💎85💎

3.5K 338 41
                                    

Malam yang indah nian mula membuka tirainya. Dendangan lagu dari dewan dapat aku dengari dari luar. Cuaca redup, tidak panas dan tidak sejuk. Sedang-sedang sahaja gitu.

"Cantik kan bulan malam ni? Mengambang penuh menyinari taman yang ada ini." Faron bermadah sendiri. Matanya jelas bersinar melihat langit gelap dihiasi bintang.

Aku tersenyum kecil memandangnya. "Cantik, macam saya kan?" 

"Eh, sejak bila pandai perasan sendiri ni?" Soal Faron lalu tertawa kuat.  Dia mencapai rambutku dan bermain dengannya.

"Awaklah yang ajar benda bukan-bukan dekat kawan saya yang seorang ini. Tunggu satu hari nanti, saya balas dendam." Sibuk Lydia yang tidak jauh dari kami. Secawan air cocktail dipegangnya.

Faron segera menoleh lalu menjegilkan matanya pada Lydia. Lydia sekadar mengerling sebelum melihat ke tempat lain dan meneguk minumannya.

Pintu dewan yang terkuak itu memberi pandangan meriah terhadap suasana di dalam. Masih belum ada yang memulakan tarian memandangkan Lady Beatrix belum hadir bagi memberikan kata-kata aluan. Acara ini rasmi, maka kami memerlukan orang penting untuk ada bersama.

"Sampai bila kalian mahu duduk luar?" Justin yang melangkah ke arah kami bertanya. Tali lehernya dibetulkan setelah selamat sampai di sisi kami.

"Ramai sangat dekat dalam jadi saya rimas."  Balasku yang sedang berpeluk tubuh. Walaupun ada pendingin hawa di dalam, namun rasa panas akan hadir jika semuanya memenuhi dewan.

Justin mengangguk setuju dengan kata-kataku itu. "Betul juga tu. Kita tunggu tarian mula baru masuk sebab nanti akan ada ramai yang keluar untuk ambil angin. Tapi nanti masa acara betul-betul start, kita sekumpulan kena ada dekat dalam tau. Oncle Jeremie minta."

"Alah, malasnya!" Rungut Lydia. 

Aku sekadar menepuk bahunya perlahan serta memberikan anggukan kecil. Serius aku malas untuk berinteraksi dengan orang dekat dalam. Kalau ada yang menghulurkan tangan dan ajak menari, apa harus aku buat? Tak akanlah mahu tolak mentah-mentah.

"Hailey kalau tak nak join menari tak apa, jangan risau." Justin memberikan jaminan apabila terlihat aku yang sudah berubah riak wajah. "Faron ada ni ha. Tengok muka dia tu, garang semacam bila nampak ada orang tengok awak." Sambungnya lagi.

Faron yang pada mulanya sedang menjeling seorang pelajar lelaki segera berbuat biasa. Dia bersiul kecil seperti tiada apa pun yang berlaku.

"Yalah." Jawabku, tersengih. "Oh, mana yang lain?" Soalku pula bagi mengubah topik.

"Mereka ada di dalam." Justin membalas kemudian mencapai secawan cocktail daripada seorang pelayan yang mengelilingi taman itu dengan sedulang air di tangan. 

"Jadi..." Lydia berpeluk tubuh sambil menjongketkan kedua-dua keningnya. "Awak tinggalkan Olivia di dalam seorang diri?" 

Hampir tersembur minuman Justin dipersoalkan sebegitu. Tiada angin, tiada ribut, dia bakal terserdak akibat terkejut.

"Dan awak, tinggalkan Min Hyuk?" Jawab Justin dengan soalan pula.

Belum sempat Lydia ingin membuka mulut untuk marah, aku sudah melangkah bagi berdiri di antara mereka berdua. "Sudah, cukup. Pergi masuk dalam sekarang." Arahku bagi meleraikan pergaduhan.

"Tapi-"

"Masuk, sekarang." Suara aku tinggikan untuk menambahkan ketegasan. Kedua-dua insan dari puak Zamrud itu mencebik kecil kemudian berlalu pergi. Lega aku apabila mereka tidak bertekak di hadapan aku.

Inilah yang terjadi apabila manusia gemar untuk tidak mengaku tentang perasaan sendiri. Meski kita sendiri yang tidak sedar, akan ada mereka yang lain sedar akan perkara itu. Jika bukan pada kata-kata, pasti pada perbuatan mahupun bahasa tubuh.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now