💎9💎

7.1K 630 62
                                    

Aku mengelilingi bangunan sekolah dengan bosan.

Mayu dan Darya? Aku suruh mereka balik ke dorm dahulu. Aku ingin bersendirian.

"Hailey." Panggil seseorang dari belakang.

Dengan cepat, aku berpaling. Kelihatan seorang jejaka sedang berdiri dengan buku di tangan.

"Nak apa, Min Hyuk?" Soalku dengan kening yang sengaja dijongketkan.

Jejaka yang berwajah beku itu memandangku sekilas lalu menundukkan kepalanya. "Awak nampak lonely, jom pergi perpustakaan sama-sama?"

•••••

"Huargh, bosannya!" Keluhku lalu menyandarkan diri pada kerusi. Mata dipejam.

Tawa kecil kudengar dari Min Hyuk. Apa yang kelakar?

"Awak ni, baru belajar sikit. Macam mana nak hadapi peperiksaan nanti?" Soalnya lalu sambung menelaah buku.

Aku menongkat dagu. Wajah tampan Min Hyuk itu kutatap bagi menghilangkan bosan.

"Kenapa awak pandang saya?" Tanya Min Hyuk lagi dengan wajah yang sentiasa sama.

Senyuman nipis aku ukirkan. "Saja. Tak boleh ke?"

"Erk, tak adalah tak boleh. Cuma, saya rasa tak selesa je." Balasnya lalu menoleh ke tempat lain.

Kemudian, kami sambung belajar kerana tiada apa yang dapat dibualkan. Haih, lagi bertambah bosan adalah.

Kalau boleh main alat muzik dalam perpustakaan kan best.

Tiba-tiba sahaja aku terdengar ketukan dram yang sangat perlahan. Apabila aku terlihat perbuatan Min Hyuk, barulah aku faham.

Dia sedang mengetuk buku menggunakan pen dan pensel. Disebabkan kelebihannya, bunyi dram yang perlahan dikeluarkan.

Aduhai, comel betul dia ni.

•••••

Sewaktu pulang dari perpustakaan, Min Hyuk berhajat untuk menemani sepanjang perjalananku kerana ura-ura mengenai aku yang cuba untuk memikat Faron semakin berleluasa.

Aduh, macam manalah aku nak make it clear.

Nasib baiklah dia ni faham. Dia tahu, aku ni macam mana. Mana suka pikat-pikat lelaki.

"Wah, wah, wah. Hari tu pikat Faron. Hari ni nak cuba pikat Encik Ahn pula?" Tanya Audrey yang secara tiba-tiba berjalan melepasi kami.

Kenapa mesti guna perkataan pikat tu? Gelilah!

Min Hyuk berdiri di hadapanku lalu menjeling gadis itu. "Kepala hotak kau."

Hanya dengan tiga patah perkataan yang dinyatakan dengan senada itu telah membuatkan gadis itu berlari ketakutan.

Lah, mesti dia tak biasa dengar Min Hyuk bercakap.

"Kamsahamnida." Ujarku kepada Min Hyuk.

Min Hyuk tersenyum kecil lalu menjawab semula.

"Tak apalah. Hal kecil sahaja."

°°°°°°

Author's note.
I'm gonna make a ship war. Muahahahahahaha...

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now