💎40💎

4.5K 417 2
                                    

Seminggu kami berulang-alik menyelinap keluar dari dorm, berlatih setiap kali ada masa, serta bertemu satu sama lain sepanjang minggu. Kadang-kadang kalau ada terserempak di mana-mana, walau berdua sekali pun, kami akan bermain muzik bersama. Itulah lumrah hidup The Blue Silhouette sebelum menuju langkah pertama untuk memenangi Le Musique Concurrence.

"Aku dengar cerita, Faron banyak menyanyi dalam toilet sekarang."

"Ye do, aku kalau lalu depan dorm dia, seram gila. Malam-malam macam mengilai pun ada."

"Wei, tak baik cakap benda macam tu."

"Yelah, kalau nak berlatih pun tak payahlah acah sangat. Tahulah dia budak special."

"Mentang-mentang ada suara sedap, sibuk nak tunjuk kat orang."

"Cuba suruh dia main alat muzik, entah macam apa nanti."

"Hahahaha!"

Aku yang sedang merehatkan diri di bawah pohon rendang yang biasa aku duduki itu, mencuri dengar perbualan beberapa orang pelajar lelaki yang sedang berjalan. Nak pecah perut aku tahan gelak.

Aduh Faron, tak pasal-pasal kau jadi bahan walhal kau tak tahu apa-apa.

Suara-suara yang pada mulanya bising mengutuk putera sekolah kini sudah lenyap dari pendengaran aku. Eh, hairan pula aku. Jadi, aku mencuri lihat dari belakang pohon.

"Seronok ya umpat orang." Satu suara yang agak aku kenali terbit dari sebalik dinding bangunan. Pelajar-pelajar itu mengunci mulut.

Tiba-tiba, seorang jejaka berbaju putih bersulam jahitan biru muncul di hadapan mereka. Aku terkejut, mereka pun terkejut.

"Cruz?" Bisikku sendiri setelah melihat pemilik suara itu dengan jelas.

"Bila masa pula kami umpat orang?" Ujar seorang pelajar lelaki yang berkaca mata dengan berani. Rupa macam budak nerd tapi berani bukan main.

Cruz menumbuk dinding bangunan yang berada di sebelahnya. "Kau fikir aku tak dengar ke ha?!" 

Suasana menjadi ketat. Aku yang melihat dari jauh pun dapat merasakan aura sengit itu.

"Alahai, back up kawan sendiri ke? Orang tak cakap pasal kau pun." Balas salah seorang pelajar lelaki dari kumpulan itu.

"Memanglah kau tak cakap pasal aku tapi kau cakap pasal kawan aku!" Jerit Cruz di situ. Aku boleh nampak urat-urat di lehernya apabila dia menjerit kuat.

Sekumpulan pelajar lelaki itu memandang sesama sendiri sebelum melarikan diri bersama-sama. Perkataan 'gila' boleh aku dengari dari bibir mereka berkali-kali.

Sepanjang perjalanan mereka meninggalkan tempat itu, Cruz hanya merenung sekumpulan pelajar lelaki itu dengan satu renungan yang sangat tajam. Bagai menyimpan satu perasaan marah yang mendalam.

Aku yang sibuk melihat drama mereka tadi cepat-cepat berpaling semula ke hadapan dan berpura-pura membaca buku apabila terlihat Cruz melangkah ke arah pohon yang aku duduki. Berderap-derap bunyi dahan yang berada di atas tanah dipijaknya.

Sementara aku 'membaca' buku, aku sempat menjeling ke sebelah tatkala terlihat bayangannya menghampiri aku.

"Eh." Itu yang dapat aku dengari dari bibirnya setelah dia ternampak aku.

Aku segera mendongak ke sebelah selepas mendengarkan suaranya itu. Dengan wajah yang nampak sangat tak terkejut, aku memandangnya dengan senyuman kecil. "Bonsoir monsieur Cruz."

Dia tersentak seketika sebelum meletakkan tangan kanannya ke dada kiri serta menundukkan kepala sedikit. Salam perkenalannya sama seperti waktu pertama kali kami berkenalan. 

"Do you mind if I sit here?" Soalnya padaku. Aku membalas dengan gelengan lalu dia mengambil tempat berhampiran denganku.

