💎80💎

3.5K 349 16
                                    

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*

Dear Diary,

Masa yang kami habiskan di London sangat menyeronokkan. Sepanjang kami di sana, kami telah habiskan dua hari untuk berlatih. Kasihan mereka yang lain kerana kepenatan yang teramat. Mujur aku bijak menanganinya dengan magis muzik penyembuh. Tidak kurang juga dengan Olivia yang pada asalnya banyak menghabiskan masa di bilik kesihatan Muzika Melodia.

Suara aku... semakin lama semakin pulih apabila rajin dipraktikkan. Magis yang sebelum ini tidak boleh aku lakukan pun semakin elok diperbaiki. Apa yang aku boleh kata, kehidupan aku semakin baik sekarang ini.

Lagu untuk Le Musique Concurrence, harus aku ubah kerana pertandingan kali ini... melibatkan salah seorang keluarga Chanson, bukan? Aih, malasnya!

Esok bakal jadi hari yang bersejarah buat kami semua. Aku harap, segalanya akan berjalan dengan lancar sebab... Sebab apa?

Sebab aku tak sabar nak ke Perancis! Tempat kelahiran aku dan tempat tinggal asal keluarga aku.

Errr... Atau sepatutnya CrystalVale yang sepatutnya jadi tempat asal keluarga aku? Ah, apa-apa pun, aku nak ke Perancis juga! 

Baiklah, sudah lewat malam. Aku nak tidur supaya dapat rehat yang cukup. Diary, terima kasih kerana menjadi pendengar setia aku.

*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*


~~~~~~~~~~~


Suasana agak hiruk-pikuk di dalam sebuah dewan besar yang mewah dihiasi tirai emas dan tempat duduk penonton yang bertingkat-tingkat. Tingkat atas sekali merupakan tempat yang sangat mewah dengan warna diraja kerana di situlah keluarga diraja dari setiap negara ditempatkan. Di bahagian bawah sekali pula, para pengadil sudah pun duduk di tempat masing-masing dengan kertas dan pen di tangan. Riak wajah ditayangkan penuh serius.

Itu apa yang penonton lihat. Tetapi bagi kami....

Bahagian belakang pentas amat sibuk dengan larian pekerja yang bertugas manakala para perserta pula mundar-mandir akibat kesibukan dalam latihan, wajah yang harus disolek dan pakaian seragam sekolah yang harus dipakai. Mereka yang terlibat dalam acara pembukaan dan penutup turut sibuk di situ.

Dari kejauhan, aku dapat lihat abang yang lelah memberikan pelbagai arahan kepada ahli kumpulannya memandangkan mereka bakal menjadi kumpulan pertama bagi menaiki pentas. Hal ini demikian kerana, merekalah yang bakal melakukan acara pembukaan.

Itu yang abang selalu sibuk sejak kebelakangan ini.

 "Kita kan kena pakai baju sekolah...." Reuben mula bersuara apabila kami semua menyepi akibat gementar.  "Tapi baju sekolah Hailey..." Dia membiarkan ayatnya tergantung.

Habis semua menoleh ke arahku. Aku tidak terkecuali dalam memandang uniform sekolahku. 

Mula-mula aku tidak faham, tidak lama kemudian aku sedar sendiri. Uniform sekolah pelajar biasa sedikit berbeza berbanding pelajar yang berkelebihan untuk menyanyi. Dan aku? Ada semuanya.

Habis aku nak pakai baju apa? 

"Alah, pakai sajalah baju tu. Melambangkan Muzika Melodia juga." Tutur Justin sebagai jawapan Reuben. Akhirnya, semua mengangguk faham.

Suara pengacara majlis yang tiba-tiba menggamatkan suasana mengejutkan kami semua. Serta-merta debaran di dada mula terasa.


~~~~~~~~~~~


Sembilan kerusi telah disediakan betul-betul di bahagian tengah dewan dan di hadapan pentas. Kerusi-kerusi tersebut pula diapit oleh panel juri yang sibuk memberi markah kepada setiap kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir ini.

The Blue Silhouette melangkah keluar dari belakang pentas dan perlahan-lahan menuju ke kerusi yang telah disediakan untuk mereka dalam kegelapan itu. Hanya cahaya dari pentas besar itu sahaja yang mampu membantu penglihatan mereka.

