💎78💎

4.3K 402 41
                                    

"Everything happened for a reason, Darya!

"Okay Lydia. Tell me the reason why did you ate my last yogurt?"

"Because... It was delicious?

Mendengarkan jawapan Lydia yang tidak masuk akal itu, Darya mula mengangkat kasut. Lintang-pukang Lydia berlari keluar dari dorm kami. Tidak memikirkan apa-apa, Darya mengejar gadis itu bersama kasut di tangan.

"Kita baru saja sampai sekolah semalam. Apalah nak jadi." Aku mengeluh sambil bercekak pinggang, memandang pintu yang sudah pun tertutup sendiri.

Mayu tertawa tanpa suara. "Tak sangka ya Darya makan yogurt tanpa kita. Mentang-mentang dia sudah balik ke sekolah terlebih dahulu." Ujarnya, tersenyum kecil.

Seminggu kami di CrystalVale bagi menyelesaikan semua masalah dan perkara-perkara lain, akhirnya kami yang bersekolah ini dihantar semula ke Muzika Melodia. Aku tak nak sebenarnya. Bukan selalu dapat jumpa dengan ahli keluarga aku.

Tapi nak buat macam mana? Dah pengetua sekolah aku dekat situ.

Tak ikut nanti naya aku sendiri.

Tak! Tak! Tak!

Aku menoleh ke arah Mayu yang sedang menaip laju di atas keyboard telefon pintarnya. Senyuman lebar terhias di bibir.

"Apa yang seronok sangat tu, Mayu?" Tanyaku sambil cuba untuk mengintai apa yang ditaipnya.

Mayu segera mundur ke belakang seraya menyembunyikan telefon pintarnya. "Kita kan nak pergi London nanti! Saya tak sabar!" Luahnya gembira.

Hmm? Aku berpeluk tubuh sambil tersengih memandangnya.

"Tak sabar nak jumpa bakal mak mertua ke?" Aku mengusiknya.

Mayu hanya berpaling membelakangi aku tanpa menafikan tebakanku itu. Dia bersenandung kecil sambil bermain dengan telefon pintarnya itu.

Aih, bersenandung pun tak keluar suara. Lainlah kepada mereka yang tanda lahirnya berbentuk mikrofon bukan?

"Okeylah, saya nak keluar." Ujarku lalu menyarung kasut.

"Jaga diri!" Tutur Mayu tanpa memandang aku.

~~~~~~~~~~~~~

Suasana sekolah itu aku amati dengan penuh rindu. Yalah, tak sempat balik sekolah dah kena culik. Lepas tu, duduk sana bukan sekejap-sekejap. 

Bila cuti sekolah sekarang ni, aku kena balik CrystalVale. Bukan lagi di Perancis. Sedihnya huhu.

"Bonjour, Princess Hailey."

"Good afternoon, Princess."

"Here some gift from me."

Terkejut aku apabila setiap orang yang bertemu denganku di tengah jalan pasti melakukan tunduk hormat. Ada yang tidak mengucapkan apa-apa namun tersenyum penuh hormat.

Rasa macam first time kena layan baik-baik di sini. Selalunya, aku kena ejek sebab dekati Faron. Lepas itu, ejek warna rambut aku yang sedikit pelik berbanding yang lain. Tambahan itu, pandangan jelik diberikan buatku tatkala Ethan menyibuk di sisi.

Oh ya, apa jadi dengan Ethan ya?

Terus sahaja telefon pintar milikku berdering kuat. Telefon diangkat dan butang hijau ditekan.

"Hello." Aku memulakan kata dengan penuh malas.

"Hello! Ha, abang nak tanya something ni." 

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now