💎60💎

4.4K 406 25
                                    

"Kita kena lawan!"

"Kau gila ke?!"

"Apa gila-gila?! Kan kita pernah lawan masa simulasi di blok Izili. Awak Melody Student kot! Tak akanlah benda macam ni tak boleh? Lagi-lagi dengan kelebihan awak tu." Bebelku kepada Faron yang tidak keruan di sisi aku. 

Tanpa menunggu masa, cahaya ungu mula menerangi tangan kananku. "Piano Explosion!" Laungku lalu muncul papan piano yang mengelilingi aku secara tiba-tiba. Tanganku pantas menekan papan kekunci. Melodi yang menakutkan memenuhi tempat tersebut. Bukan setakat Seviries sahaja yang menjerit kesakitan, para pengunjung turut menjerit sekali.

Maafkan aku, ini sahaja cara yang boleh aku gunakan. 

Namun, makhluk tersebut tidak mengundur diri. Kukunya yang tajam mula menghancurkan segala yang berada berdekatan dengannya.

"Ini real life. Bukannya simulasi lagi." Peringatku pada diri sendiri. Nafasku turun naik akibat ketakutan yang mula menyelubungi diri.

Hailey, kau ini seorang Chanson dan tugas kau adalah untuk melindungi Ochestra World. Apa guna wujudnya magis kalau engkau tida menggunakannya? Kuatlah Hailey, kau boleh!

Aku menarik nafas dalam. Melihatkan Faron yang masih diam tidak berganjak, aku mengambil keputusan untuk bertindak. Tanganku menyeluk satu botol kecil yang berada di dalam poket.

"This is for you!" Ujarku lalu melompat ke udara. Botol tersebut aku campak ke arah salah satu makhluk Seviries yang berlegar-legar di situ.

"Hailey!" Panggil Faron cemas. Aku menoleh ke arahnya. Kelihatan dia sedang menuding ke arah seorang jejaka yang duduk tidak jauh daripada makhluk Seviries yang bakal menyerangnya.

Aku menepuk dahi. Faron ini kan, dia bukannya nak tolong. Aku pula yang harus melakukannya.

Segera aku berlari ke arah jejaka tersebut dan menariknya sebelum makhluk tersebut sempat menyerang. Aku memandangnya geram. "Kenapa awak tak elak?" Soalku.

Dia tersengih lalu menggelengkan kepala. Kemudian, dia melakukan beberapa isyarat tangan yang tidak kufahami. Dia... Pekak?

"Terima kasih selamatkan anak saya." Seorang wanita muncul dengan tangisan yang bersisa di pipi. Dia memelukku dengan erat sekali. "Maaflah, dia tidak dapat mendengar. Disebabkan itulah dia tidak mengambil kisah tentang kehadiran makhluk tersebut." 

Aku mengangguk faham. "Tidak mengapalah makcik, mujur saya sempat selamatkan dia." Ujarku bagi menenangkan hati wanita tersebut. Wanita itu tersenyum lalu membawa anaknya pergi.

Sekarang ini, aku tidak tahu ahli kumpulanku yang lain berada di mana. Apa yang aku pasti, aku dan Faron harus berlawan dengan makhluk-makhluk ini sebelum ia merayau di sekitar bukit yang menjadi tarikan pelancong ini.

"Faron Aden."Panggilku. "Kalau awak tak mahu lawan, baik awak cari mereka yang lain." Pesanku dengan mata yang mencerlung penuh semangat.

Setiap simulasi yang berlaku di blok Izili berlainan bagi setiap pemegang magis muzik. Sangka aku, Faron tidak pernah berdepan dengan makhluk ini dalam simulasinya!

Tidak sempat Faron membalas kata-kataku, aku terus mara ke hadapan. Walaupun aku tahu yang aku tidak boleh menggunakan kelebihanku yang lain, aku tetap akan berusaha. 

"Hiyargh!" Jeritku lalu menghentak salah satu daripada makhluk tersebut dengan sebuah pasu bunga berdekatan. Selepas itu, aku mencampak lagi botol milikku sehingga pecah ke lantai. Suara merdu milikku menghancurkan mereka sehingga menerbitkan cecair likat di sekitarku.

Aku menjeling beberapa ekor lagi makhluk Seviries itu. Botol suara tinggal sedikit. Kalau habis, naya aku.

"Chanson?" Satu suara menegur aku.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now