💎6💎

7.5K 614 23
                                    

"Hah..." Aku mengeluh lalu merebahkan diri ke atas katil. Telefon pintarku capai lalu membuka kata laluan.

Mayu yang sedang menelaah buku di meja belajarnya melihatku yang keletihan. "Hailey, awak pergi mana tadi? Lama saya tunggu. Last-last, saya pergi saja." Katanya.

"Maafkan saya. Ada hal tiba-tiba, hahahaha..." Balasku dengan kekok. Kemudian, mataku terus melekat pada skrin telefon tatkala lagu pembukaan Anime kegemaranku kedengaran.

Keadaan menjadi sunyi seketika.

"Love Live?" Soal Darya yang sedang berehat di atas katil yang berada di tingkat atas katilku. Dia merupakan salah seorang daripada teman bilikku.

Okey, pada ketika ini, masuklah babak yang harus menggunakan bahasa Inggeris kerana Darya merupakan seseorang yang berasal dari Russia. Dia langsung tidak fasih menggunakan bahasa lain kecuali bahasa Inggeris atau bahasa negaranya sendiri.

"Yeah." Jawabku sambil ketawa kecil. Yalah, diriku seperti keanak-anakan pula.

"I like to watch Anime too but not about Idols." Darya berkata sambil menjengukku yang berada di katil bawah.

Aku hanya tersenyum lalu mengubah posisi daripada berbaring kepada duduk. Tangan kananku dijulang ke atas. "I'm gonna be an Idol, one day. Hahahaha!" Ujarku sambil ketawa gila.

"Ha, Love Live. That anime are everywhere in Akiba. There's a lot of posters about them." Kata Mayu dalam bahasa Inggeris agar mudah difahami oleh Darya.

Mataku membulat. Aku terus melonjak kegembiraan. "Wah! Saya nak pergi Akihabara lah cuti nanti!" Ujarku teruja sambil memeluk Mayu.

Mayu hanya memberikan senyuman manis. "Boleh. Nanti awak pergi sekali dengan saya."

"Wah!!" Jeritku kegembiraan.

Darya memandang kami dengan mata yang bersinar. Dia mengambil nafas sebelum berkata. "Can I join you guys?"

Terkejut? Jangan terkejut, ya. Darya hanya boleh faham bahasa kami dengan sedikit sahaja.

"Boleh!" Tutur Mayu dengan gembira. Selepas itu, kami bertiga ketawa gembira.

•••••

"Saya nak ambil angin sekejap ya." Pintaku sambil melangkah keluar dari bilik. Selepas mendapat anggukan daripada Darya dan Mayu, aku menutup pintu.

Aku berjalan mengelilingi bangunan dorm perempuan sambil mendengar lagu kegemaranku. Angin malam yang segar itu amat rugi jika tidak dihirup.

"Oi." Satu suara menerjah dari belakang. Aku menoleh ke arah pemilik suara.

"Faron Aden? Kenapa ada kat sini? Bukan ke ni laluan dorm perempuan?" Soalku hairan. Bagaimana ada lelaki di hadapan dorm perempuan?

Dia berpeluk tubuh sambil merenungku dalam. "Kau cuba tengok sekeliling."

Aku mengamati keadaan sekeliling sebelum terkejut terhadap apa yang terhias pada layar mata.

"Dorm lelaki?!"

"Ya, kau ni berjalan sampai tak tahu mana arah tuju ya. Lain kali, mata tu hadap jalan. Jangan hadap telefon sahaja." Tegurnya keras.

Jelingan tajam aku berikan kepadanya. "Yalah-yalah. Maafkan saya. Alamak! Dah lewat ni. Saya kena balik!" Ujarku selepas melihat jam di telefon.

"Hoi! Siapa di sana?" Soal seorang pengawal dari arah sisi kami yang kejauhan.

Aku dan Faron yang terkejut terus membatukan diri.

Namun, belum sempat pengawal yang bertanya tadi itu menyuluhkan lampunya pada kami, Faron dengan segera memelukku agar tidak dapat dilihat oleh pengawal tersebut.

Apakah?!

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now