💎16💎

6.4K 518 11
                                    

Faron berhenti di hadapan pintu pejabat yang tertutup rapat. Kenapa macam sunyi dan... Gelombang magis siapakah yang kuat dan dapat dirasainya kini?

"Hello?" Faron mengeluarkan suara namun tiada jawapan yang dapat didengarinya.

Dia melekapkan telinga ke pintu lalu terdengar jeritan-jeritan yang kurang jelas. Uish, tengah bergaduh dengan cikgu ke apa?

Apabila keadaan di dalam itu semakin reda, medan magis yang mengelilingi pejabat itu perlahan-lahan menghilang. Kemudian, pintu pejabat tersebut terbuka dan seorang guru keluar dari pejabat tersebut.

Sah, ini magis muzik manipulasi!

"Oh, Encik Aden. Kenapa ada di sini?" Soal seorang guru perempuan dengan lembut. Dia tersenyum manis.

Faron terus sahaja berdiri tegak dan mengawal gayanya yang serius dan bongkak. "Tak ada apa, cikgu. Saja jalan-jalan." Jawabnya tanpa memandang guru itu.

Keluhan kecil guru itu berikan sebelum mengangguk. Dia berlalu pergi dengan kasut tingginya yang berbunyi-bunyi.

"Hailey?" Nama itu disebut lalu keluarlah dua orang pelajar dari bilik tersebut. Pemilik nama itu sedang berjalan dengan wajah yang merah.

Bukan merah malu, merah marah.

Aku segera menoleh ke arah insan yang menyebut namaku tadi. Segera wajahku menjadi merah padam.

"Faron?" Sebutku tatkala terlihat wajahnya yang tercengang sebelum dia mengubah wajahnya menjadi serius semula.

"Eh, Faron! Buat apa di sini? Kalau nak cari Olivia, dia ada dekat bilik muzik nyanyian 24C." Ujar Ethan yang berada di belakangku dengan bersahaja. Sungguh, dia tidak sedarkah dia sedang bercakap dengan siapa?

Faron menjelingnya lalu menganggukkan kepala. Kemudian, dia pergi dari situ.

Selepas itu, senyuman Ethan yang manis bertukar kepada senyuman yang sinis. Dia menarik tanganku lalu mula berjalan.

"E- Eh, nak pergi mana?" Soalku. Tanganku terasa sakit dengan pegangannya yang kuat.

"Dating, jom." Ajaknya gembira. Kelihatan bunga-bunga kecil menghiasi latar belakangnya.

Aku menggelengkan kepala. "Respect privacy saya sikit please. Saya nak balik dorm. Awak tahu tak saya baru je habis kelas masa awak panggil saya tu? Saya dah berdiri dekat platform dah!" Balasku dengan menahan geram. Renungannya aku elak.

Orang nak balik, nak mandi, nak makan, nak tidur. Makan dan tidur itu penting ya!

Pegangan tangan kami dia lepaskan. "Okey, awak pergilah."

Aku memberikannya senyuman manis lalu mula bergerak ke arah lain. Ketika aku sedikit jauh darinya, aku terdengar suaranya memberi amaran keras.

"Aku bagi kau peluang kali ni saja. Lepas ni, kau kena dengar cakap aku!"

♪♪♪♪♪

Derapan tapak kakiku bergema di koridor sunyi itu. Kali ini, aku mahukan ketenangan. Aku ingin berseorangan.

Aku berhenti di belakang sekolah yang mana sebuah tempat aku pernah berada ketika Keane menarik aku ke situ.

"Keane..." Gumamku sebelum mula menekan papan kekunci di telefonku. Mesej kuhantar laju.

Pling! Cepat sahaja mesej sampai.

Frère Keane
Apa? Lilac ada di sekolah? Kalau tidak, abang nak call kamu supaya senang nak bual tentang benda ni.

You
Oh, jangan abang! Nanti habis saya. Dia tu sudahlah macam watak yandere. Dia akan perhatikan saya bila-bila masa saja!

Frère Keane
Serius? Ni yang lagi abang risau ni. Ayah dekat Itali, kakak kamu dekat Amsterdam.

You
Mama?

Frère Keane
Apa lagi, masih sibuk dengan kerja rahsia dia itu.

You
Baiklah.

Frère Keane
Okey dik. Jaga diri baik-baik. Abang tahu kamu kuat. Bonne Chance (Good luck)!

Klik!

Aku menutup telefon. Keluhan aku lepaskan kuat. Urgh, rimasnya!

"Oi." Satu suara yang aku kenali kedengaran dari belakang. Dengan cepat aku menoleh.

"Faron?"

Jejaka itu berjalan ke arahku lalu mengambil tempat di sebelah. Aku hanya tertunduk diam. Nak apa pula dia ni?

"Hey." Dia berkata lalu mula meletakkan tangannya ke atas rambutku.

Hmph, tahulah dia tinggi. Senang-senang saja nak usik kepala orang.

"Pandang sini." Katanya lembut.

Dengan rasa terpaksa, aku menoleh ke arahnya dengan perlahan-lahan. Matanya kelihatan tenang dan redup. Bagaikan cuba untuk menghantar mesej yang dia sedang bersimpati denganku.

"Mahu apa?" Aku bertanya dengan perlahan. Mataku menatap wajahnya.

Dia tersenyum kecil. "Ha, macam tulah. Jangan sedih-sedih." Tuturnya.

"Baiklah Hailey, ceritakan segalanya pada aku."

----------------------------------
Notes :
Frère bermaksud abang.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now