💎54💎

4.2K 389 19
                                    

Pejabat Lady Beatrix. Sudah ketuk pintu, tidak berjawab. Apabila tombol dipulas, berkunci pula pintu tersebut.

"Betul ke beliau panggil kita?" Talha bertanya sambil berpeluk tubuh. Dia kelihatan tertekan.

Keluhan kecil Justin lepaskan sebelum mengetuk sekali lagi. Apabila tiada jawapan, dia menyandarkan dirinya pada dinding. "Kita kena prank ke apa?"

"Ethan." Desisku apabila teringat akan memori sewaktu aku dikenakan sebegini. Diarahkan untuk ke pejabat sekolah, tetapi lain pula yang menunggu. Sungguh aku geram.

"Sabar Hailey. Jangan sebut kuat-kuat." Pujuk Lydia dalam gaya berbisik. Dia menepuk bahuku berkali-kali agar kekal tenang.

Aku mengambil tempat di sebelah Faron yang sedang duduk di kerusi yang disediakan. Jejaka itu sibuk sungguh bermain dengan permainan videonya. Mujurlah ada tempat menunggu di hadapan bilik Lady Beatrix memandangkan itulah satu-satunya bilik pengetua yang ramai dikunjungi orang.

Untuk makluman semua, Lady Beatrix bukanlah orang yang biasa-biasa. Dia sentiasa melibatkan diri dengan sekolah-sekolah elit yang berada di negara-negara lain. Hanya Muzika Melodia sahaja yang ditadbir sepenuhnya olehnya. Muzika Melodia, satu-satunya sekolah muzik yang sedikit lain daripada yang lain.

Sejarah mengatakan bahawa kelebihan Lady Beatrix yang mahir bermain oboe itu sentiasa mewujudkan perasaan kagum kepada setiap yang mendengarnya. Aku turut tertanya-tanya bagaimanakah aksinya apabila dia menunjukkan kehebatannya. 

"Hailey, fikir apa tu?" Muncul satu suara dari arah belakang. Terasa sepasang tangan sedang memicit bahuku sikit-sikit.

Aku menoleh pantas. Terperanjat aku tatkala terlihat Lady Beatrix sedang tersengih mesra. 

"Aah!" Aku menjerit lalu jatuh ke belakang.

Sejurus itu, ahli kumpulan kami yang sedang sibuk dengan hal masing-masing segera memandang aku yang sudah tergolek di atas lantai. Di bahagian belakang kerusi yang aku duduki tadi itu pula kelihatan Lady Beatrix yang sedang berdiri menekup mulut.

"Oops." Sebut Lady Beatrix atas perbuatannya yang tidak sengaja.

"Lady Beatrix?!" Mereka yang lain menyebut nama wanita itu apabila perasan akan kehadirannya. Riak terkejut terpapar pada wajah masing-masing.

"My lady, sejak bila..." Justin membiarkan ayatnya tergantung dan membantu aku daripada terus terbaring di atas lantai.

Lady Beatrix memasukkan kunci ke dalam tombol pintu biliknya. "Kalau kehadiran saya pun kamu tidak dapat kesan, bagaimana satu hari nanti magis kamu itu bakal dibawa berlawan?" Soalnya dalam teka-teki yang dapat kami teka.

Gayanya percakapannya seperti menuju kepada aku, kerana aku tidak menyedari kehadirannya. Maknanya, dia menyuruh agar aku sentiasa berjaga-jaga oleh sebab Lilac yang boleh muncul pada bila-bila masa sahaja.

Kami melangkah masuk ke dalam pejabatnya dan diarahkan untuk duduk di kerusi yang terdapat di dalam pejabat tersebut. Dia menghilangkan diri seketika di pejabat persendiriannya sebelum duduk di sebuah sofa tunggal yang berada di hadapan kami.

Lady Beatrix meletakkan sebuah tablet di atas meja yang memisahkan kami dengan dirinya. Satu hologram muncul dan menunjukkan tiga orang ahli kumpulan Aesthetic Sketch. 

"Kenapa? Apa jadi?" Olivia bertanya keliru. Ketiga-tiga ahli yang kami lihat itu sedang berwajah sugul.

Risau? Ya, kami risau. Mereka boleh dikira sebagai teman seperjuangan yang memerah otak masing-masing untuk terus mara ke hadapan. Untuk terus menuju ke destinasi masing-masing iaitu Amerika Syarikat dalam menyertai Le Musique Concurrence yang bakal diadakan di sana.

Muzika MelodiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang