💎69💎

4K 419 22
                                    

Angin yang membawa udara sejuk mencengkam tubuh setiap pelajar di Muzika Melodia. Mereka yang baju sekolahnya berlengan pendek sudah berlengan panjang manakala pelajar perempuan yang memiliki skirt pendek sudah berkain labuh. Suasana hiruk-pikuk seperti biasa.

Ethan mengemas segala barangnya di dalam lokar dan di dalam beg. Dia tersenyum senang sebelum bersiar-siar di sekolah tanpa memasuki kelas.

Matanya tertancap pada jadual kumpulan The Blue Silhouette yang terlekat di papan kenyataan sekolah. Perkara ini dilakukan bagi memudahkan para guru dan pelajar-pelajar yang ingin berjumpa dengan mereka. Dengan ini, mereka tahu waktu kumpulan itu di luar sekolah dan di dalam sekolah.

Ethan tersenyum sinis.

Kemudian, dia sambung aktiviti mengelilingi sekolah tersebut. Tanpa menghiraukan mereka yang memandang, dia bermain-main dengan anting-anting miliknya yang bewarna lilac.

Sedang dia seronok menghirup udara sejuk, seorang gadis Russia yang sedang berjalan menarik perhatiannya. Segera dia mendekati gadis itu.

"Hello little miss Lilac." Tegurnya sambil cuba untuk menyaingi langkah gadis itu.

"Please don't call me that." Balas Darya garang. Dia berjalan dengan wajah serius seraya memeluk buku yang dibawanya.

Jawapan dan riak Darya itu membuatkan senyuman Ethan bertambah lebar. "Tonight ought to be interesting. Wanna come?" Soalnya pula.

Darya berhenti berjalan. Dia menarik nafas dalam sebelum merenung anak mata Ethan dalam-dalam. "No."

"Alright. But I really hope you don't miss the show." Tutur Ethan jelik lalu melangkah pergi.

Hilang sahaja kelibat Ethan dari pandangan mata, Darya serta-merta menyandarkan diri ke dinding tanda pasrah. Hatinya tidak sanggup untuk menerima apa yang bakal berlaku.

"I'm really sorry... Hailey."

~~~~~~~~~~

Penerbangan kami menuju ke Muzika Melodia memakan masa yang agak lama. Para pengawal yang bertugas sudah nyenyak tidur di ruang pesawat belakang. Penat mereka mengalahkan kami. Macam mereka pula yang jaga kami di sana. Ceh!

Awan yang berarak sudah kurang kelihatan. Nampaknya, kami akan tiba di Muzika Melodia pada waktu malam.

Apabila aku berkalih dari tingkap, aku dapat lihat mereka yang lain sedang berbual gembira. Seronok bercerita tentang Perancis yang bakal kami kunjungi nanti. Destinasi terakhir kami dan mungkin... penyembunyian identiti terakhir buat aku.

Jujur aku kata yang aku tak sabar nak balik sekolah. Banyak benda aku boleh buat demi membantu menyelesaikan kes keluarga aku dalam diam. Dengan adanya Lady Beatrix, segalanya bakal jadi mudah.

Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati?

~~~~~~~~~~

Jet khas milik keluarga Faron mendarat di kawasan lapang yang telah tersedia oleh pihak sekolah untuk kegunaan para guru. Tapi Faron apa kisah, putera sekolah kan? Dia buat saja. Lagipun dah malam, tak akan ada orang perasan punya.

Kami menuruni tangga dengan berhati-hati. Nyaman sungguh udara di kawasan pulau ini. Lain daripada yang lain.

Namun, gelora hati aku masih menyatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Sudah siap semua? Jom kita masuk sekolah." Ajak Faron, mesra. Para pengawal yang sudah berlari masuk ke dalam Muzika Melodia sambil bersorak lega tidak dihiraukannya.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now