💎58💎

4.1K 388 32
                                    

"Ini ke KLIA International Airport?

"Ya?"

"Kecilnya!"

Pak! Talha mengetuk belakang kepala Faron menggunakan risalah yang tergulung di tangannya. Wajahnya jelas menahan marah.

"Nak besar mana lagi? Aku rasa sama je dengan airport kalian tu." Talha berkata tanpa memandang kami yang mengekori dari belakang. Gaya macam makan hati je tu.

 Sebuah tempat terbuka yang dipenuhi kerusi menjadi tempat kami berkumpul. Kami berehat seketika setelah berjam-jam berada atas udara. 

"Sebenarnya, aku bercadang untuk ajak kalian pergi KLIA 2 tapi, aku tak ada kenderaan. Nak ambil teksi sementara menunggu pemandu aku ambil?" Ujar Talha sambil memandang kami serius. 

Kami memandang satu sama lain. Teksi? No way!

"Kita boleh guna magis muzik teleportasi." Saran Justin dengan senyuman. Dia kemudiannya menoleh ke arah Mayu. "Tapi penggunanya haruslah mempunyai magis muzik yang boleh dibawa angin."

Magis muzik yang dibawa angin? Bermakna, alat muzik yang ditiup seperti oboe, seruling dan seumpanya. Kami terus sahaja berpaling ke arah Mayu yang sudah kaku bagaikan batu.

"Saya... Saya tak belajar lagi teknik magis tu. Bahaya kalau nak guna sesuka hati." Mayu menolak saranan Justin lembut. Kami hanya mengangguk faham tanpa memaksa.

Lydia menggamit perhatianku dengan siulan. Apabila aku menoleh memandangnya, dia sedang tersenyum nakal sambil menjongketkan kening berkali-kali.

Aku sudah menepuk dahi dalam fikiran. Aku tahu apa yang dia nak. Sama ada dia nak suruh aku yang guna magis itu ataupun pinjamkan magis itu padanya.

"Saya boleh buat!" Tutur Lydia mengejutkan aku. Terjegil mataku memandangnya. Dia hanya tersenyum penuh muslihat.

Reuben memandang Lydia, hairan. "Awak boleh buat? Kita kan pemain gitar. Macam mana nak guna?" Soalnya pelik.

"Tengok sajalah." Balas Lydia dengan kenyitan mata buatku. Aku membuat rolleyes sebelum menyembunyikan tanganku di belakang. Tanda lahirnya aku pinjamkan dengan tanda lahir serulingku. 

"Jangan guna lama-lama." Pesanku buatnya. Dia mengangguk kecil.

Mujur sekali tanda lahir Lydia sedikit tersembunyi daripada pandangan manusia. Jikalau tidak, pasti ahli yang lain berasa hairan apabila tanda lahirnya berubah rupa. Aku pula, sentiasa memakai sarung tangan dengan alasan seorang pemain piano harus menjaga jari-jemarinya.

"Saya pernah baca tapi tak pernah cuba. Doakan saya berjaya." Bisiknya pada aku. Kemudian, kami diarahkan untuk menunduk ke bawah seraya memejamkan mata.

"Wind Transportation." Sebut Lydia perlahan. Mindanya menghafal arahan yang telah diberikan oleh Talha tadi untuk ke KLIA 2.

Kami membentuk satu bulatan dan memegang tangan satu sama lain. Tujuan Lydia menyuruh kami memejamkan mata adalah supaya tiada muncul sebarang syak wasangka.

Bunyi gitar dan bunyi seruling berbeza. Maka, sekiranya ada yang menyoalkan tentang itu sewaktu kami sedang bergerak, aku akan back up Lydia dengan gitar aku pula.

Kenapa bukan aku sendiri yang gunakan kelebihan seruling tu? Sebab, Lydia sudah jelas lagi bersuluh namanya Lydia Robert. Aku pula tiada nama keluarga yang tertera. Tidakkah itu akan membawa kemudaratan kepada aku?

Beberapa minit kemudian...

"Kita dah sampai!" Lydia berkata gembira. Tangannya didepakan riang.

