🌸Pengenalan di tengah cerita🌸

6.2K 416 67
                                    

Hai semua!

Baiklah, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai kewujudan kisah ini!

Muzika Melodia ini memang idea original saya dan saya amat meminati muzik. Tapi, saya tak pandai main satu alat muzik pun. Setakat tahu² macam itu sajalah. Tapi kalau menyanyi? Oh, of course saya boleh, hahaha! Perasankan?

Saya pun, sangat meminat bahasa! Saya boleh berbahasa Melayu (well ofc), bahasa Inggeris, bahasa Jepun (half of it) dan bahasa Arab (skrg dh lupa ::>_<::). Kini, saya sedang belajar bahasa Polish dan bahasa Perancis.

Jadi, bagi menarikkan cerita ni, saya gunalah pelbagai bahasa untuk tarik minat pembaca.

Oh, perasan tak yang cerita ni ditulis daripada pandangan seseorang tapi masih tunjukkan pandangan orang lain? Contoh, Hailey masih bahasakan diri dia aku walaupun Faron yang tengah ambil alih cerita.

Itu cara saya sebab, bosanlah bila asyik daripada pandangan protagonis je. Lagipun, kalau asyik guna 'Hailey' banyak² kali pun saya bosan. Saya ni... tulis cerita untuk saya ke untuk pembaca? 😂😂

Btw, cerita ni wujud sebab, saya kan penulis (lah sangat). Idea mesti berterabur sana-sini so mana-mana yang dapat kutip utk dijadikan cerita, kita hasilkan. Tapi, sebenarnya saya juga seorang yang suka melukis jadi saya actually nak buat komik pasal cerita ni dan menghantarnya dekat Webtoon. Sebab itulah, nama²nya di dalam bahasa Inggeris. Saya pun ada simpan draft cerita ini dalam bahasa Inggeris. Huh.. 😖

Tapi, saya tak pandai Anatomy dan lukis pemandangan or landscape. So, saya frust dan jadikan idea ini sebagai sebuah novel. Jeng jeng, sebab itulah ia terhasil.

Watak² tu, saya ada lukis juga. Tapi tak adalah cantik mana haha.

♪♪♪♪

Ini ialah gambaran Hailey Chanson

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini ialah gambaran Hailey Chanson.

♪♪♪♪♪

Actually, novel ini sudah saya masukkan ke dalam Wattys. Maka dengan itu, doakanlah saya terpilih untuk menang ya. Terima kasih! Hal ini demikian kerana, setiap jalan cerita dan pengakhiran kisah ini sudah termaktub pada sinopsis yang telah saya tuliskan kepada duta Wattpad untuk memasuki pertandingan tersebut.

Terima kasih kerana membaca benda alah yang membosankan ni! Tata titi tutu, saya pergi dulu.



Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now