💎11💎

6.9K 577 15
                                    

Pukul 5:30 petang.

"Ahh! Nak buat apa ini?" Soal Mayu sambil membaringkan kepalanya di kerusi. Aku hanya memandangnya bosan.

Kami kini sedang bersantai di sebuah taman yang indah dan disinari cahaya matahari yang terang.

"Saya pun tak tahulah, Mayu. Je m'ennuie aussi (Saya pun bosan juga)." Balasku dengan keluhan kuat. Tangan kusilangkan ke belakang kepala dan mata dipejam.

Selepas beberapa minit, kami terdengar satu alunan petikan gitar yang merdu dan jeritan para gadis. Apa tu?

"Gitar? Reuben ke?" Soalku pada Mayu seraya menuding ke arah sekumpulan gadis yang sedang mengeremuni sesuatu.

Mayu menggelengkan kepala. "Tidak. Reuben baru sahaja berjumpa dengan saya tadi kan?" Soalnya semula.

Aku menoleh ke arah kumpulan tersebut lalu menarik tangan Mayu. "Jom pergi tengok kat sana." Ajakku dan kami berdua pun melangkah bersama.

Dalam kesibukan di situ, kami cuba untuk mencelah dan terlihatlah seorang jejaka dan seorang wanita sedang membuat persembahan bersama.

"Siapa tu?" Gumamku perlahan. Namun, soalanku itu didengari oleh seorang gadis kecil di sebelahku.

"Awak tak kenal? Itulah Ethan dan Olivia. Both of them are so cute!" Ucapnya dengan gembira. Aku pula hanya mengangguk perlahan.

"Mereka terkenal? Adakah mereka sedang bercinta?" Soal Mayu pula tanpa segan.

Gadis kecil itu tertawa sebelum membalas. "Bukan. Mereka berdua terkenal kerana mereka berdua gemar untuk membuat persembahan bersama. Tidak kira di mana-mana, jika mereka ada masa, mereka akan melakukannya!"

Mayu dan aku memandangnya sambil terangguk-angguk faham. Walaupun masih kelu dan keliru, namun kami tidak mahu mengacau gadis ini untuk menikmati persembahan mereka.

Aku memandang mereka berdua dengan penuh takjub. Jejaka yang bernama Ethan itu sedang memetik gitar manakala gadis yang bernama Olivia itu pula menyanyi dengan penuh bersemangat. Merdu sungguh apabila melodi itu digabungkan bersama!

Teringat pula aku zaman kecil-kecil dahulu yang mana, aku akan memainkan piano dan abang pula akan menyanyi. Kakak yang sentiasa sibuk hanya mendengar persembahan kami sambil melakukan kerjanya.

Hah, kenangan.

"Oi." Satu suara kedengaran dari belakang kami semua. Sekumpulan gadis itu berpaling dengan perlahan-lahan sebelum membuka laluan untuk pemilik suara itu berjalan.

Aku tergamam. Sudah kenapa dengan mamat ni? Dari hari itu cari pasal sahaja? Kali ini dia mahu apa pula?

"Weh, Liv. Bila kau nak menyanyi dengan aku?" Soal Faron yang muncul secara tiba-tiba kepada Olivia. Gadis itu tampak terkejut.

Olivia berhenti menyanyi dan memberikan Faron satu renungan tajam. "Awak tak nampak ke saya tengah menyanyi ni?"

"Relaxlah Olivia." Pinta Ethan takut-takut.

Kini, Faron dan Olivia sedang merenung satu sama lain manakala Ethan pula terselit di tengah.

"Kya, kya! Putera dan duet terbaik sekolah ada di sini! Kya!" Jerit gadis kecil yang berdiri di sebelah kami tadi.

Aku hanya mengeluh perlahan. Sudah, konflik apa pula yang akan terjadi?

•••••

"Faron! Faron!" Jeritan dari jauh menampar telingaku.

Eik, macam kenal je suara tu? Ah, sudah. Ini mesti ada orang report.

"Cik muda Audrey Aden, tolong jaga bakal tunang awak ini. Dia ni suka-suka hati saja hancurkan persembahan saya." Olivia berkata tegas sambil menuding ke arah Faron.

Audrey tersentak seketika sebelum membuka bicara. "Faron, jom! Sudahlah, jangan ganggu orang." Ajaknya sambil menarik tangan Faron.

"Cik Audrey takut dengan Olivia sebab Olivia ni, pangkatnya lebih tinggi daripada Cik Audrey. Yalah, seorang penyanyi bukan? Cik Audrey ini pula hanyalah pemain piano sahaja." Bisik gadis kecil yang berada di sebelah aku itu kepadaku. Aku hanya mengangguk faham.

Faron hanya menjeling Audrey lalu mengusutkan rambutnya. Dia hanya membiarkan Audrey memaut lengannya dan mereka berpusing ke belakang lalu mula melangkah.

Alamak! Ter-eye contact dengan Audrey.

"Oi perempuan. Kenapa kau ada dekat sini ha?!" Suara Audrey membingitkan telinga aku.

Aduh! Kenapa aku yang selalu jadi mangsa?

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now