💎29💎

5.3K 423 33
                                    

Gelap, sunyi dan kelam. Itulah apa yang aku rasakan ini. Apakah aku... Di dunia realiti?

"Bonjour? Ada sesiapa di sana?" Sapaku. Entah apa yang aku nampak, aku tegur sahaja walau dalam kegelapan.

Aku berjalan di sekitar kawasan tersebut walau tiada cahaya yang membantu. Buat beberapa lama, aku duduk dan memandang langit yang kelam.

"Hailey, sayang." Satu suara yang amat aku kenali menyapa.

Sudah lama aku tidak mendengar suara itu. Tanpa ditunggu-tunggu, aku terus menoleh ke belakang. Seorang wanita sedang berdiri ditemani cahaya putih yang terang.

Oh, mama.

"Mama." Panggilku dan segera berlari ke arahnya. Sewaktu aku ingin mencapai tangannya, satu dinding halimunan telah memisahkan kami.

Aku mengetuk dinding itu sebanyak kali yang mungkin. "Mama! Mama! Kenapa tinggalkan saya?"

"Kenapa kita boleh jumpa di sini?" Soal mama yang bagaikan turut terkejut. Dia meletakkan tapak tangannya pada dinding tersebut.

Aku hanya memandangnya. Dia berada di hadapanku, tetapi aku tidak boleh memeluknya.

"Hailey, ini bukan dunia realiti. Minda kamu yang berketerunan Chanson, telah menyatukan kita! Mama belum mati ya, sayang. Ini bagaikan telepati di fikiran kita yang prasedar." Tutur mama dengan penuh lembut sekali. Air matanya kini jatuh perlahan-lahan.

Mama menyeka air matanya lalu memandangku dalam-dalam. "Hailey, ingat ini sebelum mama pergi. Cabaran kamu akan menjadi lebih sukar dan banyak masalah akan mendatang. Bertabahlah anakku. Jaga ayah, abang dan kakak kamu baik-baik."

"Nanti apabila keadaan semakin genting, mama akan kembali."

Itulah kata-kata terakhir mama sebelum aku terjaga secara mengejut. Silau rasanya apabila cahaya memasuki mata secara tiba-tiba. Turun naik nafasku bagaikan orang yang baru sahaja berlari.

Aduh, kepalaku sakit! Tekakku perit! Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

Dan... Kenapa wajah aku basah? Apabila melihat keberadaan Faron di hadapan aku, aku bagaikan sudah tahu apa yang telah terjadi.

"Lepas semua ahli kita dah jumpa, tiada lagi rahsia yang akan disimpan oleh kau."

Aku menjelingnya tajam sambil mengelap wajah yang basah dengan air. "Rahsia apa? Mengarut sajalah engkau ni!"

Namun, aku tidak sedar bahawa terdapat lagi orang lain berdekatan denganku dan bukan hanya dia.

Aku memandang sekeliling lalu terpaparlah wajah Mayu yang sedang tersengih, Reuben yang sedang terkebil-kebil dan Olivia yang kerisauan. Fuh, mujur Min Hyuk tiada di sini.

"Er, maaf." Ujarku dan Faron serentak. Kemudian, kami saling berpandangan lalu menoleh ke tempat lain.

Olivia mengambil tindakan dengan berdiri di hadapan kami lalu bertepuk tangan. "Baiklah." Ucapnya sambil menghulurkan kedua belah tangannya kepada Reuben dan Mayu.

"Ayuh kita cek di The Detector. Hailey dan Faron, awak lihat di tablet saya sama ada mereka layak atau tidak. Jikalau layak, nama mereka akan muncul di situ." Kata Olivia dengan serius. Aku dan Faron mengangguk faham.

Sewaktu mereka bertiga berjalan pergi ke pusat Music Autumn, seorang jejaka berlari ke arah kami secara tiba-tiba dan mengambil tempat di sebelah Faron.

"Oh, hai senior!" Sapa Faron terlebih dahulu. Talha yang baru melabuhkan punggung menjawab sapaannya dengan lambaian tangan. Dia kelihatan penat.

Aku membiarkan mereka berdua dan memberi fokus yang penuh kepada sahabat-sahabatku itu. Bagi mendapatkan pandangan yang jelas, aku mengecilkan mata.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now