💎27💎

5.2K 433 22
                                    

Aku dah lewat untuk ke kelas seterusnya! Lagi!

Dengan kelajuan maksima, aku berlari dan mengelak daripada berlanggar dengan pelajar-pelajar yang lalu lalang. Beg yang berada di belakang aku pegang dengan kuat.

Apabila aku sudah menghampiri pintu keluar blok Zariri, aku segera memegang tanda lahirku dan bersedia dalam posisi.

"Swifty Sound!" Sebutku dan tanda lahirku mula bercahaya.

Tidak cepat dan tidak lambat, sebuah papan luncur muncul tepat pada masanya di bawah kakiku sebaik sahaja aku melompat keluar dari bangunan tersebut.

Oui! Gembiranya aku! Teknik ini sempat aku pelajari di kelas tadi bersama Profesor Linda.

Selepas ini, aku harus ke blok Oquili untuk pelajaran yang seterusnya.

Penatnya! Hanya ada 20 minit sahaja selang masa? Memang berlari-larilah pelajar di akademi ini.

"Yo, Hailey!" Satu suara menegurku dari sisi. Aku segera menoleh. Kelihatan sepasang mata hijau bersinar melihatku.

"Yo, Reuben!" Balasku sambil menggelecek laju.

Tanpa aku sedari, Reuben turut menggelecek sama. Tetapi, dia tidak menggunakan kelebihannya malah menggunakan skate board sendiri. Hebat!

Dalam kekalutan untuk ke kelas seterusnya, aku dan Reuben sempat lagi untuk berbual rancak sambil bergelak tawa.

Pada ketika kami perlu menukar arah, dia sempat memandangku dan tersenyum. "Jumpa di Music Autumn nanti ya!"

Mendengarkan kata-katanya itu, aku mengangguk faham. Selepas itu, kami menuju ke destinasi masing-masing.

♪♪♪♪♪

"Cik Hailey, awak lambat!" Jeritan Encik Konrad bergema di seluruh dewan.

Aku mengecilkan diri. Mengapa? Mengapa dia harus menjerit? Sengaja untuk memalukan aku?

"Saya-"

"Sudah, saya tidak mahu dengar alasan awak." Encik Konrad berkata lagi lalu menuding ke arah pintu. "Awak keluar dari kelas saya sekarang."

Pandangan tajam aku berikan kepadanya. Dia fikir dia siapa? Hey, aku keturunan Chanson! Darjat aku lagi tinggi dari kaulah!

"Tapi tuan, saya terlewat tiga minit sahaja." Aku masih memberi alasan. Iyalah, belajar tetap belajar. Tidak kira lambat atau awal, aku harus belajar.

"Tuan, jangan dengar alasan dia itu. Sudah lambat, mahu berdalih pula. Halau sahaja dia." Satu suara yang sangat menjengkelkan aku dengari dari tingkat atas sekali.

Gediknya! Boleh tak jangan menyibuk? Dengan kesempatan yang ada, aku menjelingnya.

Terus sahaja dia mengunci mulut apabila cahaya ungu terang terbit dari anak mataku.

Yalah, aku geram. Actually, I don't care about my pride! Aku tidak kisah jikalau aku berdarjat tinggi atau rendah. Tetapi, jangan memandang aku sebegini. Aku tidak suka dimalukan!

"Out of my class, now!" Suara Encik Konrad menaik. Nampaknya, dia termakan dengan hasutan Audrey.

Nafas dalam aku tarik sebelum berpaling pergi. Namun, diriku dirempuh oleh pintu dan aku hampir menyembah lantai.

Satu tangan sempat menarik tanganku dengan anak mata yang merenung dalam ke arahku. Eh, Ethan?

"So sorry sir, saya lambat." Ujar Ethan bersahaja. Dia sempat menarikku agar berdiri dan membuat gaya sempoi.

Bertambah-tambah berasaplah telinga guru itu. Satu tarikan nafas beliau lakukan sebelum meninggi suara.

"You both, out of my class now!!"

♪♪♪♪♪

What is this? Kenapa aku kena halau dengan dia? Dengan Dia?!!

Aku tahu, ini kelas bebas kerana mana-mana pelajar boleh masuk. Hal ini kerana, mata pelajaran asas muzik semua orang harus tahu.