Aku meletakkan buku ke tepi. Kemudian, aku duduk dengan meletakkan lutut ke dada sambil memeluk kaki. Dalam masa yang sama, aku merehatkan kepala ke atas lutut seraya memandangnya dengan pandangan mengharapkan sesuatu.

"Apa yang Faron buat pada awak sampai awak sanggup marah budak-budak tu?" Aku mencari topik.

Terserdak Cruz dibuatnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku yang sedang tersenyum manis memandangnya.

"Well..." Ucapnya malu sambil menggaru kepala. Mungkin dia tidak tahu bahawa ada yang menelinga sewaktu aksi amarahnya tadi.

"Keluarga aku sebenarnya ada ikatan dengan keluarga Faron. Keturunan kami harus menaburkan khidmat kepada keluarga Aden sepanjang hidup. Tapi sekarang dah moden, mana main hamba-hamba ni." Katanya padaku. "By the way, dia tak tahu pasal tu. Sebab tu aku selalu ada dengan dia sebagai kawan."

Aku memandangnya sekilas. "Tapi saya tak selalu nampak pun awak dengan dia?" Tanyaku.

"Dah kalau selalu je dengan dia nanti rimas pula. Maklumlah, sekarang dia dah ada girlfriend." Jawabnya kemudian tersenyum sendiri.

Tersentak aku dibuatnya. Faron? Dah ada girlfriend?

"Siapa girlfriend dia?" Soalku ingin tahu.

Cruz memandangku dengan mata yang bulat. Seperti orang yang telah menyatakan satu rahsia, dia menutup mulut dengan tangannya. 

"Bukan cik ke-" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, kami dapat mendengar suara Faron dari kejauhan.  

"Cruz... Oh, Cruz! Mana kau ni Cruz? Cruz Teague!" Apabila suara Faron sudah meninggi, Cruz segera bangkit lalu menunjukkan diri.

Faron menghela nafas lega sebelum bercekak pinggang di hadapan Cruz. "Lah, kau dekat sini ke? Punyalah aku cari."

"Kenapa cari aku?" Cruz bertanya hairan.

Pak!

Faron menepuk dahinya kuat. "Aku nak ajak kau lepaklah macam biasa. Pelik sangat ke kalau kali ni aku yang cari kau?" Ujarnya kuat.

Beberapa minit mereka berbual, barulah Faron perasan akan kehadiran aku yang berada di belakang pohon. Aku tak nak pun dia nampak aku sebenarnya. Nanti apa pula dia fikir bila aku duduk berdua dengan Cruz.

"Oh, kau ada dekat sini ya, Hailey? Nak berlatih?" Ajak Faron tiba-tiba.

Aku hanya tersengih memandangnya. Aduh, malasnya! 

"Err..."

"Faron, kau kata nak lepak dengan aku." Potong Cruz. Wajah kecewa ditayangkannya.

Petikan jari Faron berikan. "Ha'ahlah. Jomlah." 

Mereka berdua mula melangkah pergi setelah meminta diri dari aku. Senyuman kecil dapat aku lihat terukir pada wajah Cruz. 

"Terima kasih." Ucapnya seraya menundukkan diri padaku. Sebagai balasan, aku menganggukkan kepala.

Terima kasih? Terima kasih untuk apa? Sebab aku temankan dia ke?

Dalam kebingungan sendiri tu, aku dapat melihat mereka berdua berjalan sambil berbual mesra seperti sahabat lama. Bestnya kalau aku ada juga sahabat dari kecil seperti mereka. Sebelum mereka menghilangkan diri, aku sempat mendengar perbualan mereka itu sedikit.

"Kau jangan curi kawan perempuan aku, woi." Faron berkata sambil meletakkan tangan ke atas bahu Cruz.

Cruz menggeleng perlahan. "Mana adalah!" Balasnya dalam nada yang tidak serius. Selepas itu, mereka bertepuk tampar sendiri.

Aku hanya tersenyum dari kejauhan. At least sekarang aku dah dapat kawan yang baik. Jadi, ayuhlah kita sambung menelaah buku selepas melihat agenda drama petang tadi.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now