💎59💎

4.3K 398 54
                                    

Hari ini, Talha sudah berjanji untuk membawa kami berjalan-jalan sebelum ke KLIA setelah kami memenuhkan jadual dengan latihan semalam. Jari aku dah macam nak kejang sebab main piano punya pasal. Si Lydia dan Reuben itu aku rasa lagi merana mereka.

"Saya nak udara segar!" Pinta Mayu yang hampir sesak nafas sewaktu berlatih semalam. Disebabkan itulah, perjanjian ini bakal ditepati hari ini.

Kini kami sekumpulan berada di dalam van menuju ke Bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai Penang Hill. Dengar cerita, suasana di situ aman dan menarik untuk dikunjungi. Sebagai seorang yang tinggal di Pulau Pinang, Talha sudah tahu selok belok di atas bukit sana.

"Assalamualaikum!" Satu suara muncul di bahagian belakang van. 

"Waalaikumussalam. Siapa- Agh! Khawlah? Kenapa anti ada dekat sini?!" Talha meninggikan suara selepas melihat sang gerangan yang muncul di dalam van itu. Sekali lagi.

Kami turut menoleh ke belakang. Kali ini, tiada yang menjerit ketakutan atau kekejutan kerana semua sudah mengenali gadis itu. Khawlah, kakak Talha yang comel di sebalik hijab.

 "Umi kata cari, abi kata pergi. Ana pun apa lagi? Jaga kalianlah." Balas Khawlah bersahaja. Matanya melihat setiap seorang yang berada di dalam van tersebut. "Lagi pun, nanti anta seorang je yang tiada pasangan." Sambungnya sinis.

Talha menjongketkan kening sebelah. Mendengarkan itu, aku turut melihat dia dengan pandangan hairan.

Talha yang perasan dengan riak mukaku itu tersengih lalu berkata. "Maksud dia, kalian semua akan berdua-berdua manakala aku, akan seorang diri. Oh please lah Khawlah, ana tahu batasan apa semua. Tiada pasangan? Ana tak kisah. Semoga bertemu di syurga." 

"Alahai, buat ana sentap pula." Balas Khawlah tersenyum. Tanpa disangka, dia bangga dengan adiknya pula.

Aku tersenyum melihat mereka berdua. Hubungan adik-beradik yang sangat manis.

By the way, apa maksud senior Talha dengan setiap daripada kami sudah ada pasangan? 

~~~~~~~~

Setibanya kami di atas, udara sejuk memasuki rongga tubuh mewujudkan rasa tenang dan nyaman. Suasana yang dipenuhi kehijauan itu menarik perhatian kami. Lagipun, kereta api yang bawa kami naik ke atas tadi memang menyeronokkan. Namun, telinga aku sakit akibat tekanan yang berubah.

"So, silakan explore bukit ini. Tempat ni tak adalah besar sangat so kalau sesat, call aku. Balik nanti, berkumpul di hadapan kedai makan yang kita pergi tadi tau. Jangan. Lambat." Pesan Talha pada kami dengan serius. Khawlah pula berdiri di sebelahnya persis seorang pengawal peribadi.

Kami terus sahaja menghilangkan diri mengikut 'pasangan' masing-masing. Seperti yang semua sudah tahu, Reuben pasti bersama Mayu manakala Justin pula bersama Olivia. Pada mulanya, Min Hyuk mengajak aku meluangkan masa bersamanya tetapi Lydia telah membawanya lari terlebih dahulu.

Jadi sekarang ini, tinggal aku dan Faron sahaja. 

"Ehem, so... Kita nak pergi mana?" Faron bertanya perlahan. Dia menggosok belakang tengkuknya tanpa melihat aku.

Aku memandang sekeliling bagi mencari tempat permulaan. "Jom jalan-jalan atas sana." Ajakku sambil menoleh ke sebuah tempat.

Kami berdua berjalan beriringan di bahagian jalan bertar yang tidak ramai orang. Sedang kami berbual mesra, satu buggy melepasi kami dan terdapat dua orang manusia yang kami kenal berada di atasnya.

"Yo, love birds!" Tegur Reuben lalu ketawa bersama Mayu.

Aku memandang mereka geram. Sibuk je kacau orang. Bertambah galak tawa mereka melihat wajahku itu. Selepas buggy tersebut hilang daripada pandangan, Faron pula yang ketawa berdekah-dekah. Aku merenungnya marah.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now