💎5💎

7.9K 677 35
                                    

Aku berlari ke kafe dengan tergesa-gesa. Meskipun para pelajar melihat aku dengan pandangan pelik, aku tetap tidak menghiraukannya. Masakan tidak, aku sudah terlambat!

"Maafkan aku!" Jeritku pada Faron yang sedang menunggu dengan gaya seorang putera di salah satu meja makan kafeteria.

Faron hanya mengeluh perlahan sambil melambaikan tangannya tanda yang dia tidak kisah. Aku segera meletakkan sebekas makanan di hadapannya.

"O bento, tabete kudasai! (Makanlah bento ini!) " Ucapku sambil tersenyum manis.

Dia menjongketkan kening kanannya sebelum membalas. "So, kau buat bento ni sendiri ke? Lagi satu, bukan ke kau ni orang Perancis? Asal cakap Jepun pula?"

Aku ketawa kecil lalu duduk di hadapannya. "Makanlah! Aku penat tau buat benda ni." Ujarku tanpa memandangnya.

"Tak nak." Katanya lalu melemparkan makanan tersebut ke arahku. Sotong-sotong kecil yang dipotong comel bertaburan di atas meja.

Aku cuba tenang.

Ehem, tenanglah sangat.

Siapa tak naik angin?

"Kau nak apa?! Aku dah bagi kau makanan, kau campak macam ni je?!" Marahku sambil menghentak meja. Aku dapat merasakan api yang membara di dalam hati.

Dia menjelingku sebelum berpeluk tubuh. "Aku cakap, belanja aku makan! Bukan buatkan makanan! Tak ingin aku makan hasil tangan kau." Jawabnya lalu berdiri dan meninggalkan aku.

Kepalaku pening melayan 'sahabat' baruku ini. Menyesal pula aku tinggalkan Mayu makan berseorangan semata-mata nak bagi makan kepada manusia yang tidak bersyukur ini.

Tanpa melengahkan masa, aku segera mencari meja yang diduduki Mayu. Dalam perjalanan ke mejanya, aku terasa seperti ada sesuatu yang mendarat di pipiku dengan kasar.

"Apa ni?" Gumamku lalu mencalit sesuatu yang berada di pipiku itu. "Tomato?"

Splat!

Kena lagi.

Lagi.

Dan lagi.

"Itulah padahnya kalau kurang ajar dengan Faron Aden! Fikir kau bagus?" Jerit gadis-gadis yang mengelilingiku. Tawa mereka yang bingit menerpa telinga.

Aku segera menundukkan kepala lalu tersenyum kecil.

Huh, macam ini rupanya perangai pelajar-pelajar di sekolah yang berpestij tinggi ini. Tidak layak langsung.

"Wah, cakap senang ya kalian. Siapa kata Hailey ini tidak bagus? Kalian yang tidak setaraf dia!" Satu suara kedengaran daripada belakang sekumpulan gadis tersebut.

Secara tiba-tiba, satu laluan diberikan kepada pemilik suara itu. Seorang jejaka yang memakai cermin mata dan topeng mulut berjalan ke arahku. Aku memandangnya pelik.

Siapa?

"Ikut saya." Bisiknya lalu menarik tanganku. Kami berjalan pergi.

"Siapa tu?" Soal salah seorang gadis yang berada di situ.

Sahabatnya menjongketkan bahu sebelum menoleh ke arah jejaka yang menarik tanganku itu. "Daripada cara pemakaian dan warna rambut, dia macam...."

"Keane Chanson."

•••••••••

Kami berlari ke mana ni?

Penat aku berlari tanpa henti.

Dia nak bawa aku ke mana?

Adakah aku, akan diculik?

"Non (Tidak)!!!!!!" Jeritku sambil menarik tanganku dengan rakus. Aku ingin melarikan diri sebelum jejaka itu memelukku dari belakang.

"Ini abanglah! Se détendre (Relax)!" Katanya sambil melepaskanku lalu menarik topeng mulutnya. Dia tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih.

Mataku membulat akibat terkejut yang teramat. "Kenapa abang ada di sini? Kalau ada yang nampak bagaimana? Nanti identiti saya terbongkar dan saya akan dikenali ramai macam mana? Aahhh!!" Jeritku bagai orang gila disitu. Dia menekup mulutku menggunakan tangannya.

Keane Chanson, abangku yang amat kacak. Bukan nak puji abang sendiri tetapi dia memang kacak. Setiap kali dia ke mana-mana, pasti akan ada wanita yang terpesona.

Tidak seperti aku, dia memilih untuk memainkan biola. Katanya, sebagai seorang jejaka yang berkarisma, biola amat sesuai baginya.

Dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa ada di sisi aku. Walaupun jarang sekali bersua muka, dia akan menghantar mesej kepadaku setiap hari.

"Adik tahu kenapa abang datang sini?" Soalnya tiba-tiba. Aku mendongakkan kepala bagi memandangnya lalu menggelengkan kepala.

Dia menarik nafas dalam sebelum tersenyum nipis.

"Ayah kata, lepas dia balik dari Itali, dia nak jumpa. Bulan depan, jangan lupa balik Perancis." Pesannya.

Ha? Ayah nak balik?

"Tak awkward ke nanti bila jumpa ayah? Sudahlah beberapa bulan berapa kali je kita jumpa dia? Saya baru nak selesa dengan persekitaran di sini." Keluhku dengan wajah yang tidak puas hati.

Dia ketawa lalu berkata. "Abang cakap balik saja. Bukannya dah tak perlu duduk di sini."

"Bagaimana dengan dorm kamu? Roommate okey?" Soalnya prihatin.

Aku tersenyum kecil. "Semua okey! Jadi, abang boleh baliklah ya? Kenapa tak mesej saya saja. Nanti abang tarik perhatian ramai." Balasku.

Jentikan kecil pada dahi diberikannya kepadaku. "Telefon pintar abang rosak. Sudahlah, nampaknya kamu tidak mahu pun abang ada di sini. Abang nak balik. Au revoir (Selamat tinggal)!" Katanya lalu berlari pergi meninggalkan aku.

Senyuman ikhlas kuukirkan.

Hah, lamanya tak jumpa abang.

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now