💎66💎

4K 402 8
                                    

"Hailey, Lydia, apa yang kalian berdua buat semalam?" Tanya Olivia pagi itu di meja makan.

Aku dan Lydia yang enak mengunyah makanan hampir terserdak mendengar soalan itu. Olivia perasan ke yang kami keluar semalam?

"Kami buat apa semalam?" Lydia membalas dengan soalan. Wajah keliru ditayangkannya.

Semua yang berada di meja makan saling berpandangan. Selepas itu, mereka memandang kami berdua yang kebetulannya duduk sebelah menyebelah.

"Saya nampak awak masuk rumah pukul dua belas malam. Apa yang kalian buat di luar?" Olivia bersuara lantang. Wajahnya bagaikan ingin marah.

Ketat juga ya peraturan rumah ini. Haih, tak tahu pula akan ada yang perasan akan perbuatan kami semalam. 

"Kami... Pergi ambil angin dekat tepi pantai semalam. Katanya malam-malam duduk dekat tepi pantai boleh hilangkan rasa serabut." Balas Lydia jujur dan bersemangat. Tiada riak takut ditunjukkan olehnya. 

"Pergi pantai? Malam-malam? Kalau ada yang kena telan ombak nanti macam mana? Tahu tak bahaya?" Bebel Olivia panjang. Dia seorang sahaja yang bising di sini. Mereka yang lain diam sahaja.

"Kami err..." Tujuan aku bersuara untuk menggantikan Lydia. Yalah, asyik dia sahaja yang bercakap dan lindungi aku. Macam tidak adil pula. Tetapi malangnya, aku tidak dapat berkata apa-apa.

Jadi demi meminta pertolongan, aku melirik ke arah Justin yang berada di bahagian hadapanku. Bagaikan memahami, dia berpaling ke arah Olivia yang tidak lekang merenung kami.

"Sudahlah tu... Janji mereka selamat di sini. Mereka pelajar tahun satu, Liv. Niat ingin tahu itu lebih tinggi berbanding niat menjaga keselamatan mereka. Sudah, makan ya semua." Justin bersuara lembut. 

Barulah kurang sedikit wajah ketat Olivia itu. Fuh, terima kasih Justin. Engkaulah hero aku sekarang ini.

Aku menghadiahkan satu senyuman buat Justin dan senyumanku itu dibalas juga dengan senyuman daripadanya. Lepas ni, bolehlah aku cerita dengan dia tentang penemuan aku dengan Aqualivy. Tapi, waktu itu Lydia haruslah tiada dengan aku.

"Faron?" Sebut Reuben tiba-tiba. Kami semua menoleh ke arah sang gerangan yang dipanggil. Kelihatan Faron sedang menguis pinggan menggunakan garpu dengan penuh bosan.

"Faron, awak okey tak?" Mayu pula menyoal.

Hairan, mamat ini diam saja. Bukanlah nak cakap yang dia ni selalu bising ke apa tapi wajahnya sugul. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. 

"Faron Aden!" Talha menepuk bahu jejaka itu sambil memanggil namanya kuat. 

Faron tersentak sehingga menyebabkan garpu miliknya jatuh ke atas lantai. Terpinga-pinga dia di situ memandang semua orang.

"Kau kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Min Hyuk kasar walaupun berbaur sedikit risau. 

Tiada jawapan yang diberikan oleh Faron. Adakah kerana hari ini, dia berasa susah hati? Dia tidak mahu pulang ke Chile?

"Awak tak mahu balik ke?" Soalku dengan berani. Bertambah terkejut riak yang ditayangkan olehnya.

Lydia menjengulkan wajahnya dari sisiku. "Entah. Tak nak tunjuk Hailey dekat family ke? Bakal ahli keluarga tu." Sambutnya dengan usikan.

"Aish, apa cakap macam tu." Marah aku padanya. Orang nak serius, dia main-main pula budak ni.

Terletus tawa Faron mendengar kata-kata Lydia. Kami semua yang dari tadinya ketat menayangkan wajah risau kini sedikit lega. Ingatkan apalah yang serius tadi. 

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now