💎65💎

4K 412 8
                                    

Setiap hari di sini, kami melakukan rutin yang sama sahaja. Pagi, kami akan bersarapan bersama-sama dan melakukan riadah kecil. Tengah hari pula, kami akan berehat dan melakukan aktiviti masing-masing. Petang? Pada ketika inilah kami bermain air, berlatih dan mengacau para pengawal yang tenang berehat di atas kapal.

Maka malam ini, kami telah diarahkan oleh Olivia untuk melakukan kerja masing-masing memandangkan esok hari kami harus berkemas untuk bergerak ke Chile. Aku ingatkan Faron akan berasa seronok untuk balik ke rumahnya namun gaya dia bagaikan tidak mahu sahaja.

"Hailey!" Lydia menerjah masuk ke bilikku. 

"Apa dia?" Soalku tenang walaupun terkejut. Ingat ya anak-anak, lain kali masuk bilik orang ketuk pintu dulu.

Dan juga peringatan buatku, lain kali kunci pintu.

"Ambil angin malam dekat luar nak? Tak pun curi makan dekat dapur?" Cadang Lydia sambil bersandar pada daun pintu. Keningnya dijongketkan berkali-kali seperti bertanya aku bersetuju atau tidak.

Tersengih aku di situ. "Dua-dua setuju. Tapi, saya nak kita bawa Mayu sekali." 

"Kenapa pula?" Lydia bertanya dalam nada pasrah. Nampak sangat dia nak keluar berdua saja. Adalah tu dia nak cakap tentang sesuatu.

"Dia tu, asyik melekat dengan Reuben je." Balasku dengan cebikan. Pandanganku aku buang ke luar tingkap.

Dari pantulan di tingkap, aku dapat melihat Lydia yang bagaikan sedang menahan tawa. "Awak jealous ke sebab Faron tak spend time macam tu dengan awak?" Ujarnya serkap jarang.

Aku mengeluh perlahan sebelum menoleh ke arahnya. "Seriously? Awak kan tahu saya macam mana. Nak 'sweet' tu memang taklah. Ergh." 

Apabila terlihat Lydia yang tidak berhenti tersenyum itu, aku segera menarik tangannya agar keluar dari bilikku. "Okey, stop senyum. Kita nak pergi mana sekarang ni?" Tanyaku geram.

