tingkap.

"Aduh, mana satu dorm senior Talha dengan Justin ni..." Keluh Faron, buntu. Tempat ni sudahlah besar gila nak-

"Faron, buat apa duduk dekat tengah-tengah jalan ni?" Tegur Justin yang kebetulan lalu di belakangnya. Faron yang sedang duduk sambil memeluk lutut itu dipandang hairan.

Tiba-tiba sahaja Faron bangkit lalu memeluknya. "Jumpa pun!" Soraknya gembira sekali.

"Err... Okay?" Justin terkelu seketika sebelum membalas pelukan itu.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang memandang mereka dengan pelik termasuklah Talha yang turut melepasi kawasan itu. Pada mulanya, dia ingin menghiraukan kejadian itu tetapi melihatkan dua orang itu ialah ahli kumpulannya, dia segera berhenti melangkah.

"Kenapa kamu berdua peluk tengah-tengah jalan ni? Kalau perempuan tak apa juga. Ini lelaki." Tuturnya disambuti dengan tawa Emran dan Asraf yang mengikutinya dari belakang.

"Senior, jumpa pun!" Faron segera berlari ke arah Talha dan memeluk jejaka itu juga. 

Bertambah kuat tawa Emran dan Asraf. Cakap orang, dia sendiri juga yang kena. Selepas itu, mereka berdua cepat-cepat berlari ke arah bertentangan setelah mendapat jelingan maut daripada Talha. 

"Okey, dahlah tu. Apa kena dengan kamu ni? Nak kismis? Aku boleh bagi. Tak payahlah peluk-peluk." Bebel Talha seraya menolak tubuh Faron agar menjauhinya.

Faron tersengih. Justin pula sudah berdiri di sebelah Talha sambil berpeluk tubuh. Kedua-dua pelajar tahun dua itu merenung junior mereka tajam.

"Sebenarnya.... Saya nak minta tolong." Pintanya malu-malu.

Talha sudah menggeleng kecil manakala Justin pula tersenyum nipis. "Ya, minta tolong apa tu?" Soal Justin bagaikan seorang abang.

"Saya nak jadi lebih kuat! Hari tu saya tak dapat nak bantu Hailey. Sekarang ni, dia nampak macam jauhkan diri dari saya je." Luah Faron jujur. Walhal, ayat terakhir itu sebaliknya.

Justin mengangguk faham. "Baiklah. Ayuh kita ke blok Izili sekarang!" Ajaknya bersemangat.

"Kenapa aku kena terlibat sekali ni..." Rungut Talha perlahan. Walaupun begitu, dia tetap mengekori kedua-dua insan yang bagaikan bersemangat untuk menjalani hari mereka hari ini.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now