💎20💎

6K 504 14
                                    

Ingin sekali aku menghabiskan masa di perpustakaan bagi menelaah buku dan majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Aku bukanlah rajin sangat cuma saja nak isi masa lapang. Kalau nak habiskan masa dekat taman biasa tu, takut terserempak pula dengan si Ethan.

Tetapi sekarang, aku tersekat dalam situasi yang mana membuatkan aku bagaikan telur di hujung tanduk.

"Emm, nak baling ke tak nak, nak baling ke tak nak." Aku mula berdolak-dalih dengan keputusanku.

Namun begitu, tiada cara lain yang boleh digunakan. Botol yang kuambil dari poket kainku aku pegang kemas-kemas.

"Ah, apa nak jadi, jadilah!" Laungku sebelum membaling botol tersebut. Sebaik sahaja ia pecah setelah mencecah lantai, suara merdu terbit dari cecair yang tumpah di atas tanah.

Makhluk mistik yang dikenali sebagai pari-pari muncul di sebalik pohon-pohon lalu mengusir tumbuhan Fairy Courts itu pergi.

Pelik bukan? Pari-pari, wujudkah? Ini dunia Ochestra World. Semua benda boleh jadi!

Tanpa membuang masa, aku berlari pantas ke tangga istana lalu membuka pintunya. Sebuah butang penamat berada di tengah-tengah singgahsana. Ayuh, kita ke sana!

"Heh, ingatkan susah sangat!" Ujarku lalu melajukan larian.

Sebaik sahaja tanganku ingin mencecah butang, masalah yang lain pula berlaku. Satu tembok lut cahaya terbina secara tiba-tiba bagi menghalang butang tersebut daripada ditekan. Kemudian, beberapa makhluk mistik mula menunjukkan diri di sebalik kabus yang memenuhi singgahsana.

"Seriously?!"

Tiga ekor makhluk. Makhluk apa ya ni? Macam pernah nampak.

Aku menyeluk poket kainku. Fuh, masih berbaki dua botol kecil yang berada di dalam. Manalah tahu, sekali lagi ia perlu digunakan.

"Makhluk apakah ini, Justin?" Aku mula mencari alternatif.

Suara Justin bergema di kawasan tersebut. "Pernah baca buku Bizarre Ochestra World Creatures? Makhluk ini hanyalah mitos dan situasi virtual ini dibuat berdasarkan pengetahuan sejarawan dunia kita."

Mindaku mula ligat berfikir. "Pernah!" Jawabku setelah gambaran buku tersebut mula terbit di pemikiran. Manakan tidak, sejak dari kecil lagi aku sudah bergelumang dalam bidang ilmu negara ini.

Baru aku terfikir, mengapa aku dipaksa belajar sejak kecil ya?

"Ingat. Makhluk ini mampu mematahkan serangan kita dengan suaranya yang buta nada." Justin berkata lagi.

Aku memejamkan mata seketika sambil mengerutkan dahi. "Ah, makhluk Seviries!"

Mata dibuka dengan laju dan dengan itu makhluk-makhluk tersebut mula bertindak. Ia menjerit nyaring.

Aku turut menjerit nyaring apabila gegendang telingaku bagaikan ingin pecah apabila mendengar suaranya. Tadi pokok, sekarang haiwan pula!

"Baiklah Hailey, bayangkan keadaan ini seperti di dalam animasi RWBY." Ucapku sambil mengimaginasikan situasiku dengan animasi yang pernah kutonton di Youtube.

Berdesap-desup aku berlari daripada mengena serangan daripada kukunya yang tajam. Alah, inikan simulasi sahaja!

Namun, tanpa aku sedari, beberapa helai rambutku terpotong akibat daripada cakarannya.

Hahahaha. Jangan sesiapa berani sentuh rambut aku!

Tanda lahirku bersinar dengan warna ungu yang terang. Terima kasih, makhluk. Engkau telah membuat aku marah.

Cahaya ungu mula mengelilingi tangan kananku. Dengan senyuman sinis, aku menjerit. "Piano Explosion!"

Papan piano yang muncul secara tiba-tiba mula mengelilingiku. Tanganku laju sahaja menekan papan tersebut dan satu melodi yang amat menakutkan bergema di kawasan tersebut.

Ketiga-tiga makhluk tersebut menjerit nyaring sambil menutup bahagian telinganya. Pada masa inilah, berbaki botol kecil yang ada di dalam poket, aku membalingnya dengan pantas.

Suara-suara merdu tersebut telah menghancurkannya sehingga menerbitkan cecair likat di atas lantai istana.

Tadi pari-pari datang kan? Sekarang lain pula. Lain makhluk, lain akibatnya.

Itulah botol rahsia yang ada pada setiap ahli keluarga Chanson. Ia mengandungi suara kami. Pelik tetapi benar. Jika pernah menemui Professor Lucas iaitu pakar muzik di Ochestra World, beliau pernah berkata bahawa suara milik keluarga Chanson amat lain daripada yang lain.

Apabila ditanya mengapa, tiada sesiapa yang tahu. Disebabkan itulah, mama mula menjalankan misi rahsianya yang tersendiri. Ini kerana kamilah keturunan terakhir bagi keluarga Chanson. Tiada harta warisan mahupun sejarah keluarga ditinggalkan. Apa yang kami tahu sajalah yang ditinggalkan.

Kami tidak dibenarkan menggunakan suara kami sesuka hati. Oleh itu, botol-botol tersebut telah disediakan untuk digunakan pada keadaan terdesak sahaja.

Guna sikit tak apa. Aku ada banyak.

Ah, sudahlah! Monolog banyak-banyak nanti kalian bosan.

Aku berjalan ke arah butang yang berada di tengah-tengah singgahsana dengan bangganya. Sambil itu, aku berdoa agar tiada lagi makhluk atau tumbuhan mistik yang mengganggu misi aku.

Belum sempat tanganku mencecah butang tersebut, simulasi yang aku sedang aku lakukan ini dibatalkan secara drastik. Latar belakang bertukar semula kepada bilik latihan yang aku duduki tadi.

Segala magis dan bahan yang aku gunakan aku simpan cepat-cepat. Apa dah jadi?

Aku menoleh ke arah Justin. Tangannya berada pada butang yang berada di sebelah scanner manakala wajahnya kelihatan amat terkejut.

Alamak, aku dah langgar pantang keluarga Chanson.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now