💎35💎

4.7K 443 17
                                    

Aku mengikuti pelajar perempuan itu sehinggalah ke satu bahagian sekolah yang tidak dapat aku kenal pasti. Setibanya di situ, gadis itu berpaling lalu tersenyum sinis kepadaku.

"Awak nak apa, Audrey?" Tanyaku yang sudah semakin bosan. Aku masih belum dapat jumpa kawan-kawan aku dan Faron. Banyak lagi benda yang aku nak kena buat tapi demi menyelamatkan Mayu daripada situasi itu, aku terpaksa mengikutinya. 

Audrey tidak menjawab pertanyaanku. Dia hanya merenung aku dari kejauhan.

Secara tiba-tiba, gelungan tamborin mengelilingiku tanpa sedar. Nampaknya, ini satu perangkap!

Muncullah beberapa orang yang tidak aku kenali, tetapi aku dapat pastikan yang mereka ialah pengikut Audrey. Ainsley juga turut berada di situ.

"Oh, tiada apa sangat. Cumanya, aku nak tanya, kenapa kau mengada-ngada sangat nak bermanja dengan Faron aku?" Soalnya dalam nada yang tertahan-tahan untuk menjerit.

Kalau pasal dia je, aku yang kena. Inilah salah satu sebab kenapa aku malas nak bekerjasama dengan Faron Aden. 

"Bukannya aku nak pun. Dan, itu bukan bermanja. Kami hanya kawan." Balas aku sepatah-patah.

Aku mula mara ke hadapan sehinggalah Audrey menjerit nyaring. "Engkau, jangan datang dekat aku. Sekali kau langgar gelungan itu, habislah engkau!" Kemudian, dia ketawa gila.

Dia mendekati aku lalu pipi aku menjadi sasaran tamparannya. Turun naik nafasnya menahan marah. Hahaha, marah sangat ni. Kalau kau marah, aku lagi marah!

"Kau fikir... persembahan aku hari ni main-main ke?" Soalku perlahan dengan wajah yang ditundukkan. Langkahku yang semakin mendekati Audrey membuatkan dia berjalan ke belakang perlahan-lahan.

"Kau fikir... aku nak sangat bekerjasama dengan dia, ha perempuan?!" Jeritku marah lalu ingin menyerang Audrey. Namun, langkahku terhenti, apabila gelungan itu semakin kecil dan semakin rapat.

Audrey ketawa kuat sambil bercekak pinggang. "Kau boleh buat apa je?" Soalnya mengejek.

Tetapi, aku tidak gentar. Aku mengangkat wajahku sebelum menjelingnya tajam.

"Aku boleh buat ni."

Aku memegang gelungan itu kuat lalu menghancurkannya dalam sekelip mata. Terpegun mereka semua yang berada di situ kerana alat muzik yang sepatutnya bukan kelebihanku, tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada diri aku. Itulah, kalian siapa mahu main-main dengan keluarga Chanson?

"Kalau kau nak, aku boleh balas balik." Ujarku sebelum mengangkat tangan dan menukarkan tanda lahirku pantas. Seraya itu, gelungan tamborin yang besar aku wujudkan lalu mengurung mereka semua yang berada di situ.

Terjerit-jerit mereka apabila mendapat serangan balas daripada aku. Disebabkan refleks aku yang pantas, mereka tidak perasan bahawa tanda lahirku baru sahaja bertukar sebentar tadi.

"Qiqi, kau kan yang buat tamborin dekat dia tadi? Boleh hancurkan tak?" Soal Audrey terketar-ketar. Gelungan yang betul-betul berada di sebelah tidak mahu dia sentuh kerana ia akan mendatangkan bahaya.

"Tak boleh! Gelungan ini terlalu kuat." Balas gadis yang dipanggil Qiqi itu. Dia memegang gelungan itu namun dia pula yang mendapat renjatan walaupun tamborinlah kelebihannya.

Aku sempat bersila di hadapan mereka sambil menghadiahkan senyuman yang penuh sinis. "Aku boleh lepaskan kalian. Dengan syarat, jangan ganggu aku lagi dan jangan beritahu sesiapa tentang ini." Ugutku pedas.

"Kau fikir aku takut?! Kau ambil dadah ke apa sampai jadi begini? Kau nak aku beritahu cikgu ke?!" Audrey berkata, tidak mahu mengalah.

