💎23💎

5.5K 477 14
                                    

"Pernah dengar Le Musique Concurrence?" Soal Faron dalam nada membanggakan diri. Mungkin dia fikir aku tidak tahu mengenai pertandingan sebegitu?

Aku hanya melepaskan keluhan malas. "Qu'attendiez-vous? (Apa yang kau harapkan?)" Soalku sambil bercekak pinggang.

Faron ternganga. Terkejut dengan kata-kataku? Mungkin.

"Kau orang Perancis? Lah, mestilah dah tahu."

"Memanglah tahu. Ahahahah, what did you expect tho?" Aku bertanya sambil membuat hairflip. Lagi pun, aku anak Katrieane Chanson, of course, aku tahu pasal pertandingan yang sebegitu besar.

Sambil berjalan, kami berbual riang. Entah ke mana dia nak bawa aku, aku ikutkan sahaja. Janji aku tak dekat dengan mamat psycho dan yandere bernama Ethan itu.

Setibanya di hadapan sebuah pintu gerbang yang besar, Faron memberhentikan langkahnya disertai aku yang terkejut akan kehadiran pintu yang besar itu. Mana datang benda alah ni?

"Hailey, awak dan saya ialah pelajar tahun 1 di Muzika Melodia bukan? Tapi awak tak tahu, yang saya lebih tahu mengenai sekolah ini berbanding awak dan Ethan." Ujarnya bangga sambil tersenyum senget yang menawan. Boleh cair tapi aku ni bukan aiskrim.

Pintu itu terbuka dengan sendiri setelah suara merdu milik Faron terbit dari bibirnya.

Satu suasana yang tidak dapat digambarkan dirasai hati, satu perasaan yang tidak dapat ditayangkan melalui emosi, pemandangan indah di hadapan mata bagaikan satu ilusi.

"Tempat... tempat apa ni?" Soalku yang terpesona dengan keindahan tempat ini.

"This is the testing place. Whether you are a qualified student or not." Balasnya.

Aku memandangnya keliru. "Qualified student? What do you mean?"

"Kawasan taman luruh ini, dipanggil 'Music Autumn.' Kawasan ini boleh menjadi tempat lepak, kawasan belajar termasuklah tempat yang memberi kata putus sama ada kau layak atau tidak untuk masuk Le Musique Concurrence." Terangnya satu persatu dengan satu tenungan jauh ke dalam kawasan yang berada di sebalik pintu gerbang tersebut.

" Terangnya satu persatu dengan satu tenungan jauh ke dalam kawasan yang berada di sebalik pintu gerbang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku hanya merenungnya. Bukan sebab dia kacak tapi sebab nak tunggu apa dia cakap seterusnya, okey?

"Jom kita masuk!" Ajaknya lalu melangkah ke dalam dengan perlahan. Tanpa ditunggu-tunggu, aku turut melangkah ke dalam.

Bunyi daun kering yang dipijak menjadi halwa telinga. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling. Ada yang sedang berjalan, ada yang sedang membuat study group dan ada juga yang sibuk menghubungi orang tercinta melalui Melody Caller.

Oh, aku tak pernah cerita mengenai Melody Caller kan? Melody Caller ini merupakan wireless earphone yang dimiliki oleh setiap pelajar di Muzika Melodia. Aku malas nak guna sebab aku tak ada nak call sesiapa pun.

By the way, Melody Caller ini hanya boleh digunakan untuk menghubungi warga sekolah ini sahaja. Pengumuman dan berita terkini sekolah juga turut diberitahu melalui alat tersebut. Konklusinya, kami kena rajin pakai benda tu sentiasa. Sekarang, aku tengah sangkut benda tu dekat belakang telinga.

"Hailey, kita dah sampai." Suara Faron menghentikan lamunanku. Aik, dah sampai mana?

"Sampai mana?" Aku bertanya sebelum melihat bentangan tasik yang luas dihadapanku. Ia berbentuk bulatan dan berada di pusat Music Autumn. "Cantik. Tempat apa pula ni?"

"Tap the water using your palm." Arah Faron.

