💎13💎

6.6K 607 50
                                    

Keesokan harinya...

Aku berjalan menuju ke kelas dengan buku yang banyak di tangan. Beg berat so memang kena bawa dekat tangan sikit.

"Hai Hailey." Seseorang menyapaku. Aku yang sedang menunduk segera mengangkat kepala dan terlihatlah Justin di hadapanku. Dia tersenyum manis.

Aku membalas senyumannya dan membalas dengan lesu. "Hai."

"Mayu mana?"

"Dia ada kelas sampai petang."

"Kenapa nampak macam sedih ini? Oh, lepas kes kena dengan Encik Aden tu ya?" Justin membuat tebakan. Aku hanya mengeluh perlahan.

Dia tertawa kecil lalu meletakkan tangannya di atas bahuku. "Tidak apa, biarlah budak tahun tahun satu itu. Baru saja sekolah sini dah jadi popular kan..." Ucapnya sambil memaparkan riak jengkel.

"Macam mana dia boleh dikenali ramai sedangkan dia baru saja sekolah di sini seperti saya?" Aku menyoal, hairan. Ha'ah lah. Baru terfikir.

"Tak pernah dengar ya tentang kehebatannya dalam bidang nyanyian? Kelebihannya menandingi seluruh adik-beradiknya." Kata-kata Justin membuatkan aku terpegun. Wah, hebat sungguh!

"Tapi, macam mana Audrey-"

"Audrey tu saudara jauh. Sebab tu Encik Aden macam kenal tak kenal je. Dia punya kelebihan pun lain kan?" Justin memotong kata-kataku laju. Dia memperlahankan suara walaupun di kawasan tersebut tiada sesiapa.

Aku mengangguk setuju. Ya tak ya juga kan?

"Baiklah, saya mahu ke kelas dahulu! Kalau terjumpa, jangan lupa tegur. Au Revoir (Bye)!" Ujar Justin sebelum melambai dan berlalu pergi.

Hanya senyuman aku mampu ukirkan. Hah, untungnya dapat kawan dengan senior yang tak akan pulaukan kau walaupun dah macam-macam cerita yang tersebar.

*****

Bagi mengisi kebosanan, tengah hari itu aku isi dengan menghabiskan masa di taman yang aku duduki semalam. Walaupun telah berlaku kejadian yang tidak diingini, aku tetap tidak serik untuk duduk di sini. Buku yang berada di tangan kugenggam kuat-kuat.

Secara tiba-tiba wajah kacak Faron singgah di pemikiranku. Ugh, kenapa dia ada dalam otak aku dan aku baru sahaja kata yang dia... Kacak?

Perwatakannya yang aneh semalam menyentuh tangkai hati. Riak wajahnya yang kelihatan terkilan setelah aku berkata bahawa aku bukan ke sini untuk melihatnya melekat di fikiran. Sudah, mamat itu tidak boleh dimaafkan!

Di atas rumput yang segar dan di bawah pohon yang rendang, nyanyian mula terbit dari bibirku tanpa aku sedari.

"Once a lass met a lad,
"Your a gentle one," said she.
In my heart I'll be glad,
If you love me for me."

"You say your love is true,
And I hope that it will be.
I'd be sure if I knew,
That you love me for me."

Satu suara yang serak menyambung nyanyian tersebut dari belakang pohon tempat aku bersandar. Segera aku berpaling lalu mencari-cari sang pemilik suara.

Terjengul kepala Ethan di sebalik daun yang berguguran. Dia tersenyum kecil. "Never thought that you have a good voice, Miss Hailey." Katanya tanpa ragu.

Aku menjadi risau. Yalah, hanya insan yang mempunyai tanda lahir yang istimewa sahaja yang boleh menyanyi dengan merdu. Suara Ethan tadi pun serak. Haha.

"Macam mana awak boleh tahu nama saya?" Soalku bagi mengubah topik.

"Saya ada ternampak dekat buku yang awak pegang semalam." Katanya lalu mengambil tempat di sebelahku. "Tak ada kelas?"

Aku menggelengkan kepala dan mengemas buku milikku yang bersepah di atas rumput. "Tidak ada. Lagi satu, tolonglah jangan bangkitkankan kisah semalam itu. Saya malu!" Ulasku sambil menutup wajah yang kian merah dengan buku berkisarkan melodi.

Tawa kecil Ethan kudengari dan seraya itu dia menarik buku yang menutup wajahku dengan perlahan-lahan ke bawah. Senyuman manis dia paparkan.

"Hei, awak tahun satu kan? Main apa?"

"Ya, saya tahun satu dan saya main piano. Awak?" Soalku pula walaupun sudah tahu jawapannya.

Dia membetulkan rambutnya yang agak serabai lalu memandangku dengan gaya yang segak dan membalas. "Saya tahun dua dan saya mahir main gitar. Awak nampak kan saya main semalam? Tak akanlah tak tahu."

Aku melepaskan tawa lalu anggukan kecil kuberikan kepadanya. Hmm, terubat juga rasa sunyi di dalam hati.

"Oh, by the way, awak single or taken?" Dia bertanya secara tiba-tiba. Terkejut? Sedikit.

Aku membuat roll eye sebelum bertanya semula. "Ada nampak macam orang dah taken ke kalau duduk sorang-sorang macam ini?"

Soalanku menerbitkan senyuman di bibirnya. Aduhai, senyum-senyum pula mamat ini. Aku mahu belajar, tolonglah jangan ganggu aku.

"Jadi..."

"Jadi?" Aku tertunggu-tunggu akan apa yang bakal diperkatakannya.

"Kita couple jom. Saya suka awak."

Hah?!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now