"Heh, kalau macam tu-" Tuturku lalu mewujudkan sebuah harmonika yang besar di atas kepala mereka. "Aku tak akan teragak-agak untuk menjatuhkan benda ini."

Mereka semua berdiam diri. Walau wajah jelas menunjukkan ketakutan, namun tiada seorang pun yang mahu mengalah. Sehinggalah...

"Baiklah, kami faham! Kami tidak akan beritahu sesiapa tentang perkara ini." Suara Ainsley menjadi pertahanan mereka. 

"Kau boleh pastikan mereka semua tidak membuka mulut?" Tanyaku sengaja untuk menakutkannya.

"Saya boleh pastikan!" Jerit Ainsley dengan suara kecilnya. Dia sudah tidak kisah walau dijeling beberapa kali oleh Audrey. Dia ingin memastikan semua orang selamat!

Aku membuat gaya berfikir sebelum mengangguk faham. "Okey." Balasku lalu memetik jari bagi menghilangkan perangkap itu.

Sejurus itu, mereka semua berlari berkeliaran. Hanya Ainsley dan Audrey yang tinggal di situ.

"Maafkan kami." Pinta Ainsley sambil menunduk maaf. Dia sudah diajar, jangan sesekali meninggi diri terhadap orang yang lebih berkuasa.

Audrey yang berada di belakangnya menjeling aku dengan tajam sekali. Apabila mereka berdua berlalu pergi, aku dapat melihat Ainsley sedang memujuk Audrey yang sibuk mengesat air mata.

Pada ketika itulah, aku sudah mematikan watak Audrey dalam kisah hidupku di Muzika Melodia.

°°°°°°°°°°

Aku tidak berganjak dari tempatku malah merehatkan diri dengan bersandar pada dinding berdekatan. Aku penat. Sudahlah tenaga aku banyak disumbangkan ketika bermain piano sebentar tadi, kini dihabiskan pula dengan mengugut manusia yang tidak reti bersyukur.

Tidak lama kemudian, aku mendengar derapan tapak kaki berlari ke arah tempatku. Nampaknya, Mayu sudah meminta pertolongan.

Di hadapanku kini ialah Mayu, Reuben, Faron, Min Hyuk dan termasuklah Ethan.

"Apa jadi tadi?!" Soal Faron risau yang melihat aku terkulai di dinding.

Aku tidak menjawab malah ketawa riang. Semakin lama, semakin kuat tawaku itu. Entah mengapa, aku merasakan bahawa kejadian tadi bagaikan jenaka sahaja.

Ingin melawan aku? Aku lebih berkuasa dari semua! Dari semua di Muzika Melodia ini.

Pak!

Pipiku dipukul perlahan oleh Mayu sehingga membuatkan aku tersedar dari realiti. Ini dunia sebenar, Hailey. Sedarlah! Kuat mana pun kelebihan kau, selagi ada pemburu kau tak akan lepas.

"Awak ni dah kenapa, Hailey? Apa yang mereka dah buat dekat awak?" Mayu bertanya lalu memelukku laju. Teresak-esak dia menangis.

Rupa-rupanya, selepas dia dilepaskan oleh Audrey, dia berlari mendapatkan mereka yang lain. Kebetulan pada ketika itu, Faron sedang berbual bersama Min Hyuk dan Reuben. Quiet a sight isn't it? Tidak sangka pula mereka akan berbual bersama.

Tanpa disedari mereka, Ethan yang juga terdengar akan aduan Mayu turut mengikuti mereka sehinggalah menjumpai aku dalam keadaan sebegini di belakang bangunan.

"Awak okey tak ni?" Soal Ethan, risau. Ataupun, pura-pura risau sebenarnya.

Aku hanya tersenyum nipis. "Tak payah risau. Saya kan kuat." Jawabku senada padanya.

Min Hyuk datang mendekat dan menarik tangan aku. Kemudian, dia memberikan tanganku itu kepda Faron.

"Awak bawalah dia ke bilik rawatan bersama Reuben. Saya dan Mayu ada perjumpaan dengan Justin sebentar nanti." Tegas Min Hyuk. Mereka semua yang berada di situ mengangguk lalu berpisah arah.

Ethan terpinga-pinga di situ. Dia baru sahaja ingin mengikut Faron tetapi setelah mendapat jelingan tajam daripada jejaka itu, dia berasa seram sejuk pula.

Nampaknya, dia bagaikan sudah ada pesaing.

Muzika MelodiaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora