💎38💎

4.7K 386 14
                                    

Pagi itu, dengan penuh mengantuknya, aku menguatkan diri untuk bersiap. Mujur kelas berlangsung pada tengah hari tetapi aku kan rajin, jadi aku nak ke perpustakaan untuk siapkan pelan bagi Le Musique Concurrence. 

Pada ketika aku sedang mengemas katil, aku dapat melihat satu cahaya keungguan terbias dari tingkap kami ke aksesori yang berada di bawah bantal Darya. Warna itu bagaiku kenal. Ia sama seperti warna yang berada pada subang Ethan.

Namun, aku malas mengusik dan mengambil kira. Sekarang ni, aku kena sibukkan diri untuk menang. Aku... Nak.... Pergi... Jepun!

Aku akan ke rumah Mayu! Ya, aku tekad.

Jadi, ayuhlah kita bergerak ke tempat yang ingin dituju.

♪♪♪♪♪

Sebelum aku mulakan perjalanan, baik aku peka terhadap sekeliling. Sekiranya terjumpa dengan si Ethan, habislah! 

"Okay, lola. Babalik ako sa Singapore sa susunod na buwan! (Okey, nenek. Saya akan kembali ke Singapura bulan depan!)" 

Satu suara yang amat aku kenali kedengaran di hadapanku. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang berada dalam talian sambil melangkah keluar dari kelasnya. Dengan sengihan, aku mengekorinya dari belakang secara perlahan-lahan.

"Huwag mag-alala lola. Magiging maayos ako. (Jangan bimbang nenek. Saya akan baik-baik saja)." Ujar pelajar perempuan itu lagi sambil tesenyum manis. Nampaknya, dia masih belum perasan akan kehadiran aku.

"Paalam lola. Mag-ingat! (Selamat tinggal nenek. Jaga diri!)" Katanya lagi sebelum memutuskan talian. Dia sempat ketawa kecil.

Aku berjinjit kecil lalu melangkah perlahan-lahan ke arahnya. Tanpa disedarinya, aku terus menepuk bahunya kuat dan menegur. "Lydia!"

"Aaaah!" Jeritnya nyaring. Tercampak-campak buku yang dipegangnya itu. "Hailey!" Marahnya apabila mendapat tahu bahawa akulah yang berada di belakangnya.

Disebabkan rasa bersalah, aku bantulah si dia yang sudah kecundang akibat terkejut tadi. Buku-bukunya aku kutip lalu diberikan kepadanya. 

"Awak ni orang Singapura ke orang Filipina?" Soalku hairan. "Saya dengar awak cakap bahasa Filipina tadi." Sambungku lagi dan mengambil keputusan untuk jalan beriringan dengannya.

Lydia memukul bahuku dahulu sebagai balasan sebelum membalas pertanyannku. "Nenek saya orang Filipina. Jadi, saya cakaplah Filipino tadi." Jelasnya sambil menggalas beg.

"Ohh..." Hanya itu sahaja yang aku mampu balas. "Jom, pergi library." Ajakku mengubah topik.

Dia mengangguk setuju. Tangannya mencapai tanganku laju. Aku dibawa berlari ke bahagian locker oleh Lydia dan diarahkan untuk bersembunyi.

"Kenapa Lydia?"

"Shh! Lilac ada di sini." Jawabnya keras. Matanya melilau melihat keadaan di luar sana.

Dari pandangan aku, aku dapat melihat cincin zamrud milik Lydia bercahaya di kawasan yang serba gelap itu. Adakah alat itu mampu mengesan anggota Lilac?

"Awak boleh kesan?" Sempat lagi aku bertanya dalam keadaan getir itu.

Lydia mengangguk sebagai jawapan. Kemudian, dia berbisik perlahan. "Kalau mereka memakai barang kemas mereka itu sahaja." 

Dalam diam itu, kami berdua dapat melihat seorang jejaka berambut perang sedang melalui koridor itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket manakala dia pula bersiul perlahan. Riang benar nampak.

"Ethan kan tu?" Soalku.

"Ha'ah itu Ethan. Tapi, kenapa rambutnya diselak ke tepi? Kacak pula nampak." Ujar Lydia bersahaja. Seperti penyiasat, kami memerhatikan dia dari jarak jauh.

Aku menampar bahunya kuat. "Ish, jangan puji!" Tegurku garang. Lydia hanya ketawa geli hati.

Ethan berhenti berjalan dan perkara itu mengejutkan kami yang sedang bersembunyi. Subangnya kelihatan bercahaya dengan warna Lilac. Apabila dia perasan tentang itu, dia segera menyentuh subang tersebut lalu memaparkan wajah sedih.

"Huh." Keluhnya sendiri sebelum mula berjalan semula. Pada ketika itu, kami yang takut dijumpai menghela nafas lega.

"Dahlah, stalk orang pulak. Jomlah pergi library." Ajakku dan dipersetujui oleh Lydia.

♪♪♪♪♪

"This doesn't make sense!" Lydia merungut sambil melemparkan kertas ke atas meja. Dia bingung.

Aku mengutip kertas yang telah dilemparnya itu. "Kenapa?"

"Kenapa dia punya pilihan alat muzik macam tak kena?" Tanya Lydia yang sudah berpeluk tubuh. "Kita ni... Nak buat ochestra ke... koir ke... band?" 

"Of course-lah band sebab dah kena ada orang nyanyi. Kalau nak buat koir, memang taklah. Kita semua mana ada kelebihan untuk menyanyi." Aku berkata dengan kening yang dijongketkan sebelah.

Lydia menoleh ke arahku dan mendekatkan tubuhnya ke depan. "Kita semua? Habis tu, awak, Miss Chanson?" Soalnya jengkel.

Aku hanya ketawa kecil. "Itu lain. Sekarang ni, saya Hailey. Bukan Chanson." Balasku bersahaja.

"Tapi kan, kita nak buat lagu apa dengan alat muzik yang bersepah macam tu? Dengan wujudnya kompang pula." Bebelnya sendiri. Aku diam je. Bukan apa, budak ni selalunya happy go lucky. Kalau tiba-tiba berubah moodnya itu bermakna adalah sesuatu yang mengganggunya.

Helaian kertas yang bersepah di atas meja aku kemas betul-betul. Jikalau terbang ditiup angin, habislah pelan kami nanti diketahui oleh orang lain.

"Awak, ini Ochestra World. Kita boleh buat apa sahaja dengan bunyi. Kalau kompang tak boleh guna, senior Talha boleh main dua lagi instruments tahu? Jangan underestimate dia." Tegurku berserta rolleyes. 

Dia hanya mengeluh sendiri. "Sudahlah malam ni kita kena curi masuk Music Autumn lagi. Awak tak takut ke? Ini sudahlah sekolah orang kaya, mesti ada cctv kan?"

"Entahlah awak. Kalau dia nak tangkap kita, lama dah dia buat."

"Dia tu siapa?"

"Pengawal sekolahlah."

"Ooh..." Balas Lydia pendek. "By the way, sekolah kita ni kan besar, tak ada studio untuk setiap pelajar ke?" Tanya-nya lagi.

Aduh, kenapa sekarang baru mahu tanya macam-macam? Adakah soalannya berasas dari sifat ingin tahu pembaca?

Aku memegang bahu Lydia yang berada di hadapanku. "Lydia." Panggilku sehingga membuatkan dia memandang aku. "Mestilah ada. Kenapa tak tanya Justin?"

"Yalah, nanti saya tanya Justin." Jawabnya bagaikan mengalah.

Apa kenalah dengan budak seorang ni. Aku ni dahlah penat dengan macam-macam. Malam ini, ada latihan pula. Haih...

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now