💎15💎

6.6K 550 43
                                    

Dengan cepat aku mengorak langkah bagi menuju ke pejabat sekolah. Jantung yang sedang berdegup kencang ini tidak dapat dibendung lagi rasanya. Seperti terdapat perkara buruk yang bakal berlaku, hati aku mula merasakan sesuatu.

Pintu pejabat sekolah kuketuk perlahan sebelum menguaknya dan menjengulkan kepala. Bilik itu kosong dan sunyi kecuali terdapat seorang lelaki sedang bermain-main dengan mikrofon di hujung bilik tersebut. Nampaknya, dialah yang memanggil aku ke sini.

Aku menutup pintu lalu berdiri di hadapan pintu tersebut. Deheman perlahan kuberikan lalu berkata. "Awak yang panggil saya? Awak... bukan cikgu, betul? Mana guru-guru dan ahli-ahli pejabat sekolah ini?"

Dengan rambut yang menutupi separuh wajahnya, hanya senyuman sinis yang dia ukirkan dapat kulihat dari belakang. Tidak lama kemudian, dia tertawa kuat.

Dia berpaling ke arahku dengan pantas. Rambut yang menutupi mata diselak ke belakang namun, senyuman sinis masih terbias di bibirnya.

"Ingat saya?" Dia menyoal sinis.

"E- Ethan?"

Dia berjalan ke arahku dengan perlahan-lahan. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan bagi mencari tempat untuk melarikan diri. Tetapi, hanya pintu yang berada di belakangku itu sahaja merupakan jalan terakhir.

Aku segera berpaling ke belakang dan mencapai tombol pintu. Sebelum aku dapat berbuat demikian, satu tangan telah menghempasnya di sebelahku terlebih dahulu. Menggigil-gigil bebola mataku melihatnya.

"Jangan fikir awak boleh lari..." Ujarnya di belakangku. Nafasnya dapat kurasakan kerana dia berada sangat dekat denganku. "...Hailey Chanson."

Mendengarkan nama keluargaku itu, terus sahaja aku memusingkan badan dan perkara itu membuatkannya terkejut lalu dia pantas melangkah ke belakang. Wajah marah kutunjukkan.

"Mana... Mana awak tahu ni?!" Jeritku padanya. "Nama saya rahsia! Mana awak dapat tahu nama keluarga saya?!" Aku menjerit lagi seraya mengorak langkah bagi mendekatinya. Kolar bajunya kutarik kuat.

Dia tertawa kecil lalu meletakkan kedua-dua tangannya ke atas menunjukkan gaya menyerah kalah. Wajahnya jelas menunjukkan dirinya yang sedikit ketakutan.

Bayangan ilusi piano, gitar, dram dan seruling mula muncul di belakangku. Bilik yang gelap itu diwarnai dengan warna ungu terang yang menyala dari bayangan ilusi tersebut. Pergerakan ini sama seperti apa yang Audrey lakukan tetapi aku melakukannya dengan lebih banyak alatan muzik.

Tanda lahir yang berada di tanganku berubah-ubah rupanya dan cahaya yang menyala di tanganku mula menarik perhatian Ethan. Tanganku itu dia capai lalu menggenggam lengan yang terdapat tanda lahirku itu dengan kuat.

"Aduh!" Aduku namun masih cuba untuk menentang. Alatan muzik yang berada di belakangku mula mendekatinya.

"Miss Chanson, sudahlah itu. Saya tahu awak kuat." Ujarnya bersahaja. Pandangan matanya dilarikan daripada memandangku.

"Jangan panggil saya dengan nama itu!" Marahku lalu menampar jejaka itu kuat.

Chanson yang bermaksud lagu di dalam bahasa Perancis ialah satu nama yang istimewa untuk kami semua. Aku tidak suka jika nama ini tersebar kerana aku akan terlibat dengan dunia hiburan yang mana kakak dan abang aku sedang menceburinya kini.

Aku tidak mahu! Aku mahu hidup tenang tanpa populariti dan kontorversi. Tetapi, itu bukanlah sesuatu yang utama.

Tujuan utama aku menyembunyikan nama keluargaku adalah kerana, aku tidak mahu dikejar lagi oleh sebuah organisasi yang bernama Lilac.

Lilac, sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi memburu penduduk-penduduk yang berkelebihan lebih daripada satu di Ochestra World. Hal ini wujud kesan kerana mereka adalah sekelompok penduduk yang membencikan keasingan. Mereka ingin semua orang duduk sama rata.

Untuk mengetahui mereka merupakan salah seorang ahli daripada organisasi Lilac ialah mereka akan memakai perhiasan yang bewarna lilac yang mana melambangkan nama organisasi tersebut.

"Aduh, sakitlah Hailey!" Ethan menjerit kecil lalu mengusap pipinya yang merah. Seraya itu, aku terlihat cahaya yang keungguan terbias dari bawah rambutnya. Kelihatan sebentuk subang yang berwarna lilac tergantung di telinganya.

Terketar-ketar aku mengangkat jari telunjukku lalu menuding perlahan ke arahnya. "Li- Lilac?!"

Bibir Ethan yang asalnya bising mengadu sakit tentang pipinya kini terkunci. Selepas itu, senyuman sinis diukirkannya lagi.

Dia memandangku dengan riak yang sedikit menakutkan. "Wah, dia tahu kitalah!" Balasnya mengejek.

Aku menjelingnya lalu mengangkat tangan. Sebuah piano grand terbentuk di atasku dan aku menghalakannya ke atas Ethan. Dia menjeling ke atas lalu mengeluh perlahan.

"Relaxlah sis. Saya memang ahli Lilac but I'm just a playful member. Saja masuk suka-suka." Tuturnya sambil menilik kuku.

Kata-katanya seperti tidak boleh dipercayai. Aku segera menurunkan piano itu sedikit demi sedikit.

"Aip, jangan. Awak buat macam itu, saya tekan butang yang ada dekat tangan saya ni. Kalau awak nak tahu, segala perbuatan kita dalam ni saya dah rakam. Jangan risau, saya akan sebarkan nanti. Awak akan dikejar populariti dan wartawan. Itu yang keluarga awak suka, bukan?"

Kata-katanya yang terakhir itu begitu menusuk hati.

"Baiklah." Ucapku lalu memetik jari. Segera ilusi piano itu hilang daripada pandangan. "Awak mahu apa?"

"Jadi girlfriend saya."

"Ha?!"

"Jadi girlfriend sayalah!"

"Awak fikir ni main-main ke-"

"Kalau tak, saya viralkan identiti awak!" Ugutnya setelah bertengkar denganku mengenai alam percintaan.

Dah aku tak suka dia, kenapa nak kena jadi teman wanita dia pula, kan?

Jarinya mula bermain-main di butang alat kawalan yang berada di tangannya. Jika dia menekan butang itu, habis tersebar segalanya!

Aku memalingkan wajah lalu tertunduk mengalah. Bibir merahku kugigit kuat lalu aku menoleh ke arahnya semula.

"Fine."

♪♪♪♪♪

Faron yang kebosanan berjalan mengelilingi sekolah sambil meletakkan tangan di belakang kepalanya. Sementara cikgu tak ada ni, tak salahkan nak merayau-rayau?

Kemudian, dia terlihat seorang jejaka sedang mengunci lokar yang terdapat di sudut koridor. Dia berlari pantas ke arah jejaka itu dan tersenyum kecil.

"Hai senior!" Tegurnya sopan. Dengan cepat, jejaka yang berada di hadapannya itu menoleh.

"Ya Allah, terkejut aku. Budak ni!" Ucap jejaka itu lalu beristighfar panjang.

Faron tersengih bagaikan kerang busuk. Dia gemar mengenakan senior kesayangannya yang berada di hadapannya kini. Senior-nya ini merupakan seorang yang beragama Islam dan berasal dari negara Malaysia. Ada sebab dia menjadikan jejaka ini sebagai senior kegemarannya.

"Ha, kenapa kamu ada dekat sini?" Soal Talha, geram. Dia merenung Faron dengan tajam.

Senyuman yang jarang sekali dapat dilihat oleh orang Faron ukirkan. Talha yang mendapat tahu niat junior itu hanya mengeluh panjang.

"Nah." Talha menghulurkan sekotak kismis kepada Faron. Huluran itu membuatkan Faron berasa gembira.

"Kamu ni suka sangat kismis. Dah makan kismis tu, tolonglah jaga perangai elok-elok. Aku harap, makanan sunnah ni dapat menyedarkan kamu." Ujar Talha lalu membetulkan tali beg yang berada di bahu. "Sudahlah, aku pergi dulu. Bye!" Sambungnya lalu melangkah pergi.

Faron mengangguk faham dengan senyuman lebar di bibir. Kotak yang berada di tangannya itu digenggam kemas-kemas. Setelah hilangnya kelibat seniornya itu, dia mengukirkan wajah serius dan mula melangkah ke arah pejabat sekolah.

"Apa lagi yang perempuan tu buat sampai kena panggil ke pejabat?"

Muzika Melodiaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن