💎52💎

4.5K 401 19
                                    

"Ongaku-san, Ongaku-san, are you there?" Soalku pada sebuah pohon yang rupanya sedikit pelik tidak jauh daripada istana keluarga Mayu. 

Lydia yang berdiri sedikit jauh daripadaku menguap panjang. "Hailey, dah sepuluh minit kita berada di sini. Cubalah awak tanya dalam bahasa Jepun. Manalah tahu dia muncul." Ujarnya.

Meremang bulu roma aku apabila perkataan 'muncul' disebut. Aku bukan tidak pandai berbahasa Jepun, namun aku takut dengan kemunculannya di hadapan aku. Sekiranya rupanya buruk, pengsan aku di sini.

Aku menoleh ke arah Lydia dan membelakangi pohon tersebut. "Awak nak balik, baliklah dulu. Saya ada banyak persoalan dalam minda saya. Walaupun boleh tanya hanya dua soalan, saya akan cuba merungkaikan semuanya. Awak tahu kenapa? Sebab saya nak tahu asal-usul keluarga saya!" Tuturku pada Lydia dengan bersemangat.

"Okey, okey. Relax, cik Chanson oi. Jeez, no need to be so serious." Balas Lydia dengan kerutan yang jelas di dahi. Dia benar-benar tiada mood akibat kantuk yang menyelubungi diri.

Rumput yang berada di atas lantai menjadi sasaranku. Aku duduk dan melutut sambil memandang Lydia yang sudah tertidur walaupun sedang duduk dengan tegak.

"Awak cari saya?" Satu suara halus menyoalku dari belakang. Aura dingin yang mula memenuhi suasana mendatangkan perasaan seram bagiku. Adakah 'dia' sudah muncul?

"Ongaku-san?" Aku cuba menyoal untuk mendapatkan kepastian.

"Hai'~?" Dia bertanya panjang.

Aku tidak berani untuk menoleh. Melihatkan Lydia yang tidak sedarkan diri itu meyakinkan bahawa aku kini berseorangan dalam menghadapinya.

"Jangan takut. Saya memang nak bercakap dengan awak seorang sahaja. Sebab itu saya lambat muncul. Pandanglah saya duhai penyelamat Ochestra World, Hailey Chanson." Suara itu berkata lagi. 

Hah? Aku menoleh perlahan. Seorang perempuan berambut panjang dalam pakaian indigo sedang tersenyum memandangku. Wajahnya yang jelita tidak mendatangkan perasaan takut pada diriku pula.

"Awak ni... Bukan hantu ke?"

Ongaku-san tertawa tanpa suara. Dia memandangku sebelum menyertai aku yang sedang duduk di atas rumput. Dia menghadapku dan berkata. "Hantu apa awak?"

Aku terdiam. Ya tak ya juga kan? Hantu apa dia ini?

"Saya muncul sebab saya tahu awak ada soalan untuk ditanya. Silakan..." Pelawanya mesra.

Sepi mula mengelilingi kami apabila aku mendiamkan diri. Otakku ligat mencari soalan yang dapat menjawab segalanya.

"Siapakah saya?" Aku bertanya pendek. Aku pasti, jawapannya sangat mendalam.

Dia hanya duduk di hadapanku dan merenung anak mataku dalam-dalam. Senyuman nipis yang terbit di bibirnya membuatkan jantungku berdebar-debar menunggu jawapan.

"Awak, Hailey Chanson. Penyelamat Ochestra World. Mengapa saya berkata demikian? Jikalau awak tanya kepada semua makhluk mistik di dunia ini, mereka semua akan kenal awak." Jawabnya berbasa-basi. Namun, jawapannya tidak mendatangkan apa-apa penyelasaian bagiku.

Aku mencebik sambil memandangnya sebelum mengujakan lagi soalan. "Mengapakah saya dipanggil begitu?"

"Sebelum Ochestra World dipanggil 'Ochestra World', kuasa magis muzik belum wujud dan tiada satu manusia pun yang dapat menguasainya. Sehinggalah seorang insan yang namanya bermaksud 'lagu', telah muncul dan memberikan kemudahan tersebut kepada setiap manusia. Dia telah berjanji untuk menjaga keamanan dunia ini tidak kira manusia mahupun makhluk mistik."

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now