"Kita pergi jumpa Aqualivy."


~~~~~~~~~~~~~


"Aqualivy tu apa?" Tanyaku buat kali ke-20. Dari tadi, aku hanya mengekori Lydia menuju ke pantai tanpa sebarang jawapan mengenai makhluk tersebut.

Lydia berhenti berjalan lalu berdiri menghadap pantai. Air laut menghempas pantai menghadirkan perasaan damai. Dia membiarkan sahaja air yang menampar kakinya itu. Mata dipejam penuh nikmat.

"Awak buat apa ni?"

"Saya tak boleh panggil Aqualivy. Awak boleh. Buat macam saya dan nikmati keindahan alunan ombak ini. Nyanyikan lagu pertama yang terbit di minda awak." Ujarnya setelah membuka mata. Dia menarikku ke sisinya.

Tatkala dia sudah mula memejamkan mata semula, aku mengikutinya. Hembusan bayu mula mendatangkan inspirasi untuk sebuah lagu.

Once the sea,
Ask me to be,
A part of them,
Sadly I can't swim.

Once the wind,
Ask me to fly,
Sadly I do sing,
Though I don't have a wing.

Nature, 
Do you remember?
How my life are supposed to be.

Love, moon and the stars,
They see the war.
Kingdoms and cards,
Were once meant to be,
Mine....

Sebaik sahaja aku menghabiskan nyanyian itu, angin mula berderu laju meniup wajah dan pakaian. Rambutku yang elok tersisir kini sudah kusut ditiup angin. Aku menoleh ke arah Lydia. Kelihatan gadis itu turut berasa terganggu dengan kehadiran angin yang tiba-tiba itu.

"Apa jadi?" Aku bersuara apabila angin tersebut tidak berhenti meniup. Terpaksa aku melindungi wajah dengan lengan agar tidak kehilangan udara.

"Dia dah datang." Balas Lydia perlahan. Matanya tidak lekang daripada memandang ke arah laut.

Laut yang dari tadinya berombak kini menjadi tenang. Pusaran air kecil dapat aku lihat hadir di bahagian air di hadapanku. Apabila aku melangkah ke kiri, pusaran air tersebut turut mengikuti pergerakanku.

Buih-buih mula terapung dari dalam pusaran tersebut. Bila tengok lama-lama, aku sendiri jadi takut.

Tetapi, Lydia diam sahaja. Jika dia diam, aku pun ikut diam. 

"The saviour of the Ochestra World is here!" Satu suara besar muncul lalu keluarlah seorang gadis dari pusaran tersebut dan kemudian berenang ke arah aku.

"Lydia..." Aku sudah memanggilnya. Sudahlah malam, makhluk di hadapanku itu pun tidak jelas rupanya.

"Jangan takut. Saya ada. Ada sebab saya suruh awak panggil dia." Balas Lydia lalu memegang tanganku. 

Bunyi air ditolak ke tepi menggamit perhatianku. Buat beberapa ketika, terserlah seorang gadis berambut panjang di hadapanku. Dress bewarna biru muda menjadi pakaiannya manakala terdapat buih-buih kecil membentuk mahkota di kepalanya.

"Siapa awak?" Tanyaku hairan. Adakah laguku itu memanggilnya?

"Akulah Aqualivy. Bukankah engkau yang memanggil aku sebentar tadi?" Soalnya pula. 

Lydia segera berdiri di hadapanku bagi memisahkan kami berdua. "Saya gunakan dia untuk memanggil awak sebenarnya. Hello, Aqualivy. Ingat saya?" Katanya dengan senyuman.

Aqualivy mencebik. "Mestilah ingat. Engkau yang selamatkan aku ketika aku ditangkap Lilac dahulu." Jawabnya senada.

Mereka sudah kenal satu sama lain? Jadi, apa guna aku di sini?

"Apa Aqualivy ni sebenarnya?" Aku bertanya sambil berpeluk tubuh. Kedua-dua gadis di hadapanku itu aku tenung tajam.

Lydia memandang Aqualivy lalu mendapat anggukan daripada makhluk laut itu. Dia mula membuka bicara. "Aqualivy ni makhluk mistik Ochestra World sama macam Ongaku-san. Cumanya, soalan yang awak boleh berikan padanya tidak terhad. Tapi tengoklah dia nak jawab ke tak."

"Kalau untuk cik Chanson, aku akan jawab apa sahaja kerana hanya dia, yang boleh menyeru aku ke darat."  Tutur Aqualivy sopan. Dia siap membuat tunduk hormat kepada aku lagi.

"Adakah awak seorang atau seekor duyung?" Itulah soalan pertama aku buatnya. Aduh, kenapalah aku pergi tanya soalan macam ni.

Aqualivy mengangguk. "Ya."

"Apakah pengorbanan keluarga saya sebelum ini?" Tanya aku serius. Inilah yang aku mahu tahu selama ini. Apakah yang membuatkan keluarga kami begitu terkenal dalam kalangan makhluk mistik dunia ini?

Aqualivy terdiam seketika. Dia menunduk lama sebelum menggeleng kecil. "Itu... Aku tak boleh jawab. Belum tiba masanya untuk engkau tahu."

"Jadi, bila boleh saya tahu?" 

Lagi sekali Aqualivy terdiam. Payah juga ya bersoal jawab dengan si kecil Chanson yang ingin mengetahui segalanya ini. Dia kemudiannya mengeluh kecil.

"Buat masa ini, jangan risau cik Chanson. Tiba masa segalanya terbongkar, kami akan kembali menghulurkan tangan. Jangan sedih, jangan berkecil hati. Kami akan sentiasa di pihak cik." Balasnya dengan senyuman lembut. Tangannya menggenggam tanganku bagaikan menyalurkan satu tenaga buatku.

Secara tiba-tiba, angin kuat meniup tubuh kami sehinggakan kami harus melindungi wajah dengan tangan. Mujur sekali kami tidak terpelanting ke belakang.

Apabila mata dibuka, tiada lagi bayangan Aqualivy di hadapan mata.

"Ha?" Aku keliru. Betul ke apa yang aku nampak tadi? Adakah aku hanya bermimpi?

Lydia menepuk bahuku lembut. "Ingat tu Hailey. Awak bukan seorang diri. Masih ada yang bersama awak." Katanya sebagai penenang hati.

Aku mengangguk faham. Baiklah, kalau macam tu aku hanya perlu menunggu. Biarlah takdir dan masa menentukan segalanya. Kerana aku tahu, kebenaran tidak akan diperoleh dengan begitu mudah. Aku perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala susah dan payah.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now