💎63💎

4.2K 397 20
                                    

"Sesi ziarah kamu sekumpulan ke Venezuela dan Chile akan diteruskan. Namun kali ini, setiap daripada kamu akan disediakan pengawal terlatih oleh pihak Muzika Melodia." Ujar Lady Beatrix setelah memanggil kami untuk ke pejabatnya pada hari itu.

"Pengawal? Tapi saya dah minta pater (ayah) sediakan pengawal dia untuk jaga kami di rumah saya nanti." Balas Faron sambil berpeluk tubuh. Inilah kali pertama aku mendengar suaranya selepas seminggu tidak bersua muka.

Lady Beatrix mengeluh kecil. Beliau mendepakan tangan di atas meja. "Begini, kalian akan dijaga sepanjang perjalanan kalian ke sana. Lagipun, kalian gemar berjalan-jalan kan? Jadi, pengawal khas itulah yang akan menemani kalian." Katanya sebelum mula membetulkan duduk. Kakinya disilangkan.

Kami semua mengangguk faham kecuali Olivia yang sibuk menunduk sambil memegang dagu. 

"Tapi Lady Beatrix, rumah saya tidak boleh dijejaki oleh orang luar kecuali dengan keizinan bapa saya." 

Lady Beatrix tersenyum mendengar kata-kata Olivia. "Kita suruhlah mereka tidur luar. Sekiranya ada rumah tumpangan di sekitar kawasan itu, rezeki merekalah." 

"Tapi my lady, keluarga saya tinggal di pulau persendirian. Memang tak ada hotel." Olivia menjawab lalu mendongakkan kepalanya memandang wanita itu.

"Kalau macam tu, kita suruh mereka tidur atas kapal." 

Membulat mata kami mendengarkan hal itu. Tak ke kejam nak suruh orang yang jaga kita tidur dekat tempat yang tidak selesa?

"Biar betik?" Soal Reuben, terkejut. Sepanjang hidupnya, tidak pernah dibuat orang berkenaan hal itu.

"Huh, kamu je yang tak pernah buat. Tahu tak berkenaan raja dunia kita dari CrystalVale? Ada ke dia suruh pengawal yang tiada tempat tinggal tidur di dalam kandang kuda milik istana? Bersyukurlah saya sudah sediakan kapal untuk berehat. Bukan kapal biasa-biasa. Kapal eksklusif gitu." Lady Beatrix berkata sinis. Gayanya seperti memandang rendah kepada orang bawahannya.

"Dah tahu kerajaan kita jahat, janganlah ikut pula jadi rakyat yang jahat." Bisik Talha di bawah nafasnya. Justin yang berada di sebelah menutup mulut menggunakan belakang tangan bagi menahan tawa.

Laju sahaja mata Lady Beatrix menjeling mereka berdua. Tertunduk-tunduk kedua pelajar tahun dua itu takut.

"Baiklah, itu sahaja yang saya mahu beritahu hari ini. Kemas baju. Dua hari lagi kamu bakal bergerak."

"Aduh, baju tak basuh lagi!" Rungut Faron sambil mencengkam rambutnya. Jelas riak kecewa terhias pada wajahnya.

"Kisah pula aku." Sibuk Min Hyuk dengan wajah dingin.

Faron mengetap rahangnya tanda marah. Dia segera melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Min Hyuk turut melangkah keluar apabila tumpuan kami semua diberikan kepadanya.

"Haish, apalah nak jadi." Keluh Lady Beatrix sebelum menggeleng kecil melihat kami yang tinggal ini terpinga-pinga.


~~~~~~~~~


"Reuben, Mayu!" Panggil Lydia yang termengah-mengah mengejar pasangan itu.

Mayu dan Reuben yang sedang seronok berbual menoleh. Wajah hairan mereka paparkan melihat Lydia yang sedang tersengih-sengih memandang mereka. "Ya, nak apa?"

"A- Ada nam- nampak Min Hyuk?"  Soal Lydia, gugup.

Kedua-dua pasangan itu terdiam seketika sebelum memandang satu sama lain dengan senyuman yang sukar ditafsir. Mereka berbincang sekejap sambil membelakangi Lydia. Melihatkan perkara itu, jantung Lydia berdetak hebat.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now