Aku memandangnya sambil menjongketkan keningku tanda jengkel. "Excuse me?"

"Just do it!"

Aku tidak melakukannya. Aku hanya melihat sekeliling dan memandang beberapa orang pelajar yang sedang melakukan seperti apa yang Faron perkatakan itu. Seorang gadis disuruh oleh rakannya untuk meletakkan tapak tangannya ke atas air tersebut.

Secara tiba-tiba, satu skrin besar terbentang dan membuatnya terpelanting jauh sehingga ke luar pintu gerbang. Sahabatnya hanya ternganga melihatkan perkara itu. Lalu, dia melihat skrin besar tersebut sebelum menggelengkan kepala.

"Hic!" Jeritku ketakutan. "Apa benda tu?!!"

Faron yang melihatkan perkara itu juga ketawa geli hati. "Ahahaha! Perempuan tu tak layak rupanya!" Balasnya lalu sambung ketawa.

"What do you mean? Hey, stop laughing!! Kesian dia tau!" Marahku dengan tangan yang tergapa-gapai di udara.

"Dahlah, tak payah risau. Sebab tu aku bawa kau ke sini. Nak tahu sama ada kau layak atau tak menjadi ahli Le Musique Concurrence. Kalau tak, kau akan jadi macam perempuan tu. Bermakna, kau tak akan boleh masuk tempat ni sampai bila-bila." Jelas Faron dengan sengihan. Masih terhibur dengan perkara tadi barangkali.

Apakah?

"Habis tu, macam mana dengan perempuan tadi tu?"

"She needs more practice atau tingkatkan ability dia untuk jadi lebih baik. Maybe dia boleh try lagi? Aku dah memang layak. Sekali cuba, terus terpilih. Hahaha!" Jawabnya dengan penuh bongkak.

Haih, berlagak sungguh yang seorang ini!

"Okey, aku akan try. Kalau aku terpelanting macam perempuan tu-" Ujarku sambil menuding ke arah sahabat gadis tadi. "-Aku tarik kau sekali." Ugut aku dengan senyuman sinis.

Senyumanku dibalas sinis juga oleh Faron. Matanya bagaikan bersinar dengan warna cerah yang menakutkan. "You wish." Balasnya.

Tangan kuletakkan ke atas air dengan perlahan-lahan. Gelombang air kelihatan di atas permukaan air dan perkara itu membuatkan aku menelan liur akibat keresahan.

Satu skrin yang besar muncul di hadapanku dan aku terus sahaja mencapai tangan Faron yang sedang berdiam diri di sebelah. Mataku pejam rapat-rapat.

Tling!

Satu bunyi kudengari sebelum suara Faron memecah kesunyian.

"Hailey- Hailey apa? Kenapa nama keluarga kau tak ada?" Soalnya sambil memandang ke arah layar tersebut.

Aku membuka mata dan mendongak. Satu skrin besar sedang terbentang luas di hadapan mata dan memaparkan biodataku. Bulat mataku memandangnya.

"Kenapa biodata aku ada kat sini?" Soalku kepada Faron.

Faron hanya menjongketkan bahunya. "Memang itu caranya untuk tahu sama ada kau layak atau tidak. Nampaknya kau layak! Lihat, kau satu kumpulan dengan aku." Balasnya seraya menuding ke arah skrin tersebut.

Aku menoleh lalu melihat di barisan bawah. Halamak! Baru tiga orang ahli yang dah meng-access diri. Jadi, yang lain siapa pula?

Kenapa.... Kenapa aku kena satu kumpulan dengan dia? Bukan dengan mamat sebelah aku ni je, Olivia pun sama. Lagi berkepit si Ethan tu nanti adalah!

Alamak, aku terlupa pasal Ethan!

"Hailey..." Faron memanggilku.

Aku tidak menoleh ke arahnya kerana sedang sibuk memikirkan perkara-perkara yang tidak penting. Namun, aku membalasnya juga. "Apa dia?"

"Aku tahulah yang kau takut kau kena tinggal seorang-seorang. Tapi, boleh tak kau lepaskan tangan aku?"


Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now