💎71💎

4.1K 395 21
                                    

Sebuah tugu yang tinggi menjadi tempat persembunyian kami berdua. Sedari tadi, Faron tidak membuka mulut malah bersuara. Pandangannya kelihatan kosong.

"Faron, awak okey?"

"Kau siapa sebenarnya?"

Aku sudah agak, pasti soalan itu akan diutarakannya. 

"Awak tak pernah tahu kan nama keluarga saya? Nak tahu?" Soalku padanya.

Dia terangguk-angguk seperti anak kecil.

"Nama saya-"

"Itu pun mereka!"

Belum sempat aku habis bersuara, salah seorang ahli Lilac terlihat keberadaan kami di sini. Hish, kacau line sajalah dia ni!

Seorang gadis yang berpakaian hitam bergerak mendekati kami. Dia mengangkat tangan kanannya tinggi lalu mewujudkan satu bola ilusi bewarna hijau gelap. Berlingkar-lingkar api kecil pada bola ilusi tersebut.

"Tamborine flame!" Sebutnya lalu membalingnya ke arah kami. Lintang pukang kami berdua menjauhi tugu tersebut.

Kami segera berlari dari tempat tersebut dan memasuki lorong-lorong yang tidak aku ketahui. Kami di mana? Bangunan apakah ini?

"Boleh teka tak ni tempat apa, Faron?" Soalku sambil berlari mengikuti langkah Faron.

Faron melihat sekeliling dengan cepat. Berkerut-kerut dahinya melihat persekitaran. "Aku rasa kita macam dalam bangunan istana. Mungkin istana negara ni? Apa tujuan mereka bawa kita ke sini sebenarnya?"

Aku terdiam. Maknanya, kami berdua dalam istana negara CrystalVale lah kan? Pasti ada sesuatu yang aku boleh cetuskan bagi menjatuhkan kerajaan ini. Tetapi... Apa ya?

"Trumpet wave!"

Satu gelombang melodi yang bingit melanggar kami dari belakang. Tidak sempat mengelak, kami berdua terpelanting ke sebuah tembok berdekatan.

"Uish, kuatnya magis." Bisik Faron padaku. Bahunya yang terhentak diusap perlahan.

Sudah namanya Lilac, memang begitulah gayanya. Mereka tiada belas kasihan dan bakal melakukan apa sahaja demi kehendak mereka. Huh, typical orang jahat.

"Sekuat-kuat dia, kuat lagi saya." Balasku pula, tersengih.

Faron menayangkan wajah blur kepada aku. "Kalau macam tu, lawanlah mereka." 

"Kalau saya lawan, tenaga saya banyak habis. Kalau banyak tenaga habis, kita juga yang mati di sini. Saya tak nak tau. Saya nak kita hidup bahagia." Jawab aku berseloroh.

Tengah tergolek depan tembok pun kami masih boleh berbual.

Ktak!

Satu tembakan kecil tersasar dari terkena wajahku. Aku dapat lihat sebuah recorder ilusi melekat pada tembok yang sudah pun merekah akibat balingan tersebut. Perlahan-lahan ia menghilang dari pandangan.

"Okey, mati pun matilah. Sebab apa? Sebab negara ni aku punyalah!" Laungku lalu bangkit berdiri. Tanda lahirku sudah mula bertukar-tukar rupa.

Sepuluh orang ahli Lilac berlari ke arah kami dengan senyuman sinis. Sangka mereka, kami telah mengalah dan kalah.

"Faron, kalau saya jatuh, sambut saya tau." Pesanku pada Faron. Dia hanya mengangguk faham.

"Ochestra-"

"Ochestra sea, first song!" Seruan itu telah memotong aktiviti penyeruanku. Aik? Siapa pula ni?

Arus alunan pelbagai muzik yang dihasilkannya menolak kesemua ahli Lilac yang tidak sempat mempertahankan diri. Kini, mereka pula yang terpelanting ke belakang.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now