💎17💎

6.4K 509 35
                                    

Aku mendiamkan diri buat beberapa ketika sebelum menjeling ke arah jejaka itu. "Boleh percaya ke kau ni?"

"Of course. Aku pandai jaga rahsia. Sudahlah, aku tak nak kita gaduh-gaduh lagi. Jom jadi kawan." Ujar Faron mesra dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Demam ke lelaki ni? Serius jadi kawan?

Hmm dah macam dalam novel cinta. Pabila musuh jadi kawan, lepastu jadi peneman. Eee geli!

"Dahlah monolog tu. Sahut salam aku please." Tuturnya dengan wajah dingin pula. Dia menghulurkan tangannya ke arahku.

Aku memandangnya lalu melihat tangannya semula. Aku berfikir sejenak sebelum memberi kata putus. Benda boleh jadi kawan buat apa nak jadi musuh kan?

"Yelah." Balasku lalu menyambut salamnya.

"Apa yang jadi tadi?"

"Tak ada apa-apa." Jawabku, cuba untuk mengelak pandangannya. Masalah betullah mamat ni.

Dia mengangguk faham. Bagaikan faham bahawa aku memerlukan privasi.

"Dahlah, aku nak pergi dorm. Merci (terima kasih) temankan aku." Ujarku lalu berdiri dan berpaling ke arahnya. "Au revoir!"

Faron tersenyum kecil lalu melambai perlahan. Tiba-tiba dia membuat gaya ingin muntah.

Dia menutup wajahnya menggunakan tangan lalu tertunduk. "Apasal aku baik dengan dia ni?"

♪♪♪♪♪

Berdirinya aku di hadapan pintu dorm lalu membuka kasut. Namun, aku tidak memasukinya terus. Aku segera melabuhkan punggung di kerusi yang berada di hadapan dorm.

Panggil sahaja dorm tetapi ia merupakan sebuah rumah kecil. Senang nak panggil, chalet.

"Wise man say, only fools rush in. But I can't help, falling in love with you~" Nyanyiku perlahan bagi menenangkan hati.

Itu sahaja caraku. Mujur suara ini berada di dalam senarai kelebihanku. Jikalau tidak, sudah lama aku sibuk menghabiskan masa dengan piano setiap kali aku berasa bosan.

Nafas kutarik dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Mayu dan Darya pasti sudah tidur di dalam. Yalah, sudah senja ini.

"Eh, senja? Baik pergi makan." Gumamku dan kemudian mengintai melalui cermin yang ditutupi oleh langsir di tepi pintu.

Kelihatan Mayu sedang menelaah buku manakala Darya pula sedang bermain dengan komputer ribanya di atas katil. Hm, rajin!

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah. Sungguh, aman pula kali ini.

Suasana sunyi menambahkan lagi ketenangan.

Oh, tidak pernahku beritahu tentang kedudukan dorm ini bukan?

Bayangkan sahaja seperti chalet atas air yang berada di Grand Lexis, Malaysia. Bayangkan sajalah! Cuma tanpa air.

Jariku mula bergerak perlahan. Warna ungu mula membalut diri lalu papan piano muncul di bawah kedudukan jari.

Petang itu, aku penuhi dengan menikmati kesunyian ditemani lagu damai.

•••••

Periksa nak dekat, periksa nak dekat, maybe going for a hiatus T^T

Sorry for being late all the time. Idk what to doooo 😭😭

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now