💎26💎

5.5K 455 25
                                    

"Mari kita lihat." Ujar Olivia pada pagi itu di Music Autumn. Dia mengeluarkan sebuah tablet.

Kini, aku, Olivia dan Faron sedang berada di Music Autumn dan kami sedang duduk di atas rumput yang dipenuhi.... daun luruh.

"Kita dah ada dua penyanyi dan seorang pemain piano. Sekarang, kita perlukan dua orang pemain gitar, seorang pemain seruling, seorang pemain biola, pemain dram, dan... pemain kompang." Kata Olivia dengan senyuman manis walau pada akhirnya tersekat sedikit. "Ini untuk melengkapkan penyertaan kita ke Le Musique Concurrence." Sambungnya.

"Pemain kompang?!" Aku bertanya dengan hairan sekali.

"Kompang tu apa?" Faron pula menyoal.

Aku soal bukan sebab aku tidak faham. Tetapi kerana pelik.

Olivia terus sahaja memukul kepala Faron dengan sehelai kertas yang digulung. "Kompang pun tak tahu ke? Search sendiri dekat google!" Marahnya.

"Mana kita nak cari semua tu?" Aku menyoal apabila line seperti clear.

Olivia menghadiahkan senyuman kepadaku lalu menayangkan tabletnya kepadaku.

"Begini, apa yang saya dapat, hanya kita bertiga sahaja dapat dikesan. Bermakna, ahli kita yang sepatutnya belum mencuba di Music Autumn. Tapi masalahnya, orang paling rare untuk cari ialah pemain kompang!"

"Iya aku?" Satu suara menyambut dari belakang.

Aku terus sahaja menoleh. Biasanya orang cakap 'iya saya', tapi ini dia cakap 'iya aku'. Kalau begini, tidak lain dan tidak bukan...

"Senior!" Faron menyebut teruja lalu berdiri dan berlari ke arah Talha.

Belum sempat tangannya memeluk senior itu, satu alat muzik yang unik terkena wajahnya terlebih dahulu.

Faron segera memegang wajahnya akibat kesakitan. Dengan penuh kekok, dia memandang Olivia.

"Okay Faron, itulah sebuah kompang." Terang Olivia sambil menuding ke arah alat muzik yang terapung di hadapan Talha yang sedang sibuk mengunyah roti.

Anggukan kecil diberikan oleh Faron sebelum dia mengambil tempat di sebelahku semula. Aku hanya tersengih melihat keadaannya.

"Merah muka aku!" Jerit Faron.

"Itulah, siapa suruh kacau." Balas Talha lalu duduk tidak jauh dari Olivia.

Oh, aku sedar. Ada halal gap di situ.

"Any idea who would it be?" Olivia menyambung perbincangan kami semula. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk skrin tablet.

Mindaku ligat berfikir. Siapa ya?

Aha, sahabat-sahabatku! Min Hyuk pun tidak sempat untuk cek semalam. Aku boleh memanggil mereka semua nanti.

Yang aku paling berharap, bukan Ethan yang bakal menjadi pemain gitar kumpulan kami.

"Sekejap, kenapa kita perlukan pemain kompang?" Soal Faron sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak semena-mena jeritan kecil dari jauh kedengaran.

Aku segera menoleh. Lah, rupa-rupanya ada beberapa orang stalker sedang melihat aksi comel Faron. Comel? Garu kepala sahaja kot.

"Masa zaman saya terpilih dahulu, tiada pemain kompang yang dapat kami jumpai. Tidak tahulah mengapa." Balas Olivia dengan cebikan.

"Saya rasa senior Talha ada kelebihan lebih daripada satu." Tuturku dengan penuh profesional sambil menjeling Talha.

Aku sudah berkecimpung dalam bidang ini selama beberapa tahun. Pastilah aku sudah tahu!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now