💎8💎

7.1K 603 70
                                    

Pukul 10 pagi.

Aku.

Dah.

Lewat.

"Ahhhh!!!!" Aku menjerit sepanjang larianku dari dorm sehinggalah tiba di bangunan sekolah.

Pintu kelas kubuka pantas dan segera berlari ke tempat duduk sebelum guru yang mengajar tiba.

"Awak okey?" Soal Arthit yang duduk di meja yang berada di belakangku. Aku hanya mengangguk kecil.

Seluruh kelas mula menjadi sunyi setelah terlihat aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Bisikan-bisikan yang tidak menyenangkan mula singgah di telinga.

"Ah, pasal semalam ke." Gumamku perlahan sambil tersenyum hampa. Nampaknya, ramai yang akan jauhkan diri daripada aku.

Dua orang gadis menghampiri mejaku secara mengejut. Wajah mereka tampak bengis.

Haih, mesti mereka ini watak jahat dalam kisah hidupku.

"Kau siapa ha nak mengorat Faron Aden?!" Marah Audrey, salah seorang daripada gadis-gadis itu.

Hah, dah agak.

"Aku Hailey. Aku tak ada kena mengena langsung dengan putera sekolah itu, ya. Dia itu, musuh aku!" Tengkingku padanya.

Audrey hanya berpeluk tubuh. Diikuti sahabatnya, Ainsley yang berada di sebelahnya.

Mengikut pendapat aku, Ainsley ini seorang yang baik. Cuma dia terikut-ikut dengan sahabatnya yang seorang ini.

"Jangan sampai aku panggil mak bapak aku datang sekolah sebab kau ganggu bakal tunang aku." Ujar Audrey dengan nada yang menjengkelkan.

Wah, nampaknya watak jahat dalam hidupku ini seorang yang perasan!

Aku menjelingnya sebelum berkata. "Bakal tunang? Maksud kau?"

"For your information, my name is Audrey Aden. I'm his beautiful cousin. Unlike you, peasant." Balasnya gedik lalu berlalu pergi sambil menarik tangan Ainsley bagi mengikutinya.

Geramnya aku! Nak saja aku jerit yang aku ini lagi hebat daripada dia! Aku, Hailey Chanson! Salah seorang daripada ahli keluarga yang berbakat dan lagi tinggi darjatnya daripada dia.

Namun tidak dapat aku nafikan bahawa Faron dan Audrey amat sesuai bersama. Wajah kacak dan cantik itu pasti menjadikan perkahwinan mereka sungguh meriah.

Eh, eh. Jangan fikir tentang itu, Hailey. Jangan!

"Jangan risau Hailey, awak cantik juga. Lebih cantik daripada dia." Kata-kata Ying Juan yang tiba-tiba menerpa menyejukkan hatiku.

"Terima kasih."

•••••••••

Pada waktu rehat, aku menjauhkan diri daripada khalayak ramai. Aku sudah tidak tahan apabila diejek dan dimaki sepanjang perjalananku.

Kalau bukan sebab Faron campak bento yang aku buat tu dekat muka aku, benda ni tak akan terjadi!

Sedang aku mengelamun panjang, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Siapa?

"Abang?" Sebutku sebelum mengangkat talian. "Yo abang, ada apa call saya?" Soalku dengan senang hati.

"Sebagai seorang abang yang baik, abang dapat rasakan yang kamu sedang bersedih sekarang ni. Ada apa-apa yang berlaku?" Soalnya prihatin.

Aku ketawa kecil bagi mengelakkan tangisan yang ingin dihamburkan daripada terus keluar.

"Mengarutlah abang ni! Abang yang baik konon. Saya baik-baik sahaja. Oh ya, kakak bagaimana?" Tanyaku tanpa menghiraukan abang yang bakal merajuk.

"Tanya kakak je? Abangnya punya perhatian mana? Haih, kakak baik-baik sahaja. Dengar cerita, dia akan buat Live Concert kat Perancis nanti." Balasnya gembira.

Bunyi loceng sekolah menandakan bahawa aku perlu ke kelas dengan cepat.

"Baiklah abang, saya kena pergi dulu!" Ujarku lalu menutup telefon.

Malas nak dengar abang cakap bye-bye. Nanti dia merapu panjang.

Pada ketika aku ingin melangkah ke kelas, aku terasa seperti ada seseorang yang sedang mengikuti langkahku. Namun apabila aku berpaling, tiada sesiapa pula.

Adakah ini hanya perasaanku sahaja?

Hmm, Aku rasa tidak.

Muzika MelodiaOn viuen les histories. Descobreix ara