💎43💎

4.4K 376 24
                                    

Daripada ingin keluar bersama aku, akhirnya Min Hyuk membuat keputusan untuk meluangkan masa bersama The Blue Silhouette di The Green's Cafe. Hal ini kerana setiap ahli berada dalam kedukaan dan Min Hyuk tidak ingin melukakan hati sesiapa. Bagi mendapatkan privasi, kami menempah sebuah bilik khas untuk kami di kafe tersebut agar tidak diganggu oleh sesiapa.

Insan yang banyak menumpahkan air mata ialah Olivia. Dalam diam-diam, dia teresak sendirian. Dialah yang paling berharap untuk menang kerana dia sudah pun berada di tahun akhir. Buat masa ni, kami membiarkan dia duduk bersendirian di atas sebuah kerusi kayu yang terletak berhampiran dengan tingkap.

Masing-masing melayan perasaan sambil menjamah makanan. Hanya Faron sahaja yang kurang menunjukkan perasaan sedihnya dengan menghabiskan masa menghadap telefon pintar.

Tok, tok!

Pintu bilik khas kami itu diketuk dari luar. Jika mahu dikatakan ada orang yang akan menghantar makanan, pelik pula. Kerana setiap pesanan kami telah pun dihantar lengkap.

Reuben bangkit dari duduk lalu membuka pintu. Kehadiran seorang jejaka yang memakai topi membuatkan beberapa ahli kumpulan kami berwajah bengis.

Dialah Emran, sahabat Talha dari kumpulan Cloud Speaker dan telah melepasi peringkat pertama Le Musique Concurrence.

Terketar-ketar dia di situ apabila renungan tajam diberikan oleh Reuben yang sedang memegang pintu daripada tertutup. Matanya mencari-cari kelibat seseorang dan akhirnya terjumpa jua.

"Talha, sini kejap." Panggilnya seraya menggamit Talha. Tanpa membuang masa, Talha segera bangun dan melangkah keluar.

~~~~~~

Berduanya mereka di luar pintu itu, perlahan-lahan Talha mendekati Emran.

"Kamu okey tak? By the way, tahniah menang!" Ujar Talha dengan penuh positif. Walaupun begitu, gerak-geri Emran membuatnya curiga.

"Talha, sini dekat sikit." Bicara Emran, berbisik. Mereka kini sedang duduk mencangkung di sudut dinding sambil berbisik-bisik.

"Kumpulan kami tidak menang secara adil sebenarnya." Ujar Emran dengan berani.

Talha membuntangkan matanya memandang Emran. "Kenapa kau bagitahu aku?"

"Kita orang Islam, tidak boleh berlaku tidak adil. Walaupun saya hanya main kastenet, saya tak mahu terima yang kami menang." Emran berkata lagi seraya memandang sekelilingnya. Gerun sekiranya ada yang mencuri dengar.

Sambil menggosok dagu, Talha bertanya lagi. "Macam mana kamu tahu tentang ini?"

"Saya tak pasti tapi saya ada terdengar yang ada juri yang kena ugut atau menerima rasuah. Tak pun, mereka ada ahli yang menggunakan magis tertentu atau ada ahli yang ada talian dengan orang atasan. Saya tak tahulah." Balas Emran yang kedengaran bagaikan sudah pasrah. "Disebabkan dalam kumpulan kalian ada orang-orang kuat, saya berharap sangat akan ada yang jatuhkan kami yang menang secara tidak adil ini." Sambungnya.

Talha menganggukkan kepalanya. "Baiklah. Kamu jangan cerita tentang ini pada Asraf. Kalau tidak, mengamuk dia sampai baling kerusi." Kata-katanya mengundang tawa Emran.

Selepas bersalaman dan membuat beberapa hand shake, Emran mengucapkan selamat tinggal. Kemudian, Talha kembali ke bilik khas mereka itu dan membuka pintu dengan penuh dramatik sekali.

"Kamu semua, kita ada banyak benda nak kena bincang."

~~~~~~

Tap! Tap! Tap!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now