💎83💎

3.4K 326 9
                                    

Suasana di hadapan Eiffel Tower tidak sesak seperti selalu memandangkan musim sejuk melanda ketika ini. Ada juga pelancong yang hadir untuk bergambar, tetapi kebanyakannya pulang awal kerana tidak tahan dengan tahap kesejukan ini meskipun tidaklah bersalji seperti selalu.

Tetapi apa yang tidak seronoknya, aku terpaksa memakai pakaian yang sedikit tertutup agar tiada sesiapa yang mengenali aku. Jika tidak, kejadian yang sama akan berlaku seperti di lapangan terbang London hari itu. 

Apabila ingin mengambil gambar, barulah aku selak sedikit scarf yang menutupi wajah agar dapat dilihat. Apa guna ambil gambar kalau orang tak dapat kenal kita, bukan?

"Hailey, sini!" Panggil Lydia bersama kamera di tangan. "Saya nak hantar gambar kita dekat Instamelody." Sambungnya lagi setelah aku menghampirinya.

"Eish, buat apa?" 

Lydia tersengih lalu menunjukkan aku akaun Instamelody-nya. "Well, bolehlah saya jadi popular sebab kawan dengan seorang puteri."

"Itu pula yang difikirkannya. Awak ni, macam mempergunakan saya pula." Tegurku rimas. Lydia terus-menerus mengambil gambar kami tanpa mendengar teguranku itu.

Justin melangkah ke arah kami sambil memaparkan sebuah akaun yang tidak dikenali di Instamelody. Akaun baru nak up rupanya. Eh, cantiknya logo pada gambar profile akaun tersebut. Namun, mengapa gambar pertama akaun itu seperti aku kenal sahaja?

"Apa ni, Justin?" Tanyaku, hairan.

Dia tersenyum kecil. "Ini akaun khas kita The Blue Silhouette, di sebuah apps bernama Instamelody. Di sini, peminat akan tahu bila kita akan membuat persembahan, aktiviti sempoi kita dan kita dapat menyebarkan positive vibe dengan lagu ciptaan kita. Alah, macam artis-artis di luar sana tu." Jelasnya pada kami berdua.

"Oh, begitu...." Faron tiba-tiba muncul antara kami. "Bermakna, kami kena tahulah password untuk akaun ini kan? Kalau tak, macam mana nak hantar gambar dan story?" Sibuknya.

Daripada tersenyum, Justin berubah riak wajah. "Amboi, tak adanya ya. Saya yang akan pegang akaun ni dan saya yang akan approve apa yang kalian ingin hantarkan. Nanti tak pasal-pasal akaun ini penuh dengan swafoto awak yang perasan kacak ni." Marahnya.

"Hmph, bersangka buruk." Faron berpeluk tubuh lalu berlari ke arah Min Hyuk dan Reuben yang sedaya upaya membuat gaya untuk bergambar. Datangnya Faron, pelbagai aksi dan riak wajah diajarnya pada mereka berdua.

Talha sekadar melihat dari jauh sehinggalah Faron sendiri yang menarik seniornya itu agar menyertai mereka. Tidak jauh dari mereka pula, kelihatan Mayu yang sedang berusaha mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar Olivia.

"Tak join girlfriend awak tu, Justin?" Tanya Lydia, nakal.

"Habis tu, awak tak nak join boyfriend awak pula?" Justin memulangkan paku buah keras seraya menuding ke arah Min Hyuk. Bibirnya diketap-ketap kerana geram.

Aku yang berada di tengah menyembunyikan tawa di sebalik tangan yang menutup mulut.

Wajah Lydia berubah masam. "Berapa ratus kali saya nak cakap yang saya dan dia tak ada apa-apa pun." Gertaknya tegas.

Justin bercekak pinggang sebelum merenung Lydia dengan tajam. "Tahu pun. Ingat, saya ni bakal ketua organisasi Zamrud dan awak itu orang bawahan saya. Buat masalah, saya pecat awak." Tuturnya kemudian berlalu pergi, menuju ke arah Olivia dan Mayu.

Tiba sahaja di sana, dia ditarik oleh Olivia agar bergambar bersama. Mayu yang memegang kamera sudah mula mengusik-usik.

"Ish, main ugut-ugut pula!" Lydia menghentakkan kakinya ke atas rumput. 

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now