💎77💎

4.2K 401 21
                                    

"Keluarga Chanson tadbir dunia semula?" Jejaka A bertanya kepada sahabatnya sambil menayangkan surat khabar yang sedang dibacanya.

Sahabatnya, jejaka B melabuhkan punggung ke sebelah jejaka A. "Eh? Selama ni siapa yang tadbir dunia kita?" Soalnya, hairan.

"Saya rasa, raja yang orang kata kejam tu. Bila semua tak kena dengan dia, habis mengamuk teruk. Tapi nasib baik CrystalVale jauh di tempat tersembunyi." Wanita K muncul dan berbual bersama mereka.

Surat khabar tersebut dibaca bersama. Rimbunan daun luruh mula gugur ditiup angin dingin. Pejalan-pejalan kaki yang berada berhampiran mereka turut membaca berita sensasi tersebut melalui akhbar mahupun media sosial.

Tidak lama kemudian, salji mula turun menghiasi suasana bumi Ochestra World.


~~~~~~~~~


"Senior Talha buat apa tu?" Tanya Faron meleret. Kepalanya dijengukkan ke dalam bahagian ruang santap istana tersebut.

Talha yang sedang mengacau airnya menggunakan sudu menjeling juniornya itu. "Buat milo." Balasnya pendek lalu menoleh ke arah lain.

"Milo tu apa?!" Sekejap sahaja Faron sudah berdiri di hadapan Talha. Matanya tajam merenung air coklat pekat yang berada di dalam cawan senior kegemarannya itu.

Keluhan kecil Talha lepaskan sebelum memberikan Faron satu peket panjang yang berwarna hijau. "Milo tu air. Nah, buat sendiri kalau nak." Jawabnya kemudian berlalu keluar sambil membawa secawan milo panas. Enak jika diminum sewaktu musim sejuk begini.

Faron segera mencari cawan yang ada. Matanya melirik ke arah beberapa orang dayang istana yang sedang memandangnya dari jauh. 

"Nak apa?" Soalnya, sedikit seram apabila dipandang sebegitu.

"Tuan ini, teman lelaki puteri kedua keluarga Chanson, ya?" Salah seorang daripada dayang-dayang tersebut bertanya. Mereka yang lain pula bagaikan tidak sabar menunggu jawapan.

Terbit satu senyuman kecil di bibir Faron. Dia menjongketkan kening kirinya sambil memegang secawan milo yang baru disiapkan dengan penuh gaya. "Kalau ya, kenapa?"

Sekumpulan dayang istana tersebut tersenyum sendiri lalu mengangguk faham. Mereka kemudiannya berlalu pergi seraya berbual sendiri.

"Dah kenapa?" Gumam Faron sebelum keluar dari ruang santap. 


~~~~~~~~~


"Huh..." Aku mengeluh perlahan. Kerusi taman yang dilitupi sedikit salji aku duduki dengan penuh nikmat. Sejuk pun sejuklah. Janji dapat duduk rehat.

Pohon indah yang menemukan aku bersama moyangku itu aku tenung dengan penuh asyik. Gugurnya dedaun yang lesap ketika jatuh ke bumi, membuatkan aku tersenyum kecil. Beberapa bunga yang telah terbentuk oleh sentuhanku bertaburan di atas lantai.

Penat. Berapa lama kami sekeluarga harus menghadap media dan wartawan yang berjaya memasuki negara ini. Mata aku berpinar sebab hadap kamera yang terkelip-kelip tanpa henti. 

Abang dan kakak, mereka sudah biasa dengan perhatian itu. Sambil ayah berucap di hadapan bersama mama di sisi, mereka sempat melambai ke arah semua kamera yang ada. Aku pula hanya mampu menepuk dahi melihatkan perangai mereka yang begitu.

Keadaan bertambah gamat sewaktu kami sekeluarga keluar dari pintu istana berlima. Apa yang peliknya buat mereka ialah, keluarga Chanson ada lima orang? Siapakah yang terakhir itu? Akulah orangnya.

Jadi, kenalah aku jawab semua soalan yang ada. Bermula dari asbab aku disembunyikan dan bagaimana aku boleh terlepas daripada cengkaman orang jahat sewaktu memasuki Muzika Melodia.

