💎24💎

5.5K 463 7
                                    

Ethan berbual dengan Olivia sekian lamanya sehingga budak berdua yang mana sedang berdiri berdekatan dengan mereka kini hilang daripada pandangan.

Olivia tidak menghiraukannya malah merancakkan lagi perbualan apabila kelibat Faron tidak lagi dilihatnya. Ahaha, tenangnya hati!

Namun, rasa itu tidak sampai kepada Ethan. Dia berasa resah. Ke mana pula perginya teman wanitanya itu?

Bayangan Faron terbit di pemikiran. Bibirnya mula diketap-ketap. Kau tunggu Faron Aden!

♪♪♪♪♪

Ha? Aku terus sahaja melepaskan segala peganganku termasuklah buku-buku yang kupegang.

"Haha, jangan takut sangat. Aku tak kisah pun." Faron berkata dengan nada jengkel. Sengaja ingin membuatku berasa annoying.

"Tapi kan Hailey, kenapa nama keluarga kau tak ada? Dan... Kau punya kelebihan, dia like, bergetar-getar. Skrin ni rosak ke apa?"

Aku yang mencebik sedari tadi mula mendongak bagi melihat skrin tersebut semula. Yea... Simbol piano iaitu tanda lahirku kelihatan bergetar-getar di tempatnya. Secara tiba-tiba, ia bertukar-tukar kepada alatan yang lain.

"Eh? Apahal tu?" Soal Faron, terkejut. Simbol tersebut bertukar dengan lajunya.

Aduh! Nampaknya, aku tak sefokus seperti aku di blok Izili pada hari itu yang mana aku memegang kuat tanda lahirku. Looks like I put my guard down!

Aku hanya menelan liur. Tiada apa yang harus aku balas kerana aku tidak tahu apa-apa! Kalau aku bongkarkan rahsia sendiri, aku akan terjerat dengan Lilac dan satu lagi, si mamat Aden ni! Tak pasal-padal aku akan dikutuk pelajar dan dikejar populariti di luar sana.

Ish, tak sukanya!!

"Hailey!" Satu jeritan memanggil namaku. Aku menoleh dan wajah insan yang tidak inginku lihat itu hadir di layar mata.

Bukan Ethan, tapi eh jap...

Memang Ethan! Argh, kenapa dia kena ada dekat sini?!

Well, at least dia dah selamatkan aku daripada skrin yang bergetar-getar tu tapi... Kenapa mesti dia?

"Hailey!"

Eh? Suara lain pula yang panggil aku.

Aku menoleh ke arah yang berlawanan dengan Ethan. Okay, ayuh kita semua bayangkan yang aku berada di tengah-tengah, Faron di belakangku sedang memandang skrin, kemudian Ethan datang dari kiri dan suara lain itu panggil aku dari kanan.

Selepas terlihat wajah itu, dengan gembiranya aku berlari lalu memeluk bahunya. "Min Hyuk! Yeay, kenapa awak ada dekat sini?"

Min Hyuk dengan refleksnya memegang tanganku lalu mengukir senyuman yang jarang ditunjuknya. "Saja. Kebetulan dapat masuk pula haha."

"Awak dah jadi ahli Music Autumn?" Soal Min Hyuk dengan ramah sekali. Uish, dengan aku okey pula kau ni bercakap.

Aku hanya tersengih gembira. Al-maklumlah, dialah peneman aku masa aku seorang-seorang kena pulau hari itu.

"Sudah. Awak pula macam mana boleh masuk?" Soalku pula.

"First timer memang boleh masuk. Belum cek lagi sama ada saya layak atau tidak untuk Le Musique Concurrence. Kalau tidak, manghaetda (mati)." Katanya sambil melirik pelajar yang tidak layak untuk berada di sini. Terpelanting jauh keluarnya.

"Okey, kalau macam tu, jom kita pergi cek di 'The Detector'!" Ajakku sambil menarik tangan Min Hyuk dengan laju. Dia segera berjalan laju bersamaku.

Maaf Min Hyuk main acah-acah sweet. Aku nak lari! Nak lari!

Tak tahan aku. Mula-mula Ethan, pastu Faron, pastu Ethan balik! Mampuih kalau dua-dua tu ada sekali. Maka, engkaulah jadi korbanku Ahn Min Hyuk.

Apabila kami sudah mula berjalan jauh, aku segera menarik tangan Min Hyuk dan berlari pantas. Dia yang terkejut segera turut berlari sehingga ke hujung Music Autumn. Tempat ni kan macam bilik je so kami berada di sudut dinding.

"Kenapa ni?" Soalnya mengah.

Aku melirik ke kiri dan ke kanan sebelum menarik nafas panjang.

"Tak, bukan apa. Saya penat awak! Saya penat!" Tuturku dengan bibir yang terketar-ketar.

Entah kenapa, aku jadi takut dan terasa seperti ingin meluahkan segalanya pada Min Hyuk.

"Relax Hailey. Relax! Bagitahu saya kenapa." Ucapnya tenang sambil memegang bahuku perlahan. Seperti dia ingin menyalurkan tenaganya kepadaku.

"Kejap." Ujarku.

Kini, aku sedang memejamkan mata bagi mendapatkan fokus. Sudah lama aku mempelajari magis ini tetapi tiada satu masa pun yang aku berjaya melakukannya.

"Piano invisible." Seruku dalam loghat Perancis. Tangan kiriku didepakan ke hadapan manakala tangan kananku pula ke belakang.

Magis ini lebih mudah menggunakan bibit suara merdu seperti yang Faron lakukan sebelum ini tetapi aku, tidak ingin melakukannya di hadapan Min Hyuk.

"Hailey, apa yang awak buat ni?" Soal Min Hyuk dengan resah sambil melihat sekeliling. Ketakutan jikalau seseorang melihat aksi pelikku barangkali.

Apabila tiada apa yang berlaku, aku hanya mengeluh nafas panjang. "Huh, tiada apa yang berlaku. Aku... Masih lemah." Keluhku.

"Urgh, saya tak boleh guna magis pelindung. Awak, jom keluar dari sini."

"Tapi saya belum cek kelayakan saya lagi."

Aku mengeluh perlahan sambil bercekak pinggang. "Fine..." Balasku sebelum menyambung. "Saya nak pinjam Hoodie awak."

"It would be too big for you." Katanya sambil menahan hoodie-nya daripada ditarik olehku.

"Tapi saya nak nyorok!" Rungutku lalu mencebik.

Min Hyuk ketawa kecil sebelum membuka hoodie-nya lalu diletakkan ke atas kepalaku. Dia mengintai wajahku yang tertutup lalu tersenyum manis.

"Saya tahu nak buat apa kalau awak macam ni. Ikut saya."

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now