💎28💎

5.3K 461 29
                                    

Setibanya di Music Autumn, aku mengambil tempat di bawah sebatang pohon yang rendang walaupun daunnya telah kekuningan. Biasanya, aku akan melepak di taman rimbun luar sana bersama Mayu tapi sekarang, sini sajalah tempat aku. Maklumlah, tidak semua pelajar dapat ke sini.

Jadi, sekarang aku nak buat apa? Nak belajar? Sudah tiada mood. Kena halau dari kelas, hati tersakiti pula tu.

Jari-jemariku mula bergerak-gerak dan muzik mula muncul. Kelebihan kami di sini, tidak kiralah apa yang kami ketuk, kami tekan atau petik sekalipun, seandainya jiwa ditetapkan sepenuhnya kepada muzik, not-not halus akan muncul dan terbitlah satu lagu yang indah.

Namun, hanya lagu sedih yang hadir dari piano imaginasiku. Mengapa sehingga begini? Apakah aku terlalu bersedih? Kisah hidup aku di Muzika Melodia, haruslah gembira! Tempat ini tidak pernah mengundang rasa sedih.

Kalau bukan sebab Lilac, aku akan hidup aman. Nama keluargaku tidak akan menjadi ancaman. Ayah tidak perlu sentiasa ke luar negara, kakak dan abang boleh menggunakan pelbagai kelebihan yang ada dan mama pula... Tidak perlu hilang entah ke mana.

Aku hanya mampu memandang langit yang cerah. Bumbung yang lut sinar itu memaparkan satu cahaya matahari yang terang nan indah. Kesedihan aku bagaikan menghilang dengan hangat mentari yang menyinari wajahku. Walaupun begitu, air mataku tetap mengalir jatuh perlahan-lahan.

♪♪♪♪♪

Faron berjalan ke arah pintu masuk ke Music Autumn dengan penuh bersemangat sekali. Laju sekali langkahnya sehingga meninggalkan Olivia di belakang.

"Awak ni, semangat sangatlah! Sabarlah sikit. Hailey kata berkumpul pukul sebelas. Ini baru pukul sepuluh!" Olivia berkata dalam keadaan mengah.

Bersyukur jugalah kerana kelas vokal mereka tamat pada pukul lapan. Mengapa awal sangat? Kerana mereka harus ada di kelas itu pada pukul enam pagi. Mereka dipaksa kerana menurut guru mereka, suara lebih baik dipraktiskan mulai pagi.

"Faron!" Panggil Olivia namun panggilannya itu tidak dihiraukan oleh jejaka itu. "Aku tengok sejak dia jumpa budak perempuan tu, kurang sedikit keras kepalanya." Bisiknya pada diri sendiri pula. Dia bagaikan kelegaan.

Sebaik sahaja pintu gerbang ke Music Autumn dilihat Faron, terus sahaja dia berlari. Tetapi, lariannya terhenti apabila kelihatan seorang jejaka sedang duduk di tepi pintu tersebut dengan wajah yang disembamkan ke lutut.

"Rambut tu..." Olivia berdiri di sebelah Faron dan turut sama meneliti jejaka tersebut.

"Reuben Green, if I'm not wrong, right?" Soal Faron dan pertanyaannya itu membuatkan jejaka itu tersentak.

Dia terus sahaja mengangkat kepala dengan mata yang merah akibat baru sahaja menangis. Matanya yang sepatutnya berwarna hijau terang kelihatan malap.

"Yes... I... Am..." Balas Reuben seperti orang yang lifeless. "Thank you for... Remember me.... As Hailey's friend..." Sambungnya sambil cuba untuk berdiri dengan bantuan Olivia.

"Yeah, I know you because I see you frequently hanging out with Hailey and that one guy and that one girl from the Harmony Kingdom. Also, if I am not mistaken, you are the nephew of The Green's Cafe owner, right?" Tanya Faron panjang lebar. Sifatnya, memang suka menganalisis orang di sekelilingnya.

Reuben pada mulanya mengangguk-angguk kemudian, dia terpana sekejap sebelum menoleh ke arah Faron dengan laju. "That one girl from Harmony kingdom?! Who?!"

"Her name is... Kazue Mayu, I guess?"

Ternganga Reuben dibuatnya. "How the heck?!"

Muzika MelodiaWhere stories live. Discover now