Meski wajah seronok ditayangkannya, aku tahu dia penat. Magis yang membawa orang, sangatlah mengambil tenaga yang banyak. Cepat-cepat aku menukar tanda lahirnya semula kepada asal.

"Woah, ini baru besar!" Puji Faron sambil bercekak pinggang. Dia memandang suasana lapangan terbang itu yang dipenuhi orang.

Talha mencebik geram. "Nampak besar sebab banyak kedai. Padahal dua-dua sama saja. Sudahlah, jom pergi makan ke shopping ke." Dia memberi cadangan. Bagasinya ditarik pantas.

"Okey, jom!"


~~~~~~~~~~~~


"Jauh rumah awak, Talha." Olivia bersuara selepas kami semua mendiamkan diri di dalam van peribadi milik keluarga Talha. Entah kenapa, kami tidak ada rasa mahu berbual pula.

Senyuman kecil Talha berikan buat Olivia yang bertanya. "Ya, negeri saya jauh sedikit dari airport. Jadi, akan ambil masa yang lama. Sebab tu saya minta beli makanan atau minuman tadi supaya tak bosan. Kalau nak berhenti nanti, beritahu saya ya." Balasnya panjang lebar. Jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang prihatin walaupun tidak ditunjukkan sentiasa.

 Kami membalas dengan anggukan. Kecuali Min Hyuk yang sedang galak membaca buku sehingga tidak sedar akan keadaan sekeliling.

"Yo!" Satu suara asing muncul dari kerusi belakang. Semua terdiam akibat terkejut. Perlahan-lahan, kami menoleh ke belakang termasuklah Talha.

Kelihatan seorang gadis berhijab sedang melambai lembut ke arah kami dengan senyuman terukir di bibir. Sebentar tadi tidak ada pun gadis itu? Siapakah dia?

"Hantu!" Jerit Reuben dan Faron serentak. Tercampak buku yang dipegang Min Hyuk kerana terperanjat yang teramat.

Keluhan kecil terbit di bibir Talha. Riaknya seperti sudah biasa dengan kejadian ini.

"Khawlah! Jangan buat macam tu boleh tak?" Marah Talha yang duduk di sebelah pemandu. 

"Ana lagi tua daripada kamulah! Panggil ana kakak!" Gadis misteri itu tadi mula memarahi Talha.

Kini, mereka berdua bertekak pula di dalam kereta. Kami yang tidak tahu apa-apa ini pula yang terpinga-pinga. 

"Emm... Talha, ini siapa?" Justin bertanya sopan. Dia memandang Talha dan gadis itu bersilih ganti. Muka macam sama.

Talha menjeling gadis itu lalu berpaling ke arah Justin untuk menjawab. "Itu kakak aku, Khawlah. Seorang pemain kompang, berkelebihan untuk bermain harmonika dan segi tiga." 

Gadis itu tersenyum manis memandang kami. "Hello." Sapanya.

"Macam mana anti tahu ana ada dekat sini?" Tanya Talha senada. Malas mahu melayan kerenah kakaknya barangkali.

"Abi bagitahu. Dengan kelebihan koordinasi ana, ana teleport ke sini dengan magis muzik harmonika." Jawabnya dengan penuh gaya. Comel sungguh.

Ternganga Talha dibuatnya. "Dari Penang tu anti terbang ke sini?"

"Yelah. Sudah ana cakap, ana kan hebat." Balas Khawlah bangga.

Talha memandang ke atas tanda jengkel. Dia berpaling ke hadapan semula dan memperkemaskan kedudukannya.

Sekarang ini, semua berdiam diri. Janggal dengan kehadiran kakak Talha, tiada topik untuk dibualkan dan rasa bosan menguasai diri. Aku harap, tiga hari lagi di sini akan berjalan dengan mudah tanpa gangguan Lilac.

Mereka pasti tidak dapat mengagak yang kami akan ke sini. Semuanya aku jadualkan dengan cara 'tiba-tiba'. Jadi, mereka tidak dapat mengekori kami jika kami berubah tempat secara tiba-tiba.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now