Oh, nak tahu kisah selepas aku sedarkan diri hari tu? Aku jumpa Lady Beatrix sedang memarahi Hudson a.k.a Jeremie La Muzika kerana bertindak terburu-buru. Akhirnya, aku sendiri mempertahankan Hudson sebab dialah yang banyak membantu kami di sini. Siapa suruh Lady Beatrix sampai lambat kan?

Lepas aku tegur tu, mereka berdua berbaik semula. Tapi apa yang peliknya, hubungan mereka macam ada something je? Apa-apa pun, aku tak nak ambil tahu.

"Termenung apa tu, Hailey?" Suara Lydia mengejutkan aku daripada lamunan. 

Aku tersengih memandangnya. Bukan Lydia sahaja ada di sini. Dia bersama Min Hyuk, Mayu dan Reuben.

Rindunya kumpulan yang ini. Kami berlima selalu spend time dekat kafe sama-sama dulu. Walaupun Lydia tiba dalam kumpulan kami ini agak lewat, mereka yang lain tetap menerimanya dengan baik.

"Kenapa senyum sendiri tu?" Tanya Mayu pula. Dia turut tersenyum apabila terlihat senyuman aku.

"Tak ada apalah. Teringat masa kita semua jumpa dulu-dulu." Jawabku mengimbau kenangan lama. Tidak sangka pula berjumpa dengan mereka ini akan membawa aku ke masa sekarang.

Kemenangan buat keluarga aku ini, semuanya dengan bantuan mereka juga.

"Jadi, apa yang membuatkan kalian berempat datang ke sini?" Soalku pula.

"Saja." Balas Min Hyuk sambil memasukkan tangannya ke dalam poket.

Reuben mengambil tempat di hadapan aku. Beberapa saat selepas itu, dia terjerit kecil akibat kesejukan yang merenjat kulit. Semua tertawa melihat dirinya yang melompat kesejukan.

"Aduh, tak sejuk ke Hailey?" Tanya Reuben yang sibuk membersihkan seluarnya daripada salji yang melekat.

"Sejuk." Balasku pendek sebelum menyambung. "Tapi sini seronoklah. Hati saya tenang." 

Lydia menghampiriku lalu menarik tangan aku. "Dah, jom masuk dalam. Kalau demam nanti susah. Awak ni, tak kisah ke pasal Faron?" Bebelnya.

"Kenapa dengan Faron?" Soalku, tidak faham.

"Awak tak perasan ke yang dia tak ada dekat sini sekali kan? Nanti dia tercari-cari, manalah budak-budak tahun satu ni..." Balas Mayu seraya bercekak pinggang.

Diri aku yang dalam pakaian gaun labuh bewarna kelabu ditarik pantas menuju ke istana. Terkial-kial aku mengikuti langkah mereka dengan kasut yang bertumit tinggi. Maklumlah, disebabkan sidang media tadi, aku dipaksa memakai sebegini untuk menunjukkan fomaliti.

"Nak saya dukung ke?" Tanya Justin yang terlihat kami dari tingkat atas. Kepalanya dijengukkan keluar melalui tingkap biliknya bagi melihat kami di tingkat bawah.

Aku segera mendongak dan menggeleng laju. "Buat apa? Buang tenaga awak sahaja." Balasku lalu mencabut kasut yang dipakai.

Kami berjalan-jalan mengelilingi istana. Actually, aku pun tak tahu mereka nak bawa aku ke mana.

"Hailey, hari tu masa pergi rumah Faron, awak ada cakap awak teringin nak rumah macam istana kan?" Lydia menyoal tanpa memandang aku yang berada di belakangnya.

"Sekarang ni, awak sendiri dapat duduk dalam istana!" Sambung Mayu sambil memeluk bahu aku dengan riang sekali.

Aku mengangguk kecil sebelum mengukirkan senyuman nipis. Bahagia. Itu yang dirasakan oleh aku sekarang.

"Kita nak pergi mana ni, Lydia?" Soal Min Hyuk yang sudah kepenatan. Akhirnya, ada juga seseorang yang menyuarakan soalan yang mana dari tadi terbuku dalam hati aku.

Kita nak pergi mana?

"Mestilah pergi studio muzik. Awak fikir Le Musique Concurrence tu main-main ke?" Jawab Lydia sedikit garang. Wajahnya tampak serius.

"Kita masih qualified?" Reuben terkejut. Dia memandang kami dengan mata yang membulat.

"Heh." Lydia tersengih. "Ya. Tapi dengan cara lain."


Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now