💎19💎

6.2K 486 6
                                    

"Bonjour, Hailey!" Justin menyapaku sebaik sahaja aku melangkah ke platform bagi menuju ke tingkat 3.

"Ah, bonjour." Aku menoleh ke arahnya dan segera membalas.

Dia berdiri di belakangku sambil bersiul kecil. "Beberapa bulan lagi cuti semester bakal menjelang. Balik Perancis?"

"Mestilah balik. Kenapa?"

"Saja tanya. Maklumlah, kita sama negara, kan?" Balas Justin dengan penuh ramah sekali. Aku hanya ketawa kecil lalu menganggukkan kepala.

Setibanya giliran aku, aku melakukan gaya lalu beberapa papan piano wujud dihadapanku. Belum sempat aku melangkah, terdapat seseorang berlari ke atas dahulu.

"Thanks!" Jeritnya lalu berlari laju. Setelah itu, anak tangga yang kubina hilang begitu sahaja.

Aku mengetap bibir. "Tak guna punya Audrey!"

Sekali lagi, aku melakukan gaya. Aku segera berlari ke atas apabila papan piano mula muncul. Aku mengetap bibir dan menjeling Audrey yang sedang berlari sehingga hilang daripada pandangan.

Kemudian, bunyi biola kedengaran dan sejurus itu Justin berdiri di sebelahku. Dia menepuk bahuku perlahan agar aku bersabar.

"Hey Hailey. Mahu saya ajar magis protecteur de la musique (pelindung muzik) ?" Tanya Justin sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Aku mengerutkan dahi. Magis apakah itu?

"Kalau berkenaan muzik, pastilah saya nak!" Balasku bersemangat.

Justin tersenyum bangga lalu menepuk bahuku sekali lagi. Geseran merdu biola yang muncul tiba-tiba membuatkan aku terbuai seketika. Kemudian, kami tiba di tingkat 4 blok Izili tanpa berjalan.

Bagaimana? Segalanya bermula dengan magic!

"Blok Izili? Ini blok muzik untuk pelajar yang berpotensi tinggi!" Tuturku dengan penuh kagum. Keadaan sekeliling aku amati dengan minat sekali.

Blok Izili. Blok yang menempatkan beberapa pusat latihan hanya untuk pelajar-pelajar yang terpilih sahaja. Bukan sahaja pelajar yang mahir dalam bidang muzik, malah pelajar yang mahir dalam bidang akademi akademi juga berpotensi untuk dipilih datang ke sini.

Bangunan ini dihiasi sebuah taman bunga kecil ditengah-tengahnya dan kawasan itu telah menjadi tempat istirahat para pelajar di sini. Taman tersebut dapat dilihat melalui koridor blok yang mempunyai 6 tingkat dan 120 pusat atau bilik latihan.

Yalah, Justin mesti merupakan salah seorang pelajar yang berpotensi tinggi sehingga dia mampu untuk membawa kami ke sini dengan magis melodi sahaja. This is what we called madness in the Ochestra World!

Tawa kecil diberikan Justin sebelum dia mengajakku ke sebuah bilik latihan. "Mari ikut saya. Sebelum awak mempelajari ilmu magis melodi yang agak susah, awak perlu melalui beberapa halangan dan cabaran. Ini bagi menunjukkan yang awak ini layak."

"Senior fikir ni Harry Potter atau Voltron ke apa? Macam-macam sungguh."

Hailey dan pemikiran fantasinya berpisah tiada. Itulah tanggapanku hahah!

"Kamu nak belajar magis atau tidak?"

Aku mengangguk laju tatkala wajah Justin mula bertukar serius. Kami melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Kosong. Bilik itu kosong tanpa apa-apa peralatan muzikal. Hanya dinding cermin, lantai kayu dan beberapa alatan teknologi sahaja yang kelihatan.

Wow, macam bilik untuk menari balet.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now