Aduh, muka hendak letak mana? Aku sudahlah larikan diri dan tidak berjumpa dengan Ethan buat beberapa hari.

Guru itu pun satu! Aku sumpah dengan sumpahan Fairy Courts baru tahu. Tidak tenanglah hidup beliau.

"Hailey, relax. Stop raging." Suara Ethan menampar diriku yang sedang mengetap bibir akibat kemarahan. Apabila melihatkan wajahku itu, dia mengetawakan aku.

Secara tiba-tiba sepasang tangan memicit pipiku. "Comellah awak ni!" Ethan berkata ikhlas sambil tersengih panjang.

Hmm, perempuan mana yang tidak blushing kan? Malu kot.

Namun, aku tidak mahu tenggelam dalam dunia kegembiraan. Aku menampar tangannya laju lalu menghentakkan kaki ke lantai. "Comel? Saya? Ugh!" Aku berpura-pura kegelian.

"Jom dating!" Dia berkata gembira lalu menarik tanganku pergi.

Eh? Eh? Suka-suka hati saja.

Aku merentap tanganku daripada pegangannya lalu berdiri kaku sambil  memandangnya. Dia berhenti berjalan kemudian memandangku dengan wajah yang pura-pura naif.

"Kenapa ni, Hailey? Okay tak?" Soalnya dalam nada yang lembut.

Aku dapat rasakan ada urat-urat di dahiku muncul akibat menahan kemarahan yang sangat dalam. Jiwaku parah!

"Awak boleh tak berhenti berlakon macam kita ni sweet sangat?" Soal aku dengan penuh berani. "Bagitahu saya sebab kenapa awak sibuk nak bercinta dengan saya. Walau sejauh mana awak bawa saya pergi, walau banyak kali awak mengungkapkan kata cinta, saya tidak akan menerima awak. Saya nak minta putus!"

"Kenapa pula?"

"Sebab awak ahli Lilac!" Laungku kuat. Geram, itu yang aku rasakan.

Tembakan kesedaran bagaikan menusuk hatiku setelah berdiam diri buat beberapa lama. Aku segera mengamati keadaan sekeliling seandainya ada yang mencuri dengar.

Hal ini demikian kerana, kami berdua sedang berada di atas jalan tar dan sekelilingnya pula dipenuhi dewan belajar. Benar, tidak semua bangunan dipenuhi pelajar tetapi siapa tahu jikalau ada insan yang pasang telinga?

Secara tiba-tiba, tawa kecil aku dengari terbit dari bibir Ethan. Matanya menyala dengan cahaya oren terang. Pandanganku atau cahaya matahari yang menjadi pantulan? Entahlah.

"Kau jangan main-main, Hailey. Aku dah banyak sabar. Sekali aku cakap aku suka, aku suka betul-betul! Kalau tak, aku dah lama culik kau bawa lari ke markas Lilac, tahu?!" Dia meninggi suara.

Tersentak dibuatnya aku.

"Kau fikir aku tak boleh sebarkan ke identiti kau? Kalau semua tahu, kau bukan sahaja dikejar populariti tetapi sekarang, kau akan diburu Lilac. Nak?" Ethan mula berkata kasar dengan wajah yang meragut hatiku yang kepanasan.

Air mata yang ditahan mula mengalir perlahan-lahan. Rintik-rintik air mula jatuh ke tanganku yang kemas menggenggam kain sekolah.

Eih? Nangis pula? Aku ingatkan aku ni kuat sangat.

Wajah Ethan mula berubah apabila melihat diriku yang menggeletar sendiri. Tangannya disuakan ke arahku tetapi aku tidak ingin menyambutnya.

"Ha- Hailey, ak- aku..."

Tanpa menunggu lama, aku berpaling dan terus berlari jauh. Aku benci! Aku benci!

Ethan terdiam dan mencengkam rambutnya bagai orang hilang arah. "Apa... Yang aku dah buat ni?"

Namun, di sebalik pergaduhan yang berlaku, satu bayangan hitam manusia mula menghilang di sebalik bangunan yang memenuhi kawasan tersebut.

••••••••••

Sambungan seterusnya, di Music Autumn. ( • ̀ω•́ )✧

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now