💎75💎

4.2K 429 23
                                    

Live and let live, do not judge.
Take life as it comes and deal with it.
Everything will be okay.

Aku berdiri di hadapan kawasan masuk ke singgahsana tersebut. Segala ancaman yang bakal mendatang aku nantikan dengan penuh tenang.

Maaf Faron. Kau kena jagakan mereka untuk aku sementara aku ambil masa untuk boost tenaga sendiri. Memandangkan Darya sudah dibawa ke tempat yang selamat, Justin, Olivia dan Lydia dapat kembali berlawan.

Tarik nafas, hembus... Kau boleh lakukannya Hailey! Dengan magis muzik kau, semua boleh. Apa pun jadi, kau ada orang lain yang bakal membantu di belakang.

Walaupun datuk tiada lagi di sini untuk menolong aku, aku yakin dia sudah lakukan tugasnya dengan baik dan tenang di sana.

"Hailey, boleh buat seorang ke tu?" Ayah sempat bertanya risau walaupun dia sedang menahan tumbukan lelaki berjanggut itu menggunakan magisnya.

Aku menoleh ke arahnya lalu menayangkan thumbs up. "Jangan risaulah ayah. Saya dah berlatih banyak. Aqualivy dan Ongaku-san pun saya dah jumpa." Balasku yakin.

Ayah memaparkan wajah hairan termasuklah abang dan kakakku kerana mereka tidak faham apa yang diperkatakan oleh aku. Oh lupa pula, mereka tidak tahu yang keluarga kita lebih dari hanya sekadar menguasai semua magis.

Aku berpaling semula ke hadapan. Semakin lama, semakin dekat kehadiran mereka. 

"Baiklah, let's do this." Ucapku sendiri. Aku memandang setiap makhluk itu satu demi satu.

Lima langkah sahaja yang diperlukan mereka untuk jejak ke sini. Namun, aku bertindak pantas dengan mendepakan tangan ke hadapan. "Stop!" Arahku keras.

Kesemua tumbuhan Fairy Courts berhenti bergerak manakala separuh daripada makhluk Seviries itu turut tidak bergerak. Selebihnya pula masih berlari ke arah aku dengan pantas.

Ada lagi ya makhluk Seviries wujud di dunia ini?

"Oh, kalau macam ni..." Aku membuat aksi silat yang pernah diajar oleh senior Talha sewaktu kami di Venezuela. Walaupun aku tak tahu pergerakan ini untuk apa, tapi gaya ini sesuai untuk menggunakan magis aku.

"Ochestra Sea, third song!" Seruku lalu mengunci pergerakan mereka dengan alunan muzik yang mengasyikkan. Sesiapa yang menjadi targetku turut tidak bergerak termasuklah raja palsu itu. 

Poket aku seluk lalu mencari botol-botol kecil yang masih berbaki. Wah bagus, semua ini cukup.

"Cukup pula tenaga kamu untuk buat ni? Masa first song, kamu suruh Faron sambut pula kalau kamu jatuh." Tegur kakak sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Musuh yang kaku tidak bergerak itu dicampaknya jauh-jauh.

Botol-botol kecil yang berada dalam genggamanku itu aku tenung lama. "Mungkin sebab satu family saya dekat sini kot saya rasa bertenaga. Tapi kalau saya jatuh, sambutlah saya ya." Balasku dengan senyuman.

Suaraku dari botol-botol yang sudah kuhempaskan ke lantai sedikit demi sedikit menghilangkan magis muzik halusinasi mereka yang mewujudkan ilusi makhluk Seviries itu. Terjatuh mereka semua yang menunggang makhluk-makhluk tersebut.

Setelah itu, pari-pari kecil mula muncul kemudian terbang ke arah Fairy Courts yang masih belum bergerak atas arahanku. 

"Eh, jangan kacau mereka." Aku menegur sekumpulan pari-pari itu. Mereka semua menoleh lalu mengangguk faham. Tidak lama selepas itu, mereka hilang dibawa angin.

Oh, senang pula kerja aku.

"Apakah?!" Jerit kesemua musuh tatkala magisku tidak lagi memberi kesan pada mereka. Serta-merta pandanganku berpinar hebat.

Muzika MelodiaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