💎68💎

3.7K 388 7
                                    

I never felt that it was wise to wish too much,
To dream too big would only lead to being crushed.
Then I met you, you weren't afraid of anything,
You taught me how to leave the ground, to use my wings.

I never thought a hero would ever come my way,
But more than that, I never thought you'd be taken away...

Now it's cold without you here,
It's like winter lasts all year,
But your star's still in the sky,
So I won't say goodbye,
I don't have to say goodbye.

"... You can sing..."

Satu suara menerjah pendengaranku. Aku terus sahaja menekup mulut menggunakan tangan. Tanpa berpaling, aku mendiamkan diri di taman pokok itu. Niat aku untuk keluar pada tengah malam di sini adalah untuk menenangkan hati. Tidak kusangka pula akan ada yang perasan aku di sini.

"Apa yang saya dengar daripada Faron, kamu seorang pemain piano." Suara itu berkata lagi dari arah belakang.

"Betullah telahan Fayre. Kamu anak terakhir keluarga Chanson, bukan?" Soalnya lagi.

Please, janganlah kenal aku. Aku tidak mahu disakiti dan aku tidak mahu keluarga aku juga disakiti. Kenapa kami dilahirkan berbeza daripada mereka yang lain?

"Are you okay, dear?

Aku diam tidak menjawab. Mataku dipejam rapat sebelum menghela keluhan kecil.

"I'm fine. Thank you madam." Balasku setelah berdiam diri buat beberapa minit.

Dia mendekati aku lalu memegang bahuku lembut. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk duduk di sebelahku.

"Madam, tolong jangan beritahu sesiapa tentang ni. Saya tahu lambat-laun, identiti saya akan seluruh dunia tahu. Tapi saya tak mahu kehilangan orang yang saya sayang lagi. Saya-"

"Relax dear. Saya tak akan beritahu sesiapa. Perkara ini... Memang sukar untuk saya proses. Tidak saya sangka, seorang Chanson sedang berada di hadapan saya kini. Salah seorang keluarga yang menyumbang kelebihan buat keluarga kami." Tuturnya perlahan seraya memeluk bahuku mesra.

Aku mendiamkan diri sebelum mengurut kepala perlahan. Aku tidak faham apa yang diperkatakannya. Banyak sungguh rahsia dalam keluargaku ini.

"Madam." Panggilku memohon simpati. "Boleh tak madam ceritakan apa yang madam tahu tentang keluarga saya?" 

Emak kepada Faron itu tersenyum lalu mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang. "Boleh..."

"Melalui sejarah kuno yang pernah saya kaji, keluarga Chanson adalah pemerintah sebenar di negara yang dipanggil CrystalVale. Waris pertama Chanson ialah manusia pertama yang berjaya menguasai magis muzik. Bagi memelihara kesejahteraan dunia, kuasanya dibahagi kepada rakyat mengikut magis muzik yang sesuai. Beliau seorang yang sangat budiman."

"Makhluk mistik dunia ini sangat menyayangi beliau kerana beliaulah yang memelihara mereka daripada diganggu manusia yang gila kuasa. Namun sejak hilangnya beliau, takhta di CrystalVale sudah jatuh ke atas tangan seorang yang kejam. Waris beliau telah lari menyembunyikan diri. Maka, keluarga Chanson hanyalah dikenali sebagai keluarga yang terhebat dalam bidang muzik."

Hah, itulah yang aku nak dengar. Persoalan yang memberat fikiran kini beransur-ansur hilang. Hati aku terasa ringan.

"Madam... Thank you..." Tuturku lalu teresak-esak menangis. Aku segera memeluknya sebagai tanda berterima kasih.

Dia membalas pelukanku dengan erat sekali bagai mahu memberikan kekuatan buatku. Sudah lama aku tidak merasakan kehangatan pelukan daripada seseorang yang boleh dianggap sebagai seorang ibu.

"Macam mana... Madam tahu?" Soalku hairan pula. Banyak betul yang dia tahu.

Nasib baik dia bukan makhluk mistik. Kalau tidak, semua nak kena tahu masa genting. Rahsia sana, rahsia sini. Haih.

Dia tersenyum manis. Tangannya diangkat agar aku dapat melihat cincin zamrudnya manakala rambutnya yang menyembunyikan telinga diselak supaya aku dapat melihat subangnya yang bewarna keungguan.

Lilac dan Zamrud?

"Pembelot?!" Tanyaku meninggi suara.

Cepat-cepat dia menggenggam tanganku supaya memperlahankan suara. "Tidak." Balasnya untuk mencari kepercayaanku. "Former Lilac dan bekas ahli Zamrud. Saya? Sahabat Katheriane. Anak didikan Professor Lucas." Sambungnya lagi.

Anak didik Professor Lucas? Pakar muzik terkenal itu?

Mama? Dia sahabat mama?

"Madam kenal mama? Mama dekat mana sekarang?"

Senyumannya memudar. Dia menggeleng kecil. "Maaf, saya tak tahu. Apa yang pasti, dia masih hidup ya sayang." Balasnya sebelum mengusap kepalaku lagi.

Tidak lama kemudian, dia bangkit daripada duduk dan menghulurkan tangan untuk aku sambut. "Sudah, pergi masuk tidur ya. Dua hari lagi kamu akan pulang ke Muzika Melodia. Rehat yang cukup harus kamu dapatkan." Arahnya setelah aku bangkit dari duduk.

Aku mengangguk faham. "Baiklah."


~~~~~~~~~~


"Hailey, awak okey?" 

Lapan orang manusia sedang berdiri di hadapan bilikku dengan wajah risau. Lapan orang ya guys, lapan orang.

Serius semua ada dekat sini sekarang ini.

"Kenapa tanya?" Tanyaku pura-pura tidak faham.

Mereka semua telah menayangkan wajah masam. Orang tanya kita, kita tanyalah mereka pula kan? Hahahahah!

"Well geng, dia nampak okey. Jadi, bolehlah kita buat latihan!" Lydia bersuara riang kemudian memeluk tangan kananku. Mayu juga tidak kurang juga dengan Lydia lalu memeluk tangan kiriku pula.

Olivia bercekak pinggang dengan anggukan yakin. "Alright, let's go team. Kita breakfast dulu." Ajaknya tegas.

Aku mengekori mereka dengan senyuman manis. Walaupun keluargaku dalam bahaya, aku tidak boleh risau sepanjang masa. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. 

Kau tunggulah Lilac. Tunggu Hailey Chanson sendiri yang datang dekat engkau.

"Betul ke dia okey? Nampak senang hati je tu." Bisik Lydia kepada Justin yang berada di sebelahnya.

"Kalau kamu betul-betul kenal Hailey, kamu tahulah apa yang dia fikirkan." Jawab Justin tenang. Selepas itu, dia berjalan pantas ke sisi Olivia.

Lydia mencebik geram. Tahulah identiti-nya sebagai seorang Zamrud terbongkar, dikenakan sebegini pula oleh bakal ketua mereka yang seterusnya ini.



Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now