💎74💎

4.3K 410 51
                                    

"Hailey- I can explain."

"So you became my friend just to spy on me?!" Jeritanku menguasai suasana. Sungguh, aku berasa amat tertekan.

Kejadian lama mula menjenguk fikiran. Memori sewaktu aku bersekolah dahulu kembali menghantui aku. Mereka berkawan kerana nama aku... Dan tatkala aku susah, mereka tinggalkan aku. 

"Mama, kita kena tolong Hailey." Tutur kakak sambil menarik lengan baju mama bekali-kali. Riak wajahnya jelas kerisauan.

"I am not spying on you!" Darya membalas lantang.

"She is!" Ethan menambah bara. Dia menoleh ke arah Darya dengan senyuman yang sukar ditafsir. "Dia datang ke Muzika Melodia untuk intip kau, Hailey!"

Darya membulatkan mata ke arah Ethan. "You're just a follower of Lilac Ethan, so shut up!" Jerkahnya. "I admit, that I came to that school was to spy on you in the first place. But, you are nice to me, Hailey. How can I betray you as a friend?" Sambungnya dengan suara yang bagaikan ingin memujuk.

Aku tidak menjawab. Mindaku ligat mengimbas setiap perkara. Hatiku ingin mempercayai Darya namun mindaku bagaikan menunjukkan sebaliknya.

"She's telling the truth." Lydia yang tadinya berdiri di sebelah aku mula berjalan ke arah Darya. Bahu gadis itu dipegannya. "And I know her since we were kids." Ujarnya keras supaya aku mempercayainya.

Aku menarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan bagi menghilangkan rasa gentar di hati. "Baiklah, kalau macam tu-"

"Kau percayalah sangat cakap dia. Sedangkan dia berpura-pura jadi kawan kau pun kau tak perasan. Inikan pula kata-kata yang dia boleh manipulasi dengan apa sahaja. Lydia tu, dia dah termakan dengan kata-kata perempuan tulah!" Kata Ethan seraya menuding ke arah Lydia dan Darya yang berada tidak jauh dari aku.

Tersentak aku seketika mendengarkan kata-kata Ethan itu. Ada benarnya juga.

"Hailey, ikut kata hati kamu." Mama mula bersuara setelah didesak oleh kakak agar membantu aku.

"Kita kan Chanson, kita mempunyai semua kelebihan adalah untuk membantu dunia, bukan menakluk dunia. Fikirkanlah, apa yang benar." Abang pula tersenyum, memberi kata-kata semangat buat aku.

Faron memegang bahu aku bagi membantu aku yang sudah menggigil sendiri. Yalah, tadi sudah nyaris dibunuh oleh raja palsu itu dan kini ditipu sahabat pula. Siapalah yang tak lemah kaki bila macam-macam kena dekat batang hidung sendiri.

"Kau diam." Arah Faron awal-awal sebelum Ethan membuka mulut lagi.

"Even aku yang Lilac ni pun tak tipu kau, Hailey. Aku relax saja yang bagitahu identiti aku pada kau. Kau nak percaya, percayalah si Darya tu. Jangan sampai keluarga kau mati dekat tangan dia sudah." Ethan masih tidak mahu mengalah. Jelingan Faron tidak dihiraukannya.

Penumbuk aku genggam kuat-kuat bagi menahan amarah dalam diri. "Kau siapa nak tentukan apa yang aku fikir?" Soalku padanya, tanpa perasaan.

"Hailey..." Darya bersuara seperti ingin mahu menangis.

"Drama tak ke sudah ya? Kalau macam tu, mari aku hapuskan benda yang menghalang cita-cita aku dahulu." Lelaki berjanggut itu mendekati Darya setelah darah di hidungnya tidak lagi menitis ke lantai.

Tangan kirinya dijulang ke udara. Aura magis muzik yang kuat dapat dirasakan oleh kami semua.

Dia... Nak bunuh anak sendiri ke apa?!

"Sebab tu papa cakap, dengar cakap papa. Kamu tak ada abang dan kakak macam Hailey, kamu tu seorang. Mintalah tolong. Papa tak akan tolong kamu kalau kamu buat masalah kan?" Tangannya sudah disuakan ke arah Darya. Lydia yang sudah bersedia melindungi sahabatnya itu dicampak ke tepi bagaikan tiada apa sahaja.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now