"Ha, selesanya." Ucap Mayu setelah selamat mendarat di atas kerusi empuk tersebut. 

Buat pengetahuan semua, kerusi ini khas buat kami sekumpulan.

Olivia berlari-lari anak menuju ke tempat duduknya. Belum sempat dia melabuhkan punggung, Lydia sudah bertanya. "Tak apa ke macam ni, Olivia? Tahun ini kan tahun terakhir awak."

Terhenti seketika niat Olivia untuk segera duduk sebelum tersenyum manis ke arah Lydia. Dia segera menghempas tubuh ke kerusi sambil berpeluk tubuh menonton persembahan yang sedang berlangsung.

"Heh, ini lebih okey berbanding bertanding dengan mereka. Tahun terakhir saya untuk Le Musique Concurrence ini benar-benar bermakna buat saya." Jawabnya jujur sekali.

Ha, nak tahu apa sebenarnya yang terjadi? Kami sebenarnya tidak terlibat dalam pertandingan ini. Tapi, kumpulan aku telah ditugaskan untuk menghiburkan mereka yang bertandingan dengan melakukan persembahan selepas berakhirnya persembahan penutup.

Kalah atau menang buat mereka, aku akan berikan mereka peluang untuk bergambar dengan aku. Itu sudah termaktub dalam perjanjian yang direka sendiri oleh pengasas baru pertandingan ini iaitu ayah aku sendiri.

Buat aku ni macam artis pula. Aduhai.

"Awak rasa kumpulan mana yang menang?" Soal Justin kepada aku, diselangi Lydia di tengah.

"Manalah saya tahu. Saya bukan juri." Balasku malas. "Tapi ada satu kumpulan apatah nama dia dari sekolah The Echanted Melody Garden tu best. Alah, baru berapa kumpulan. Banyak lagi ni ha kita nak kena tengok."

Lydia mencebik geram apabila kami berbual di antaranya. "Dahlah, saya nak dengar persembahan mereka." Rungutnya rimas. Aku dan Justin tertawa kecil lalu menumpukan perhatian pada pentas di hadapan.

Bunyi kerusi yang diletakkan ke sisi aku menarik perhatianku. Aku segera menoleh bagi melihat sang gerangan yang berani-berani mengambil tempat khas kami ini. Elok sembilan, jadi sepuluh pula.

"Hai anak mama." Sapa mama kemudian selamba sahaja duduk di sebelah aku.

Baru nak marah, terus tak jadi.

"Mama, terkejut saya. Macam mana boleh ke duduk sini?" Tanyaku hairan.

Mama aku memuncungkan bibirnya lalu berpaling ke hadapan. "Dah kalau bukan keturunan Chanson, mama tak boleh duduk sini?" Balasnya dengan soalan.

Ah alamak, mama merajuk ke?

"Aih, mana adalah mama." Pujukku lalu memeluknya erat. "Mama kan Katheriane Chanson, mama kesayangan kami! Kalau bukan sebab mama, manalah kami nak dapat suara yang sedap. Dah sedap sebab Chanson, bertambah sedaplah lagi dengan adanya suara mama."

Aku dapat terdengar suara angin mama kerana dia sedaya upaya untuk tidak tertawa di dalam majlis rasmi ini. Dalam diam, dia memelukku dengan lebih erat. Adoi mama, nak bunuh aku ke?

"Eh, bonjour my queen." Sapa Justin setelah terlihat aksi berpelukan kami berdua itu.

Mama tersengih riang. "Justin, janganlah panggil macam tu. Peliklah." Tegurnya geram meskipun dengan wajah ceria.

Justin tertawa kecil disambuti dengan mama. Aku dan Lydia pula jadi orang tengah perbualan mereka.

Hmm, apa-apa sajalah. Malam ni, aku harus nikmati melodi dan muzik yang dihasilkan oleh semua kumpulan yang bakal bertanding. Pelbagai teknik dan kejutan mereka aku perhati dengan sungguh-sungguh. 

Berkemungkinan besar yang aku bakal jadi penentu kemenangan mereka, bukan?











Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now