Epilog

4.4K 365 45
                                    

[Beberapa tahun kemudian...]

Dua orang manusia berjalan-jalan di dalam The Green's Cafe sambil melihat telefon masing-masing. Kedua-duanya berwajah serius.

"Saya tak rasa saya sempat untuk ke sana malam ini." Tutur salah seorang daripada mereka di telefon. 

"Maaf, kami sibuk di kedai. Banyak hal yang harus diselesaikan. Maaf ya." Ujar seorang lagi pula dengan dahi yang berkerut seribu.

Setelah talian diletakkan, masing-masing menghela nafas lega. Penat, kerana banyak perkara yang harus difikirkan mereka.

"Awak rasa... Malam ni akan berjalan dengan lancar?" Soal yang lelaki.

Pasangannya mengangguk laju. "Jangan risau, pertandingan malam ini tidak memerlukan kita pun. Ini hanyalah pertandingan kecil, bukan Le Musique Concurrence." Tuturnya. Wajah pasangannya itu dipandang.

"Reuben, jangan buat wajah risau macam tu. Hailey dan Faron pasti boleh mengendalikannya dengan sempurna." Pesan yang perempuan dengan senyuman manis.

~~~~~~~~~~~~

Makanan pelbagai jenis yang terhidang di atas meja menarik perhatian wanita Singapura itu. Terliur dia melihat setiap satu jenis hidangan yang diletakkan oleh pelayan restoran.

"Kenapa awak tengok makanan macam tu?" Soal pemuda yang berada di hadapannya kini.

"Awww, sedaplah makanan-makanan ni. Saya bukannya selalu makan makanan Korea." Balas wanita itu sambil mengetuk chopstick miliknya berkali-kali.

Pemuda itu sekadar menganggukkan kepalanya sebagai refleks. "Sudahlah, saya belanja untuk harini. Lagipun, kita tak akan sempat untuk menyertai mereka berdua." Jujurnya.

"Alah... Kalau bukan sebab kerja, sudah lama saya ikut mereka." Balas wanita itu, sedih. Walaupun sibuk mengunyah makanan, bibirnya dicebikkan bagi menunjukkan perasaannya.

"Nak buat macam mana? Biarlah, mereka lebih hebat berbanding kita. By the way, kalau awak nak makan apa-apa lagi, bagitahu saya tau." Ujar pemuda itu bagi mengembirakan wanita di hadapannya itu.

Tersenyum lebar wanita itu mendengarkan kata-kata tersebut. "Kamsahamnida, Min Hyuk-shi.

~~~~~~~~~~~~

"Maaf, saya lambat!" Seorang wanita berambut ikal mayang berlari-lari menuju ke arah seorang pemuda yang sedang enak membaca buku di suatu sudut.

Terkejut pemuda itu apabila wanita yang ditunggunya dari tadi menjerit padanya. Uish, bukannya jauh sangat pun kedudukan mereka.

"Janganlah jerit, kita kan dalam perpustakaan." Tegur pemuda itu sambil menarik tangan teman wanitanya itu agar cepat-cepat duduk.

Wanita itu pun mengikut sahaja apa yang disuruh. Tidak lama selepas itu, dia mengeluarkan beberapa buku dari beg sebelum menyembamkan wajahnya ke atas meja.

"Eh, kenapa ni?" 

"Saya sedihlah. Hailey call saya tadi, beritahu yang tak ada sesiapa yang dapat teman dia selain Faron. Termasuklah saya." Jawab wanita itu. Wajahnya ditutup dengan tangan.

Pemuda itu mengeluh kecil lalu mencapai tangan wanita itu. "Tak apalah. Kita berharap sahaja mereka baik-baik ya, Olivia."

~~~~~~~~~~~~

"Hmm?"

Getaran pada telefon bimbitnya menarik perhatiannya. Kenapa pula budak ni telefon petang-petang begini?

"Hello?" Sapanya setelah mengangkat panggilan.

"Senior!" 

Ah, jeritan itu. Sangat dirinduinya dan juga membingitkan telinganya. Sewaktu di sekolah dahulu, setiap hari dengar. Bila dengar balik sekarang, rasa rindu bertandang di hati.

"Nak apa?" Soalnya, acuh tidak acuh. Buat beberapa minit, dia mendengar permintaan juniornya itu dengan teliti.

Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana tiada satu bantuan pun yang dapat diberikan olehnya. Hanya pohonan maaf sahaja yang mampu diberi akibat kesibukan yang tidak dapat ditolak.

Selepas memasukkan telefonnya semula ke dalam poket, kesibukan tempat itu dipandangnya sepi. Sejak kebelakangan ini, tiada aktiviti muzik yang dilakukannya. Hatinya hanya mampu berharap pada Le Musique Concurrence sahaja yang bakal menemukan mereka semua satu hari nanti.

"Talha!" Dua suara memanggilnya dari belakang.

"Ya, aku datang!"

~~~~~~~~~~~~

Pintu bangunan yang besar itu dibuka seluasnya oleh dua orang pengawal yang bertugas. Semua orang yang berada di dalam bangunan tersebut menoleh ke arah pintu bagi melihat sang gerangan yang dinantikan sedari tadi.

Seorang wanita berambut ungu dalam pakaian diraja melangkah masuk diiringi seorang pemuda yang kemas ber-tuxedo. Kedua-duanya tersenyum manis menuju ke tempat yang telah disediakan.

"The princess and her companion, has arrived." Pengacara majlis berkata sebelum memberi arahan agar langsir pentas dibuka pantas.

Kelihatan peserta-peserta berdiri tegak dengan penuh gementar. Bina yang tertulis 'The Idols of Melody' tertera pada bahagian atas pentas. 

Walaupun pertandingan yang diadakan ini adalah secara kecil-kecilan, orang-orang ternama masih dipanggil untuk menjadi juri. Hal ini demikian kerana, pembawa muzik terbaik merupakan pengaruh besar dalam industri muzik.

Wanita itu duduk di tempat yang disediakan bersama pasangannya. Tiara di kepala dibetulkan menggunakan pen di tangan. 

"So, how many groups are there?" Tanya wanita itu kepada seorang juri di sisinya.

Juri itu melihat kertasnya lalu menjawab. "There will be six group, your highness."

"Alright." Wanita itu memperkemaskan kedudukannya sebelum tersenyum pada pasangannya yang sudah bersedia untuk menilai.

Dia berdehem kecil kemudian menarik mikrofon yang berada di hadapannya. 

"Let the music begin."

💎💎~The End~💎💎

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now